backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Encik Z Besar Sangat? Tenang, Amal 4 Cara Ini Agar Seks Itu Dapat Dinikmati!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/04/2022

    Encik Z Besar Sangat? Tenang, Amal 4 Cara Ini Agar Seks Itu Dapat Dinikmati!

    Adalah satu impian atau harapan bagi setiap lelaki itu untuk memiliki zakar besar! Benarkah?

    Sebenarnya, tidak juga kerana zakar besar mungkin akan menyebabkan anda dan pasangan agak sukar untuk buat hubungan seks. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa saiz zakar yang normal? 

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu mengenai saiz alat kemaluan lelaki yang normal terlebih dahulu. Ini adalah fakta yang menarik untuk anda.

    Tahukah anda bahawa saiz alat kemaluan lelaki yang normal adalah 5.2 inci panjang dan 4.6 inci diameter apabila mengalami ereksi? Ini adalah menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2015 terhadap kira-kira 15,000 lelaki!

    zakar besar

    Namun kita perlu tahu bahawa manusia terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik lantas membezakan fizikal kita sejak dari lahir.

    Jadi, ukuran ini mungkin tidak boleh digunakan sebagai penanda saiz alat kemaluan yang normal atau tidak dengan tepat.

    Sebenarnya, anda sendiri juga boleh menentukan sama ada saiz alat kemaluan anda itu terlalu besar, normal atau terlalu kecil.

    Apa yang penting, tiada apa yang perlu anda risaukan dengan saiz Encik Z kerana walau apapun saiz zakar anda, pasti ada cara untuk menikmati seks bersama pasangan.

    Bagaimana lelaki zakar besar boleh menikmati seks?

    Menurut Dr Jennifer Landa, pakar kesihatan seksual yang berpangkalan di BodyLogicMD, Orlando Florida, lelaki yang mempunyai alat kemaluan yang besar juga boleh menikmati seks yang sihat dan sejahtera. Berikut adalah rahsianya:

    #1. Lebihkan masa untuk adegan ringan-ringan

    Perbuatan seperti berpeluk, bercium, bersentuhan atau seks oral akan membuat pasangan wanita anda lebih terangsang sekali gus ‘membasahkan’ faraj mereka.

    Dengan ini, penetrasi akan lebih mudah dilakukan kelak meskipun saiz alat kemaluan anda terlalu besar. Jadi, ajak pasangan anda untuk bermanja-manja sebelum hidangan utama.

    zakar besar

    #2. Gunakan alat pelincir ketika bersenggama

    Seperti mana kita semua tahu, zakar yang terlalu besar akan menyebabkan kesukaran ketika proses penetrasi walaupun faraj pasangan anda sudah basah sepenuhnya.

    Jadi, penggunaan alat pelincir sangat membantu. Anda boleh gunakan alat pelincir yang diperbuat dari bahan alami seperti minyak kelapa untuk mendapatkan aura semula jadi.

    #3. Pastikan saiz kondom sesuai dengan zakar

    Lelaki dengan alat kemaluan bersaiz besar itu memang perlu tahu saiz kondom yang terbaik.

    Anda sudah pasti tidak mahu zakar anda berasa tercekik akibat saiz kondom yang terlalu ketat.

    Jadi, sila pilih saiz kondom yang paling sesuai agar ia tidak mudah koyak atau bocor ketika proses penetrasi anda dan pasangan itu sedang giat berlangsung ya.

    #4. Lakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan

    Apa maksudnya? Sebagai lelaki dengan saiz alat kemaluan yang besar, anda dan pasangan perlu melakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan kepada wanita.

    Apa yang boleh dibuat adalah biarkan pasangan wanita anda yang mengawal proses penetrasi. Antara posisi yang sesuai untuk dilakukan oleh kalian berdua adalah:

    • Woman on top
    • Reverse cowgirl

    Pun begitu, ia tidak bermakna anda dan pasangan tidak boleh melakukan posisi lain seperti missionary, spooning, doggy style dan lain-lain.

    zakar besar

    Cuma, anda mungkin perlu lebih lembut dalam melakukan penetrasi agar pasangan anda tidak terlalu tertekan dengan tusukan padu dari alat kemaluan anda yang bersaiz besar.

    Jangan bimbang ya, anda masih boleh buat seks!

    Dalam erti kata lain, lelaki dengan saiz zakar besar tidak perlu terlalu bimbang dengannya sehingga menangguhkan niat anda untuk berkahwin dan melakukan hubungan seks.

    Sebaliknya, anda perlu bersyukur dengan apa yang anda ada. Cuma, jangan terlalu berbangga sehingga terlupa untuk berlembut dengan pasangan ketika berasmara pula nanti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan