Tak Semua Wanita Suka Bad Boy, Ini 4 Ciri SEBENAR Lelaki Idaman Kaum Hawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2020

Setiap wanita semestinya memiliki kriteria masing-masing dalam memilih pasangan hidup. Mungkin ada yang suka lelaki tinggi namun ada juga yang suka lelaki rendah, bergantung kepada individu.

Pun begitu, ada satu kepercayaan yang mengatakan ramai wanita lebih suka lelaki nakal atau bad boy. Benarkah penyataan ini?

Hakikatnya, kita semua pernah mengenali ada wanita yang tertarik dengan bad boy bukan? Apakah yang menyebabkan perkara ini?

Adakah kerana imej lelaki nakal ini kelihatan menarik pada pandangan mata wanita? Tenang, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Apa definisi bad boy yang sebenar?

bad boy

Ramai yang mengatakannya tanpa tahu maksud lelaki nakal yang sebenar.

Menurut pelbagai kajian, bad boy itu merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai karakter dominan, lucu, lasak, aktif dan sudah tentu, nakal.

Jika difikirkan secara logik akal, mana mungkin lelaki yang berperwatakan sebegini dapat menarik perhatian wanita bukan? Namun, itulah hakikat sebenar yang terjadi di dunia ini!

Mengapa lelaki nakal lebih menarik perhatian wanita?

lelaki

Untuk mencari jawapan sebenar di sebalik soalan yang sangat sukar dijawab ini, para pengkaji di New Mexico State University telah membuat soal selidik bersama 200 orang mahasiswa lelaki yang belajar di situ.

Tujuannya untuk melihat kepada kecenderungan mereka terhadap trait personaliti lelaki nakal ini.

Antara soalan yang diberikan kepada mereka adalah berkaitan dengan kehidupan seks individu.

Lelaki dengan trait personaliti ini didapati lebih banyak melakukan hubungan seks bersama pasangan yang berbeza.

Ini mungkin dapat membuktikan bahawa bad boy adalah lebih menarik perhatian wanita.

Menurut Laurie Puhn yang merupakan seorang Pakar Perhubungan dari New York, wanita cenderung untuk tertarik dengan lelaki nakal kerana mereka ini banyak mengajar pasangan melakukan sesuatu yang baharu.

“Aktiviti seperti menunggang motosikal atau menaiki kereta dengan kelajuan yang tinggi akan memberi pengalaman baharu yang menyenangkan lantas meningkatkan hormon kebahagiaan”, ujar beliau lagi.

Pun begitu, lama-kelamaan aktiviti seperti ini mungkin akan membuatkan wanita itu bosan.

Kesannya, lelaki nakal yang dahulunya dianggap sebagai menyeronokkan, akan dilabel sebagai membosankan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, bad boy memang akan menarik perhatian wanita pada awalnya sahaja.

Kebanyakan wanita akan meninggalkan mereka selepas mula berasa bosan!

Jadi, lelaki jenis apa yang wanita benar-benar suka?

lelaki sudah berkahwin

Menurut kajian yang dijalankan oleh Buss dan Shackelford pada tahun 2008 terhadap sebilangan wanita yang sudah berkahwin, bad boy sama sekali bukan ciri utama lelaki pilihan untuk dijadikan teman hidup.

Sebaliknya, wanita yang lebih berpengalaman sebenarnya lebih gemar lelaki yang baik.

Namun, apakah ciri-ciri lelaki baik? Menurut kajian tersebut, wanita sebenarnya menyukai lelaki yang ada 4 ciri ini:

#1. Mempunyai fizikal yang tampan

Sudah menjadi lumrah manusia untuk menyukai sesuatu yang unik, cantik dan menarik.

Jadi, tidak mustahil jika wanita mendambakan lelaki dengan fizikal yang maskulin, kacak, tegap, tinggi serta mempunyai daya tarikan seksual yang tersendiri. Dalam erti kata yang lain, sedap mata memandang.

#2. Mempunyai mental yang stabil

Selain fizikal, aspek mental juga penting. Tidak wujud wanita yang suka dengan lelaki yang gemar meninggikan suara atau ego ketika berkelahi.

Jadi, amat penting untuk seseorang lelaki itu mempunyai sifat kasih sayang yang kuat dalam diri mereka.

Jika anda seorang yang kuat marah, cuba belajar untuk mengawalnya.

#3. Ada sikap kebapaan

Bukan sahaja lelaki yang gemar pasangan mereka ada sikap keibuan ya?

Wanita juga sebenarnya sangat suka dengan lelaki yang ada gaya ala-ala bapa.

Ini termasuklah dengan cara pemikiran mereka yang matang, rasional dan tidak emosional.

Jika anda ada sifat ini, sudah pasti wanita lebih mudah jatuh hati.

#4. Berkemampuan dari aspek kewangan dan kerjaya

Hakikatnya, wanita sudah tentu lebih tertarik kepada lelaki yang berkemampuan.

Baik dari aspek kewangan atau kerjaya, lelaki jenis ini dilihat sebagai berada dalam kelas tersendiri.

Dalam pada itu, wanita juga sangat gemar dengan lelaki yang berpendidikan.

Kata mereka, lelaki seperti ini adalah lebih ‘seksi’ di mata mereka.

Seri bad boy hanya sementara

Dalam erti kata yang lain, wanita lebih gemar untuk memilih lelaki yang bukan dari kategori bad boy untuk dijadikan suami.

Ini kerana masa telah mengubah segalanya. Apa yang lebih penting dalam kehidupan wanita adalah seorang lelaki boleh membawanya ke jalan yang lebih benar dewasa kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

    Buat seorang lelaki, akan berlaku beberapa perubahan pada zakar seiring pertambahan usia. Apakah perubahan tersebut? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

    Hakikatnya, memang ramai wanita beronani kerana ia satu perbuatan normal. Ingin tahu 5 perkara yang anda mungkin belum tahu tentangnya? klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Bukan 1, 2 atau 3. Sebenarnya terdapat banyak jenis klimaks wanita yang kalian mungkin belum tahu lagi. Bila dah tahu tentu isteri tak sabar menanti orgasma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    manfaat bawang putih untuk wanita

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    mengerang semasa seks

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020