Sudahkah Anda Ambil Vaksin HPV Untuk Cegah Kanser? Bukan HANYA Untuk Wanita, Lelaki Pun!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/05/2020

Human papilloma virus (HPV) sering dikaitkan dengan kanser serviks dan bintil genital yang berlaku pada kemaluan lelaki dan wanita.

Jadual Imunisasi Kebangsaan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan perempuan berusia 13 tahun untuk diberikan vaksinasi ini.

Perempuan sahaja ke? Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah virus HPV tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada lelaki?

Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

HPV adalah punca utama kanser?

HPV bagaikan bahan asas bagi membentuk kanser tertentu namun ia bukan satu-satunya bahan yang perlu ada dalam pembentukan kanser tersebut.

Ini bermakna faktor lain yang dialami oleh pesakit juga memainkan peranan dalam menggalakkan pembentukan kanser tersebut. 

Untuk pengetahuan pembaca, kanser kebiasaannya berlaku disebabkan oleh interaksi di antara banyak faktor.

Antara faktor/ faktor bersama yang boleh menggalakkan terjadinya kanser serviks selain daripada jangkitan HPV adalah seperti berikut:

Jangkitan HPV disebarkan melalui hubungan kelamin tanpa perlindungan. Oleh sebab itulah mereka yang pernah membuat hubungan kelamin dengan individu yang tidak diketahui statusnya perlu disaring. 

hpv

Strategi saringan kanser serviks berbeza mengikut negara masing-masing.

Di Malaysia, kebanyakannya bergantung kepada program kesedaran yang mempunyai tema kawasan atau bukaan booth di lokasi keramaian yang menggalakkan wanita untuk hadir ke pusat kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kanser serviks.

Namun, antara langkah penting yang perlu diambil oleh golongan wanita adalah vaksinasi HPV melalui Program Imunisasi HPV Nasional yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010. 

Pelajar sekolah yang berusia 13 tahun akan diberikan 3 dos vaksin HPV dan masa pengambilannya bergantung kepada jenis vaksin tersebut.

Bagi vaksin bivalent, pemberiannya adalah pada 0, 1 dan 6 bulan manakala vaksin quadrivalent (HPV subjenis 6,11, 16 dan 18) pula akan diberikan pada 0, 2 dan 6 bulan.

Lelaki kena ambil vaksin HPV ke?

Persoalan ini, kadangkalanya, boleh menjadi stigma dalam masyarakat tertentu. Salah faham yang sering menular adalah virus tersebut sering dikaitkan dengan wanita.

Jadi lelaki yang ingin mengambil vaksin HPV sering diejek, disendakan dan ada juga yang dibuli.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh ICO dan IARC, jangkitan HPV berlaku lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding dengan wanita.

Namun, kebanyakan daripada mereka tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan daripadanya tidak menjurus kepada kanser.

Apabila berlaku hubungan intim di antara lelaki dan wanita, virus tersebut akan mengalami proses peralihan. HPV merupakan punca utama dalam pembentukan kanser serviks.

Model ini menunjukkan bahawa lelaki yang tidak divaksin bukan sahaja boleh menyebabkan terjadinya kanser zakar (jarang berlaku), malah mereka boleh menyebabkan peningkatan kepada jumlah jangkitan dan secara tidak langsung, kanser serviks kepada pasangan mereka.

lelaki

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), individu yang berusia 26 tahun dan ke bawah, digalakkan untuk mengambil vaksin.

Bagi mereka yang berusia 27 tahun dan ke atas, golongan yang berisiko sahaja perlu mengambil vaksin tersebut.

Ini berikutan kesannya yang semakin kurang apabila kita dimamah usia. Perbincangan dengan doktor perubatan perlu dilakukan jika anda ingin mengambil vaksin pada usia 27 tahun dan ke atas.

Mereka yang mengamalkan konsep monogami mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat jangkitan HPV.

Pokok pangkalnya…

Jangan buat andaian bukan-bukan!

Jika pasangan anda mempunyai keputusan positif jangkitan HPV, tidak semestinya mereka curang. Tiada alat yang boleh mengukur berapa lama virus tersebut telah menjangkiti seseorang atau sumbernya.

Pasangan suami isteri, sahabat atau kekasih perlu menggalakkan satu sama lain untuk menjalani ujian kelamin.

Ini bukan bertujuan untuk membuktikan kecurangan pada mana-mana pihak, sebaliknya ia untuk memberikan kualiti hidup yang lebih bermutu kelak apabila anda bebas atau mempunyai kadar jangkitan seksual terkawal.

Jika anda seorang individu berisiko yang bertanggungjawab, sila dapatkan rawatan dan vaksin bagi mengelakkan penyebaran atau pembentukan kanser di masa akan datang. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ladies, Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Masalah Kesihatan Ini!

    Pernah anda rasa sakit bawah perut seolah-olah kekejangan? Jangan abaikan sakit perut bahagian bawah tengah ini, ia mungkin 5 masalah kesihatan berikut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Suntikan Kontraseptif Mungkin Boleh Bantu Cegah Kanser Serviks

    Pengambilan pil kontraseptif untuk mencegah kehamilan. Tetapi ada kajian mengatakan ia membantu melawan sel penyebab kanser serviks. Adakah ia sahih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Nak Tahu Keputihan Normal Atau Tak, Semak 7 Kriteria Ini Dulu, Jangan Terus Panik!

    Tanpa pengetahuan asas berkenaan dengan masalah keputihan, kita akan mudah panik. Jika anda merasakan ada lendir keluar dari faraj anda, jumpa doktor.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Pap Smear, Bantu Kesan Kanser Serviks

    Serviks merupakan kawasan antara faraj dan rahim. Pemeriksaan Pap Smear boleh membantu untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    ujian pap smear

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/05/2020

    Mengapa Faraj Keluar Darah Selepas Bersetubuh? Ada 7 Sebab, Tapi No 5 Paling BAHAYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/04/2020
    kanser serviks

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/02/2020
    selamat-tinggal-kanser-serviks

    SELAMAT TINGGAL Kanser Serviks Menjelang 2120?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2020