Persoalan yang sering timbul kepada wanita melahirkan anak adalah mengenai masa yang sesuai untuk melakukan seks selepas bersalin. Takut dan risau merupakan perasaan yang sering membelenggu diri.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Persoalan yang sering timbul kepada wanita melahirkan anak adalah mengenai masa yang sesuai untuk melakukan seks selepas bersalin. Takut dan risau merupakan perasaan yang sering membelenggu diri.
Umumnya, kebanyakan pasangan akan melakukan hubungan seks selepas bersalin apabila pendarahan yang berlaku atau darah nifas isteri berhenti.
Ini kerana melakukan hubungan seks ketika pendarahan masih berlaku boleh meningkatkan risiko jangkitan yang teruk pada kemaluan.
Kebiasaannya, proses pendarahan ini akan berlaku untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati kerana terdapat risiko luka yang berlaku di dalam rahim sewaktu proses mengeluarkan uri masih belum sembuh sepenuhnya.
Namun, pada hakikatnya, tidak ada tempoh atau waktu yang khusus untuk anda melakukan aktiviti seksual selepas bersalin. Perkara utama yang harus diberikan perhatian adalah kesediaan anda dari segi fizikal dan mental.
Bagaimana pula kalau anda tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin, adakah ia normal? Jangan bimbang. Hakikatnya apa yang anda rasa adalah sesuatu yang normal.
Walaupun ia mungkin memakan masa berminggu-minggu, bahkan sehingga berbulan lama sekalipun, ia masih dianggap sebagai satu perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan dan dijadikan satu isu besar.
Keadaan ini berlaku kerana wujudnya rasa letih yang anda alami akibat tidak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi disebabkan menjaga bayi yang baru lahir.
Malahan hormon prolaktin, yang berperanan untuk meningkatkan rasa keghairahan untuk melakukan hubungan seksual juga berkurangan, jika anda menyusu badan.
Walau bagaimanapun, jika anda berdepan dengan isu seperti kemurungan selepas bersalin, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor atau pakar kesihatan jika anda berasakan keadaan ini menimbulkan kerumitan buat anda.
Bagaimana pula kalau anda sudah bersedia tetapi tidak tahu cara yang perlu dilakukan, apatah lagi jika ini merupakan kali pertama anda melahirkan anak?
Sudah tentu ada caranya yang boleh anda cuba? Ingin tahu bagaimana? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Mungkin anda dan pasangan sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Jadi berikut dikongsikan tip untuk memulakan hubungan mesra dengan pasangan. Apa yang penting, mulakan perlahan-lahan dan usah tergesa-gesa.
Perkara yang utama, apabila anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim dengan suami, cuba untuk tidak memikirkan rasa takut atau sakit. Ini kerana lebih kerap anda memikirkan tentang kesakitan, kecenderungan anda untuk berasa sakit adalah lebih tinggi. Ia seperti permainan psikologi minda; apa yang anda fikirkan, itulah yang akan anda lakukan. Jadi hanya fikirkan sesuatu yang membahagiakan.
Adakah terdapat posisi yang tertentu untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin? YA, sudah tentu ada. Jadi berikut adalah antara beberapa posisi yang boleh membantu mengurangkan serta mengelakkan wujudnya rasa sakit. Selamat mencuba!
Posisi ini memerlukan anda untuk berbaring dengan pasangan anda memeluk anda dari belakang. Kedudukan mengiring ini dapat memberikan penetrasi yang sedikit dan tidak terlalu dalam.
Sering kali posisi ini dilakukan di dalam bilik mandi untuk memberikan lebih keselesaan. Anda mungkin berasa ia adalah satu posisi yang mudah tetapi ia bukanlah satu posisi yang sesuai untuk semua pasangan. Tetapi dikatakan posisi ini lebih sesuai untuk ibu bapa baru.
Gaya ini seperti gaya missionary. Tetapi lebih memberi fokus kepada klitoris isteri. Posisi ini dikatakan tidak sesuai untuk suami yang gemar ‘mendayung’ dengan cepat atau dalam. Biarkan penetrasi yang terjadi tidak dalam, ia menjanjikan kepuasan pada kedua-dua pasangan.
Pada posisi ini, ia membolehkan isteri mengawal ‘kayuhan’ dari atas; sama ada laju atau lambat, mahupun penetrasi dalam atau tidak. Hubungan intim dalam keadaan ini juga boleh mengurangkan tekanan pada bahagian pelvik supaya aktiviti seksual kurang menyakitkan dan lebih puas untuk isteri.
Senarai posisi yang dinyatakan adalah mengikut kesesuaian individu dan terdapat perbezaan keselesaan bagi individu yang bersalin secara normal dan juga C-Sec. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, setiap pasangan perlu melalui proses try and error.
Seperti yang disebutkan dalam artikel ini, perkara yang paling utama adalah diri anda sendiri. Jika anda belum bersedia, jangan memaksa diri dan berterus-terang kepada pasangan anda untuk melakukan seks selepas bersalin. Usah melakukannya semata-mata kerana memenuhi kehendak pasangan sedangkan anda masih belum bersedia.
Sekiranya anda bersedia fizikal dan mental, lakukannya dan nikmatilah hubungan seks itu dengan sebaiknya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen