5 Selebriti Popular Yang Menjalani Pembedahan Vasektomi – #5 Paling Dekat Dengan Kita!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020

Pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai satu pembedahan yang dikenali sebagai vasektomi?

Buat anda yang belum tahu, ia adalah salah satu dari kaedah kontrasepsi buat lelaki yang dikatakan sangat efektif.

Persoalannya, siapakah yang pernah melakukannya? Adakah terdapat golongan selebriti yang sudah mencuba kaedah ini?

Adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu vasektomi?

apa itu vasektomi

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita tahu serba-sedikit mengenai kaedah kontrasepsi ini terlebih dahulu.

Vasektomi adalah 1 pembedahan yang dijalani oleh golongan lelaki yang sudah tidak mahu lagi mempunyai anak dengan pasangan mereka.

Ia dilakukan dengan cara menyekat atau memotong vas deferens – saluran yang membawa sperma dari testis ke uretra. Ini akan menyebabkan sperma tidak lagi boleh keluar dari lubang zakar.

Menurut American Urological Association, tahap keberkesanan kaedah kontrasepsi ini adalah sangat tinggi.

Mengikut statistik, hanya 2 dalam 1,000 pasangan yang melakukan pembedahan ini akan mengandung.

Walaupun ada teori yang mengatakan pembedahan ini boleh diundurkan jika kalian mengubah keputusan, ia mungkin tidak akan berkesan.

Jadi, sila lakukan pembedahan vasektomi ini jika kalian sudah berfikir masak-masak dan benar-benar tidak mahu lagi anak bersama pasangan.

Selebriti popular yang pernah menjalani vasektomi

Ya, mungkin pembedahan ini mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi dalam usaha menghalang kehamilan luar jangkaan.

Pun begitu, masih ramai lelaki yang takut untuk menjalaninya. Kenapa?

Ini kerana pembedahan ini masih lagi baru dan belum popular terutamanya di negara kita.

Selain itu, ramai pasangan suami isteri yang lebih gemar menggunakan kondom atau pil perancang – lebih mudah dan murah!

Pun begitu, kaedah kontrasepsi ini tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa selebriti popular di dunia ini yang pernah menjalani vasektomi? Ini gerangan mereka:

#1. Dr. Phil McGraw

Jika anda merupakan peminat tegar rancangan bual bicara mengenai hal kesihatan, rancangan Dr. Phil yang dihoskan oleh Dr. Phil ini pasti pernah menjadi kegemaran anda bukan?

Buat anda yang kurang mengenali beliau, Dr. Phil adalah seorang ahli psikologi, penulis buku dan pengacara rancangan televisyen dari Amerika Syarikat yang sangat popular.

Beliau mengaku telah menjalani pembedahan vasektomi pada usia 29 tahun kerana hanya mahu seorang anak sahaja bersama pasangan.

Namun, beliau mengundurkan kembali pembedahan tersebut 6 tahun kemudian kerana mengubah fikiran tentang jumlah anak yang dimahukan.

#2. Ozzy Osbourne

Ozzy Osbourne adalah antara legenda muzik rock dunia. Buat anda yang kurang tahu, beliau adalah vokalis utama kumpulan rock dari Amerika iaitu Black Sabbath.

Beliau mengaku telah menjalani pembedahan ini pada tahun 1986 setelah mempunyai 6 orang anak bersama pasangannya.

Namun, beliau juga telah mengundurkan pembedahan ini selepas isterinya meminta untuk hamil buat kali yang terakhir.

#3. Slim Thug

View this post on Instagram

@fashionnovamen Fashionnovapartner

A post shared by Slim Thug (@slimthug) on

Dari seorang penyanyi rock, kita pergi pula kepada penyanyi rap popular iaitu Slim Thug.

Beliau juga secara terang-terangan memberitahu dunia tentang pembedahan itu melalui laman sosial Instagram miliknya.

Beliau yang sudah mempunyai 3 orang anak lelaki bersama pasangannya, telah memperkenalkan tanda pagar sendiri iaitu #NoNewBabymamas #NoMoChildSupport #NoLittleGirl bagi meraikan kejayaan melakukan pembedahan tersebut.

#4. John Key

Tidak, beliau bukanlah seorang selebriti namun seorang ahli politik New Zealand yang sangat popular.

Puncak popularitinya adalah ketika beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara itu pada 2008 hingga 2016.

Dalam satu temu bual bersama wartawan yang bertanyakan tentang sistem persekolahan peringkat awal kanak-kanak, beliau secara tiba-tiba sahaja mengaku sudah menjalani pembedahan vasektomi.

Keadaan kemudiannya menjadi senyap dan sunyi selepas pengakuan tersebut namun beliau kembali berjenaka dengan mengatakan beliau terlepas cakap dan informasi itu tidak sepatutnya diberitahu kepada media.

#5. Giring Nidji

Menyanyilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga… Ini adalah antara bait dalam lirik lagu popular dendangan band terkenal dari Indonesia iaitu Nidji.

Tahukah anda bahawa penyanyinya, Giring juga adalah selebriti yang sudah menjalani pembedahan vasektomi?

Beliau dan pasangannya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu selepas isterinya berjaya melahirkan anak mereka yang keempat.

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu vasektomi dan beberapa nama selebriti dari luar negara yang mengakui telah menjalani pembedahan vasektomi bagi tujuan merancang keluarga mereka.

Namun, tiada selebriti Malaysia yang termasuk dalam senarai.

Ini mungkin disebabkan oleh kaedah kontrasepsi ini kurang popular di negara kita atau ada yang melakukannya tapi tidak mengaku.

Dari sudut agama Islam, terdapat banyak pandangan mengenai apa itu vasektomi dan rata-rata ahli agama mengatakan bahawa ia adalah haram untuk kita lakukan.

Jadi, pertimbangkan faktor ini juga sebelum membuat keputusan untuk melakukannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

“Saya Pancut Luar, Takkan Dapat Penyakit Kelamin”, JANGAN 100% Pasti, Ini Sebabnya!

Selain daripada itu, ada banyak lagi tanggapan lain yang kita dengar sebelum ini berkenaan penyakit kelamin dan jangkitan kelamin. Adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Hubungan Seks Ketika Haid Boleh Hamil? Jangan Terkejut Semak 3 Risiko BAHAYA Ini!

Melakukan seks ketika haid pastinya 1 perkara janggal dilakukan. Tetapi jika tidak tahan untuk bersetubuh semasa period, ada risiko untuk mengandung ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Kalau Suami Tak Suka Pakai Kondom, Anda Boleh Pakai Kondom Wanita Untuk Rancang Kehamilan?

Adakah benar kondom wanita atau kondom perempuan boleh digunakan berulang kali? Benarkah ia boleh dicuci dan diguna semula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Jangan Panik! Ini Cara Betul Untuk Keluarkan Kondom Tersekat Dalam Faraj

Jika perkara ini berlaku, jangan panik. Ikuti panduan dalam artikel ini untuk mengetahui cara untuk mengeluarkan kondom tersekat dalam faraj.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

seks dengan kondom

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
cara-pakai-kondom-wanita

Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
prosedur vasektomi

Vasektomi, Teknik Cegah Hamil Kontroversi Buat Lelaki, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/05/2020