5 Tanda Anda & Pasangan SUDAH Bersedia Untuk Kahwin, No #4 Paling Penting!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 mins read

Jika dilihat pada konteks masyarakat Timur, hidup bersama bermaksud berkahwin. Kohabitasi (dua pasangan tidak berkahwin, tinggal sebumbung) bukanlah satu amalan yang kebiasaannya dipraktikkan namun ia wujud. Di sini, penulis ingin menyenaraikan 5 tanda, jika anda dan pasangan bersedia untuk berkahwin. Teruskan membaca bagi mengetahui maklumat lanjut.

1. Kestabilan status kewangan

“Kahwin dulu. Rezeki akan datang kemudian.”

Demikianlah ayat yang sering digunakan oleh para ibu bapa dalam mengendalikan kehidupan anak-anak mereka. Ya, walaupun anak sudah berusia 25 tahun, buat sesetengah keluarga, aspek seperti ini seringkali menjadi isu besar. Walaupun ada benarnya pernyataan di atas jika dilihat pada perspektif agama, namun sebagai individu yang bertanggungjawab, anda ingin mempunyai status kewangan yang stabil sebelum berkahwin. 

Bukan senang nak hidup berumah tangga. Jika dilihat pada mereka yang bergaji kecil, ada yang membuat pinjaman peribadi bagi memuaskan hati kedua-dua orang tua yang kempunan ingin melihat anak mereka dikahwini di dalam majlis walimatul urus yang besar. Fikir elok-elok kerana kesannya bakal ditanggung oleh orang yang berkahwin.Jika anda mempunyai pekerjaan tetap dengan simpanan yang mencukupi, bolehlah mula merancang perkahwinan. Jangan sentuh duit kecemasan pula. Malang selalunya tidak berbau. Lelaki dan wanita perlu merancang kewangan sebaiknya bagi mengelakkan komplikasi.

2. Persediaan fizikal dan mental untuk hidup bersama

pasangan

Jaga kesihatan anda. Bukan semata-mata untuk memastikan badan di dalam gambar kahwin kelihatan cantik tetapi untuk menghindarkan penyakit kronik. Mereka yang obes mempunyai risiko untuk mendapat masalah ketidaksuburan. Ini boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk pasangan menimang cahaya mata. Bersenam dengan kerap, amalkan gaya pemakanan seimbang dan tidur secukupnya. 

Jika anda mempunyai masalah mental seperti depresi dan keresahan, beritahu kepada bakal isteri/ suami anda. Usah malu. Jika mereka ambil langkah seribu, itu bermakna mereka tidak layak untuk anda. Penerimaan kelemahan pasangan sama pentingnya dengan penerimaan kekuatan masing-masing. Kehidupan selepas kahwin tidak mudah seperti yang disangkakan. Buat persiapan awal.

3. Terima pasangan seadanya

Jangan pandang pada kelebihan yang mereka ada sahaja, terima keburukan mereka juga. Itu tidak bermakna tabiat buruk tersebut tidak perlu diubah. Salah konsep tu! Kita harus memberikan yang terbaik dalam mengimplementasikan perubahan diri. Sewaktu bercinta, semuanya manis. Kentut pun ditahan dan tidak berbunyi. Lepas kahwin, siapa tahu, kan? Jangan lupa sebab mengapa anda ingin mengahwini pasangan anda. 

Jika disebabkan paras rupa, hubungan anda sukar untuk berjaya. Pastikan anda selesa bersamanya, mempunyai minat yang sama dan berlandaskan gaya pemikiran yang sama arah. Buka minda anda dan terima kritikan. Selepas berkahwin, masing-masing mempunyai tanggungjawab. Tidak bermakna isteri tidak boleh menegur suami atau sebaliknya. Jika berlaku salah faham atau tidak puas hati, bincangkan dengan elok.

4. Jangan mengharapkan kesempurnaan

pasangan

Wanita mengharapkan lelaki yang boleh memimpin, kuat dan penyayang. Lelaki mengharapkan wanita yang pandai memasak, tahu buat kerja rumah dan tahu melayan suami. Namun, perkara yang perlu anda sedar adalah, tiada siapa yang lahir-lahir, terus jadi pakar. Ada pola pembelajaran yang bermula dari bawah dan merangkak naik ke atas. 

Apa yang pasangan tahu atau tidak pada fasa permulaan tidak sepenting keinginan mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin dulu tak reti memasak, sekarang boleh memasak 2 jenis lauk. Mungkin dulu selalu teragak-agak untuk memimpin, sekarang sudah pandai memimpin ke satu arah dari ratusan cabangan. Bersabarlah! Tiada siapa yang sempurna namun kita mempunyai potensi untuk mencuba.

5. Latar belakang keluarga

Ini cuma imbuhan kepada kriteria pilihan anda. Ramai yang kelihatan baik dan sopan namun semuanya lakonan semata-mata. Namun ia sedikit sebanyak membantu kita untuk mengetahui tahap kehormatan mereka terhadap ibu bapa. Jika mereka tidak menghormati ibu bapa, patut kita tamatkan hubungan ke? Tak, kita patut nasihati. Mereka yang kurang ajar boleh berubah. Jika anda tidak percaya akan hal tersebut, maka, anda yang bermasalah. 

Konklusi

berkahwin

Bukan senang untuk memupuk komitmen ke arah kesediaan untuk hidup bersama. Ramai individu sekarang yang memandang remeh soal kesediaan diri sebelum berkahwin. Kesannya? Kes perceraian meningkat. Usah disalahkan pasangan. Berdiri depan cermin dan lihat diri anda terlebih dahulu. Ambil masa sebanyak yang anda perlu. Jangan dengar kritikan orang yang asyik menyuruh anda berkahwin cepat. Anda yang berkahwin, anda yang bertanggungjawab. Mereka cuma tahu bercakap, mengutuk dan mengumpat sahaja. Jangan khuatir, mungkin dengar macam susah, namun ia tidak mustahil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Sebab Mengapa Suami Isteri WAJIB Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Ada Rahsianya Demi Kebahagiaan!

    Bagi yang sudah berkahwin, jangan sesekali melupakan tarikh ulang tahun perkahwinan dan sambutan hari jadi pasangan anda. Ini sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Tunggu Malam, Ini 7 Posisi Bercinta Cepat & Pantas- Yang Penting Anda Puas!

    Ada kalanya anda kesuntukan masa untuk bersama. Namun itu bukan alasan tidak melakukan hubungan seksual. Ini 9 idea posisi bercinta cepat dan pantas!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 25/03/2020 . 3 minit bacaan

    Pikat Hati Isteri, Ini 7 Cara Terbaik Suami Boleh Lakukan

    Keintiman emosi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikekalkan dalam institusi rumah tangga. Namun ia penting bagi pasangan suami isteri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/03/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    nafsu seks

    Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak matang

    Perangai Macam Budak-budak, Ini 6 Tanda BESAR Lelaki Tidak Matang – No. 4 Paling Menyusahkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/04/2020 . 3 minit bacaan
    tidur

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan