backup og meta

5 Cara Pemakaian Kondom Yang Salah Dan Patut Dielak, Atau Buruk Padahnya!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/07/2020

    5 Cara Pemakaian Kondom Yang Salah Dan Patut Dielak, Atau Buruk Padahnya!

    Kondom adalah kaedah kontraseptif fizikal yang digunakan untuk mencegah kehamilan atau sebarang penyakit kelamin berjangkit. Walaupun digunakan secara meluas kerana keberkesanan dan harganya yang murah, kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami kesukaran menggunakannya. Hasilnya, kehamilan yang tidak dirancang atau dalam beberapa kes, jangkitan penyakit kelamin. Oleh itu, ketahui 5 kesilapan yang biasa berlaku sewaktu menggunakan kondom.

    Memilih saiz yang salah

    Kondom datang dalam pelbagai saiz dan anda sepatutnya memilih saiz yang sesuai. Memilih saiz yang terlalu kecil boleh menghentikan aliran darah kepada zakar, menghalangnya mencapai ereksi penuh. Memakai yang lebih besar daripada saiz anda pula boleh mengurangkan keberkesanannya. Kondom yang terlalu besar mungkin tidak melekat pada zakar dengan baik atau mungkin terlucut dan jatuh sewaktu hubungan kelamin, yang bermaksud ia tidak dapat melindungi daripada kehamilan atau penyakit kelamin berjangkit.

    Pakai dengan cara yang salah

    Kondom direka untuk dipasang dalam satu arah sahaja. Sekiranya pengguna mengikuti arahan dengan betul, prosedurnya sepatutnya lancar dan mudah, bagaimanapun, jika tidak, anda akan bergelut dengannya. Ini sudah tentu akan menyukarkan permulaan hubungan seksual anda. Selain itu, jika kondom anda mempunyai spermisida (bahan nyah sperma), memakai secara terbalik akan mengurangkan kesan menghalang sperma.

    Cara penyimpanan yang salah

    Kebanyakan lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket mereka kerana mereka mahu bersedia sepanjang masa. Malangnya, ini boleh menyebabkan kondom menjadi tegang dan kering kerana anda duduk dan memanaskannya dengan punggung anda. Ini akan membuatkannya bukan sahaja sukar digunakan tetapi juga kurang berkesan. Oleh itu, jangan lupa untuk membaca arahan tentang cara penyimpanan dan pastikan kondom anda belum tamat tempoh.

    Inginkan perlindungan berganda

    Ramai orang percaya bahawa menggunakan 2 pasang kondom pada masa yang sama dapat memberikan perlindungan berganda. Walaupun kedengaran logik, sebenarnya amalan ini tidak betul. Memakai satu kondom di atas kondom yang lain menjadikannya terlalu ketat untuk zakar anda beraksi. Selain itu, geseran antara kedua-duanya boleh menyebabkannya terkoyak lantas meningkatkan risiko air mani terkeluar.

    Pakai kondom terlalu awal

    Kesalahan yang paling sering dilakukan ialah memakai kondom terlalu awal. Cuba untuk tunggu ereksi penuh sebelum cuba memakainya kerana ia mungkin tidak terpasang dengan baik pada zakar yang lembik dan menyebabkan ketidakselesaan bagi kedua-dua pihak. Sebaliknya, memakai terlalu lambat juga bukanlah strategi yang baik. Jika foreplay atau ransangan seksual anda dan pasangan melibatkan penetrasi, ia mungkin boleh membawa kepada kehamilan tak terancang atau penyakit seksual berjangkit sebelum sempat anda memakai alat kontraseptif ini.

    Walaupun menggunakan kondom, masih terdapat kemungkinan pengguna dijangkiti dengan penyakit kelamin atau kehamilan yang tidak dirancang. Oleh itu, jangan lupa untuk membaca arahan dengan teliti, beri perhatian jika terdapat rasa tidak selesa semasa menggunakan kondom. Dan, jika anda tidak pernah memakainya sebelum ini, cubalah dahulu untuk mempelajari cara pemakaiannya sebelum mula beraksi.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Baca Juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan