backup og meta

Ini Sebab Suami Isteri WAJIB Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Ada Rahsianya Demi Kebahagiaan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2020

    Ini Sebab Suami Isteri WAJIB Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Ada Rahsianya Demi Kebahagiaan!

    Hari ulang tahun perkahwinan atau sambutan hari jadi adalah salah 1 cara untuk menghargai pasangan.

    Bagi kebanyakan pasangan, sambutan ulang tahun ini sangat penting dalam mengeratkan hubungan mereka. 

    Terutama sekali bagi mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga.

    Mengapa sambutan ulang tahun perkahwinan ini sangat penting?

    Pentingnya ulang tahun perkahwinan dalam perhubungan

    ulang tahun perkahwinan

    Segelintir pasangan pasti mengingati bilakah pertama kali mereka jatuh cinta, meluahkan perasaan antara satu sama lain, dating dan tarikh mereka bernikah.

    Walau bagaimanapun, tidak semua individu menganggap bahawa meraikan ulang tahun perkahwinan dan sambutan hari jadi adalah 1 perkara yang penting.

    Tetapi, anda perlu sedar bahawa meraikan hari-hari penting seperti ini boleh mendatangkan manfaat yang positif dalam perhubungan anda bersama pasangan. 

    Sebagai contoh, ketika berlakunya sebarang masalah atau perselisihan faham antara anda dan pasangan, memperingati hari ulang tahun perkahwinan dapat mengurangkan ketegangan yang wujud.

    Selain itu, menurut American Psychological Association (APA), sesebuah perhubungan perkahwinan akan lebih menarik jika diraikan seperti majlis hari jadi, ini akan membuatkan hubungan menjadi lebih sihat.

    Sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan boleh membuatkan anda dan pasangan mengimbau nostalgia saat ketika anda berkenalan suatu ketika dahulu.

    Mungkin juga anda teringat kembali memori saat anda berdua diijab kabul dalam majlis pernikahan.

    Dalam perkahwinan, sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan bermaksud anda memperingati saat bersatunya dua individu dengan latar belakang keluarga yang berbeza.

    Oleh itu, dengan memperingati hari penting seperti ini, anda berdua dapat mengimbas kembali saat bahagia hari tersebut. 

    Menyambut ulang tahun perkahwinan untuk menilai perhubungan

    sambutan hari jadi

    Sambutan ulang tahun perkahwinan bukan sahaja bertujuan untuk mengingati saat bahagia, tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan menilai hubungan anda berdua pada masa sekarang dan juga masa lalu. 

    Selain itu, saat ini juga boleh digunakan untuk melihat sebarang pencapaian yang telah dilakukan dalam pernikahan dalam tempoh satu tahun yang lepas. 

    Dengan itu, anda berdua lebih tahu apa yang perlu dilakukan dan dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang. 

    Oleh sebab itu, ulang tahun pernikahan adalah saat yang tidak boleh anda lepaskan begitu sahaja.

    Ini kerana, selain daripada mengenang kembali memori lama, anda dan juga pasangan boleh melihat apa sahaja yang telah dilalui bersama sehingga sampai ke tahap ini. 

    Tip menyambut ulang tahun dengan pasangan

    sambutan hari jadi

    Kini anda telah mengetahui mengapa menyambut ulang tahun itu penting, tetapi anda mungkin keliru bagaimana cara terbaik untuk meraikannya.

    Agar anda dan pasangan dapat menikmati saat ini secara maksimum, terdapat beberapa cara atau tip yang boleh dilakukan untuk sambutan hari jadi dan juga ulang tahun perkahwinan.

    Antaranya ialah:

  • Mengajak pasangan ber’dating’ dan makan malam romantik di lokasi pertama kali pertemuan anda berdua
  • Berfoto di lokasi-lokasi menarik yang boleh menggambarkan hubungan anda berdua
  • Membuat senarai lagu yang anda dan pasangan anda gemari untuk didengar bersama-sama
  • Melancong ke tempat-tempat yang belum pernah anda kunjungi 
  • Bertukar-tukar hadiah antara anda dan pasangan anda
  • Kesimpulan

    Melakukan sambutan hari jadi atau ulang tahun pernikahan bersama pasangan anda adalah salah 1 cara untuk mengingat kembali segala momen manis anda dan pasangan anda.

    Cara ini boleh menghangatkan kembali hubungan antara anda berdua yang mungkin kadangkala timbul tenggelam seiring dengan masa.

    Oleh itu, jangan sesekali menganggap bahawa sambutan hari jadi dan ulang tahun pernikahan adalah satu perkara yang sia-sia kerana ia memberikan manfaat yang cukup besar buat anda berdua.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan