Akad Nikah Dengan Satu Lafaz, Kemestian Atau Kebanggaan Semata-mata?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/03/2020
Share now

Perkahwinan, ia adalah satu ikatan suci dan murni di antara dua insan dalam usaha menjalinkan perasaan cinta yang tersemai dalam diri masing-masing. Dengan satu lafaz sahaja, kehidupan anda berdua akan berubah sepenuhnya. Pun begitu, pentingkah untuk lafaz akad nikah dilakukan sekali sahaja?

Realiti proses akad nikah di negara kita

akad nikah
sumber: beautifulnara.com

Baru-baru ini, dunia hiburan kita mendapat khabar gembira di mana dua aktres cantik jelita tanah air iaitu Emma Maembong dan Zahirah MacWilson telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan masing-masing.

Apa yang menjadi bualan masyarakat adalah kedua-dua pasangan ini telah bergelar suami isteri dengan satu lafaz sahaja. Ya, ia memang perkara yang selalu kita dengar bukan? 

Persoalannya, mengapa lafaz akad nikah ini perlu dilakukan sekali sahaja? Adakah ia sememangnya satu kemestian atau sekadar satu kebanggaan semata-mata?

Hukum akad nikah menurut agama Islam

akad nikah
beautifulnara.com

“Aku nikah akan dikau Muhammad Nazri Bin Zulkifli dengan puteriku Siti Khadijah Binti Abdul Majid dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai”

“Aku terima nikahnya Siti Khadijah Binti Abdul Majid dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai”.

Ini adalah contoh lafaz akad nikah yang banyak digunakan di negara kita. Kebanyakan orang beranggapan bahawa ia perlu dilakukan dengan satu lafaz atau satu nafas sahaja untuk ia benar-benar sah. Adakah ia benar?

Menurut jawapan di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak disyaratkan satu nafas dalam lafaz akad nikah. Cuma, ia perlu dilakukan secara berurutan yakni tidak ada kesenyapan di antara lafaz ijab dan kabul itu.

Maksudnya, lafaz ijab (lafaz dari pihak wali pengantin perempuan) perlu disambut oleh lafaz kabul (lafaz dari pihak pengantin lelaki) secara terus tanpa ada sebarang waktu senggang yang memisahkan kedua-dua lafaz ini.

Sekiranya pengantin lelaki tidak berjaya melafazkannya dengan satu nafas sahaja, anda boleh mengulangnya sehingga berjaya. Jadi, usah terlalu khuatir tentangnya ya!

Netizen anggap akad nikah dengan satu lafaz tidak wajar dihebohkan

lafaz akad nikah
sumber: twitter

Ekoran berita perkahwinan ramai artis sejak kebelakangan ini seperti Emma dan Zahirah, majoriti media massa kini sedang gigih meliputi pelbagai sudut cerita raja sehari ini dari kaca mata dan persepsi masing-masing.

Kebanyakan media melampirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar perkahwinan berlangsung sehingga ke anak cucu. Pun begitu, ada juga media yang turut menyatakan berapa kali pengantin lelaki melafazkan akad nikah tersebut.

Sebenarnya, tiada salahnya untuk menyatakan perkara ini kepada umum. Cuma, ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa akad nikah dengan satu lafaz tidak wajar dihebohkan.

Ini kerana ia adalah sesuatu yang sangat peribadi dan jika ia berjaya dilakukan sekalipun, ia bukan satu keistimewaan yang akan membezakan anda dengan pengantin yang lain.

Jadi, adakah lafaz nikah dengan satu akad ini adalah satu kemestian atau kebanggaan semata-mata?

Satu kemestian atau kebanggaan semata-mata?

Bukan sahaja golongan selebriti malahan rakyat biasa juga mungkin sangat mementingkan status akad nikah untuk dilakukan dengan sekali lafaz sahaja semasa hari perkahwinan.

Kenapa? Ini kerana ia adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan dalam budaya kita, bukan di dalam agama Islam. Sekiranya ada pengantin lelaki yang melafazkannya dua atau tiga kali, mereka kebiasaannya akan diejek dan dibuli oleh masyarakat di sekeliling.

Padahal, jika lafaz akad nikah itu dilakukan beberapa kali sekalipun, ia tetap sah di sisi agama Islam. Jadi, tiada sebarang masalah besar yang akan timbul sekiranya pengantin lelaki tidak berjaya melafazkannya sekali sahaja. 

Ia hanya akan mengakibatkan kegelisahan

kahwin

Kesannya, ia akan mendatangkan kegelisahan kepada pengantin lelaki tersebut. Manakan tidak, mereka pasti akan tertekan dan mungkin stres kerana mahu menunaikan ‘keperluan’ untuk akad nikah dengan satu lafaz sahaja.

Ini sudah pasti tidak bagus buat kesihatan mental lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, cuba anda bayangkan sekiranya dia gagal melakukannya? Sudah pasti dia akan berasa malu dengan diri sendiri dan hilang keyakinan diri.

Jadi, usahlah kita sebagai masyarakat merumitkan lagi kerunsingan sedia ada yang berada di dalam fikiran bakal pengantin ini. Bukankah memudahkan urusan itu jauh lebih baik?

Apa pendapat pakar?

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan beliau tidak bersetuju melihat jurunikah yang seakan mendera pengantin dengan meminta mereka mengulang lafaz nikah sekiranya gagal melafazkannya dengan satu lafaz sahaja.

Pada pendapat beliau, lafaz akad nikah yang ditetapkan di negara kita sebenarnya terlalu panjang dan sukar untuk dihafal oleh pengantin lelaki dan juga wali itu sendiri!

Cadangan beliau adalah pendekkan sahaja lafaz tersebut agar ia mudah dihafal dan dilafaz oleh pihak yang terlibat agar tiada drama pengulangan sehingga berkali-kali.

“Apa yang penting, proses ijab dan kabul itu perlu difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin sehingga menjadi suami dan isteri,” kata beliau lagi.

Konklusinya, lafaz akad nikah yang pendek dan mudah ini sudah tentu akan membuat bakal pengantin tidak terlalu terbeban dengannya.  

Ini sekali gus mampu mengelakkan mereka ‘dibuli’ oleh tok kadi dan masyarakat sekeliling yang sebenarnya ‘memaksa’ mereka melakukannya dengan satu lafaz sahaja.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid