backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Kesan Suami Terlalu Cepat Terlepas Ketika Bersetubuh! Boleh Juga Jejaskan Kesuburan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/10/2022

    Ini Kesan Suami Terlalu Cepat Terlepas Ketika Bersetubuh! Boleh Juga Jejaskan Kesuburan?

    Tahukah anda bahawa pancutan air mani pramatang boleh mendatangkan kesan negatif?

    Dalam konteks hubungan seksual suami isteri, kenikmatan dan kepuasan adalah perkara yang paling penting. Tanpanya, hambarlah kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

    Pun begitu, projek asmara anda dan pasangan mungkin akan terganggu sekiranya wujud pelbagai masalah. Antara yang biasa terjadi adalah ketidakmampuan seksual.

    Setiap kali berbicara tentang kelemahan seksual, encik suami selalunya yang akan dipersalahkan dengan masalah lemah libido, ereksi tidak kuat serta ejakulasi pramatang.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya!

    Apa itu ejakulasi pramatang?

    Buat anda yang belum tahu, ejakulasi pramatang (PE) adalah satu keadaan di mana lelaki mengalami kondisi pancutan air mani pramatang atau pancut terlalu cepat semasa berasmara dengan pasangan.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services terhadap 500 pasangan di UK, waktu yang normal untuk lelaki ejakulasi adalah kira-kira 5 minit setengah selepas melakukan seks.

    Sekiranya kurang daripada waktu itu, ia masih lagi dikira sebagai normal. Namun jika lelaki hanya mampu bertahan selama seminit atau kurang, ia sudah dikategorikan sebagai ejakulasi pramatang.

    Masalah ini sebenarnya banyak dihadapi oleh pasangan suami isteri termasuklah di negara kita. Pun begitu, tidak ramai yang berani untuk meluahkannya ekoran rasa malu, takut atau ego.

    Sebenarnya, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan rawatan.

    Oleh itu, sila ketahui punca sebenar pancutan air mani pramatang terlebih dahulu.

    Apa punca ejakulasi pramatang?

    Mungkin ramai yang mengalaminya tanpa mengetahui apa punca sebenar kondisi ini berlaku. Untuk pengetahuan anda, ia terjadi akibat dua faktor utama iaitu fizikal dan mental.

    pancutan air mani pramatang

    Faktor fizikal:

    Faktor mental:

    • Stres
    • Kemurungan
    • Kegelisahan
    • Kebimbangan
    • Serba salah
    • Kurang keyakinan diri
    • Pertama kali melakukan seks
    • Pernah diganggu secara seksual
    • Berasa tubuh badan tidak menarik
    • Masalah perhubungan

    Ini kesan pancutan air mani pramatang!

    Seperti mana yang dapat kita jangka, masalah pancutan air mani pramatang atau terlalu awal ketika bersenggama ini sudah tentu akan mendatangkan kesan negatif.

    Ada juga yang percaya bahawa ia akan menjejaskan kesuburan! Benarkah penyataan ini?

    Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa ejakulasi pramatang yang dialami oleh suami tentu sahaja akan membuat kehidupan seksual menjadi hambar.

    Mungkin ia tidak begitu memberi masalah kepada pihak lelaki kerana mereka tetap juga akan berasa nikmat serta puas. Namun bagi wanita, lain pula halnya.

    Dalam pada itu, ia turut menjejaskan keyakinan terhadap diri sendiri bagi lelaki dan juga wanita. Akibatnya, hubungan seks tidak lagi menjadi satu kenikmatan yang dinantikan.

    Namun apa yang lebih membimbangkan adalah masalah ejakulasi pramatang akan memberi kesan kepada kesuburan lantas menyebabkan kesukaran untuk pasangan mengandung.

    pancutan air mani pramatang

    Ini kerana ia akan membuat proses persenyawaan sperma dan telur lebih sukar akibat ejakulasi yang tidak tepat waktu serta tempat (intravaginally).

    Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Apa yang perlu dilakukan?

    Sekiranya pancutan air mani pramatang terjadi, jangan terlalu cepat berasa risau. Sebaliknya, cuba lakukan petua berikut terlebih dahulu:

    • Melancap sebelum melakukan seks
    • Lakukan babak foreplay lebih lama
    • Teknik squeeze (memicit zakar setiap kali rasa mahu terpancut)
    • Teknik stop-start (menarik keluar zakar daripada faraj setiap kali rasa mahu terpancut dan mulakan semula setelah berasa lega)
    • Pengambilan ubatan seperti fluoxetine, paroxetine, sertraline dan clomipramine dengan preskripsi doktor
    • Penggunaan krim atau spray pada zakar untuk membuat ia kebas sebelum melakukan seks
    • Menjalani terapi psikologi dan kelakuan bersama pakar

    Menurut kajian Urology Care Foundation di US, hampir 95 dari 100 lelaki akan berjaya mengatasi masalah ejakulasi pramatang sekiranya mengikuti petua yang disenaraikan di atas.

    Namun masih ada yang gagal. Pun begitu, anda tidak boleh berputus asa dan terus mendapatkan konsultasi dari pakar demi kesejahteraan kehidupan rumah tangga anda dan pasangan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan