backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sapu Minyak Pada Alat Sulit Bagi Aksi Atas Katil Lancar, Ini 7 Pelincir Natural, Ada Yang Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12 jam lalu

    Sapu Minyak Pada Alat Sulit Bagi Aksi Atas Katil Lancar, Ini 7 Pelincir Natural, Ada Yang Bahaya!

    Anda mahu menggunakan baby oil sebagai bahan pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata baca artikel ini dahulu, sebab ada pelincir semula jadi yang bahaya untuk digunakan. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Pelincir terbaik untuk bersama

    Penggunaan pelincir ketika hubungan intim dapat membantu mengurangkan ketidakselesaaan dan kekeringan faraj, terutamanya bagi wanita yang mula mengalami menopaus

    Pastinya, pelincir yang paling selamat digunakan adalah daripada bahan yang menyerupai sifat cecair atau rembesan faraj.

    Memilih pelincir yang bersesuaian boleh menjadi perkara yang mencabar. 

    Ada sesetengahnya memilih bahan pelincir seks alternatif daripada bahan semula jadi bagi mengelakkan kehadiran bahan berbahaya. 

    Antara pelincir alternatif yang mungkin menjadi pilihan adalah seperti yogurt, minyak ataupun telur. Namun adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan ketika hubungan intim?

    Mengapa memilih bahan pelincir seks semula jadi?

    Kajian menunjukkan wanita lebih suka melakukan hubungan intim ketika faraj dalam keadaan basah. Ia dipercayai dapat memudahkan wanita mengalami orgasme

    Bagi mereka yang tidak dapat menghasilkan rembesan faraj dengan mencukupi, mungkin akan memilih untuk menggunakan pelincir terbaik untuk wanita atau pelembap. 

    Penggunaan pelincir juga digunakan bagi mereka untuk mahu melakukan seks anal.

    Untuk individu yang bimbang terdapat reaksi alahan kesan penggunaan bahan pelincir terbaik untuk bersama, pastinya pelincir berasaskan kandungan semula jadi akan menjadi pilihan. 

    Namun, yang menjadi persoalan sekarang, adalah ia selamat untuk digunakan atau penggunaannya boleh memberikan kesan terhadap kesihatan?

    Jenis bahan pelincir seks alternatif

    Berikut dikongsikan antara bahan semula jadi digunakan sesetengah individu sewaktu melakukan hubungan intim serta kesannya.

    1. Putih telur 

    Selain digunakan dalam masakan, telur juga menjadi pilihan pelincir terbaik untuk bersama. Namun adakah ia selamat?

    Ada individu mengatakan putih telur yang diasingkan daripada bahagian kuningnya boleh bertindak sebagai pelincir ketika seks.

    Ya, putih telur tampak sama seperti cecair faraj, bukan?

    Namun, malangnya doktor tidak mengesyorkan penggunaannya di dalam faraj kerana belum terbukti selamat.

    jenis pelincir seks
    Telur sebagai pelincir ketika seks.
    1. Aloe vera

    Aloe vera atau lidah buaya sememangnya antara bahan yang digunakan dalam pelincir komersial.

    Aloe vera adalah bahan semula jadi yang digunakan untuk tujuan perubatan, kecantikan dan kesihatan. Ia popular dalam merawat selaran matahari

    Ada yang memilih untuk menggunakannya sebagai pelincir terbaik untuk bersama. Namun penggunaannya pada kulit boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

    • Kemerahan
    • Terbakar
    • Sensasi menyakitkan
    • Ruam
    • Reaksi alahan

    Sesetengah wanita hamil yang menggunakan aloe vera sebagai bahan pelincir seks mengalami kontraksi rahim.

    Bahagian faraj dan rektum, tempat di mana pelincir akan disapu, mempunyai kulit dengan sifat yang berbeza. 

    Ia mungkin bertindak balas dengan cara berbeza berbanding kulit pada bahagian badan yang lain. 

    1. Minyak bayi

    Dalam kajian melibatkan penggunaan minyak seperti minyak bayi (baby oil) sebagai pelincir terbaik untuk wanita, ada risiko yang menanti.

    Sebagai contoh, jika anda menggunakan minyak bayi pada faraj, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan seperti vaginosis bakteria.

    Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata dan menggunakan kondom, produk berasaskan minyak yang disapu pada bahagian sulit boleh merosakkan kondom.

    Lebih memburukkan keadaan, anda mungkin akan mengalami kehamilan mengejut selain ia meningkatkan risiko untuk dijangkiti penyakit kelamin (STD).

    alahan kondom getah
    Tanda-tanda alahan kondom getah.
    1. Minyak kelapa atau minyak zaitun

    Anda mungkin fikir minyak kelapa dan minyak zaitun adalah minyak yang banyak manfaatnya pada kesihatan, sudah tentu ia sesuai digunakan sebagai pelincir terbaik untuk bersama, bukan?

    Fikir sekali lagi.

    Minyak sayuran, minyak kelapa atau sebarang produk berasaskan minyak lain, seperti minyak bayi, mempunyai risiko yang tersendiri.

    Ia tidak bagus digunakan bagi penembusan zakar, kerana boleh menjejaskan kondom dan meningkatkan risiko kehamilan serta jangkitan STD. 

    Manakala minyak kelapa dengan sifat antivirus dan antibakteria boleh menjejaskan keadaan semula jadi  dalaman dan pH faraj. 

    1. Mentega dan marjerin

    Oleh sebab ia seakan produk berasaskan minyak, maka kedua-dua bahan ini boleh menjejaskan fungsi kondom. 

    1. Yogurt

    Ada sesetengah individu mendakwa yogurt boleh digunakan sebagai pelincir ketika hubungan intim dan ia boleh merawat jangkitan yis.

    Yogurt tanpa perasa dan gula dikatakan mengandungi probiotik yang dapat membantu membiakkan bakteria baik di dalam faraj.

    Walau bagaimanapun, dakwaan ini masih belum dapat disahkan oleh penyelidik. Jadi elakkan untuk menggunakan yogurt sebagai pelincir, okay?

    bahan pelincir seks
    Kelebihan yogurt sebagai bahan pelincir ketika bersenggama.
    1. Jeli petroleum

    Doktor tidak mengesyorkan penggunaan jeli petroleum sebagai pelincir kerana minyaknya boleh merosakkan kondom. 

    Malahan terdapat kajian menunjukkan, mereka yang menggunakan bahan ini pada faraj adalah 2 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat vaginosis bakteria.

    Rumusan

    Semasa memilih pelincir untuk digunakan ketika hubungan intim, tidak kira bahan pelincir seks alternatif semula jadi atau komersial, anda perlu menyemak kandungan bahannya.
    Pastikan anda memilih pelincir faraj yang selamat dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti gliserin atau paraben.
    Jika cerewet tentang apa yang anda makan, jadi anda juga harus berhati-hati tentang pelincir yang digunakan semasa seks.
    Doktor tidak mengesyorkan penggunaan bahan pelincir seks secara semula jadi kerana ia boleh merosakkan kondom dan mengubah keadaan pH faraj atau rektum.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan