backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bersetubuh Setiap Hari Memang Ada Manfaat, Namun Hati-Hati Dengan 5 Risiko Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/06/2021

    Bersetubuh Setiap Hari Memang Ada Manfaat, Namun Hati-Hati Dengan 5 Risiko Ini

    Hubungan seks adalah satu perkara yang menjadi tiang atau asas kepada perhubungan setiap pasangan yang berkahwin. Malah jika ada masalah hubungan suami isteri, anda harus selesaikan segera agar tidak berlanjutan. 

    Jika ia dipandang sepi dan ringan sahaja, hidup kalian mungkin menjadi hambar dan masalah hubungan suami isteri tidak dapat diperbaiki. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Masalah hubungan suami isteri – Risiko seks terlalu kerap 

    #1. Mengundang risiko serangan jantung

    masalah hubungan suami isteri

    Walaupun ini bukanlah satu perkara yang pasti akan terjadi, namun ia masih berisiko buat beberapa individu.

    Bagi kebanyakan individu, hubungan intim sebenarnya mampu meningkatkan fungsi kardiovaskular.

    Namun, bagi individu yang pernah mempunyai sejarah sakit jantung perlu berhati-hati.

    #2. Masalah hubungan suami isteri – Keletihan yang melampau

    Seks terlalu kerap juga akan memberi kesan terhadap kesihatan dan kerjaya anda walaupun ia tidaklah begitu serius. Keletihan yang melampau akibat kekerapan melakukan jimak akan menjejaskan prestasi kerja serta kesihatan anda secara umumnya.

    Semasa melakukan hubungan intim, norepinephrine, epinephrine dan kortisol yang dihasilkan akan membuat jantung berdegup lebih kencang lalu melepaskan glukosa ke dalam saluran darah. Ia merupakan punca utama keletihan yang berlaku. 

    #3. Mengakibatkan kesakitan dan kebengkakan

    Wanita sangat sensitif terhadap kesakitan dan ia akan hadir setiap kali selepas sesi hubungan intim bersama pasangan. Ini disebabkan oleh tusukan zakar ke dalam faraj semasa penetrasi.

    Disebabkan itu, perlakuan jimak terutamanya yang melibatkan kemasukan zakar boleh mendatangkan kesakitan.

    Dalam situasi ini, anda boleh menggunakan alternatif seks yang lain tanpa melibatkan penetrasi.

    #4. Menyebabkan kekejangan otot

    Aktiviti seksual juga melibatkan aktiviti kerana ia akan menyebabkan tekanan pada otot jika anda salah atau silap melakukan sebarang posisi seks.

    Anda mungkin perlu untuk berhenti melakukannya buat seketika untuk sembuh kembali sepenuhnya.

    Selain itu, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan posisi seks yang lain agar otot tidak dapat terlalu banyak tekanan pada tempat yang sama sahaja.

    #5. Risiko patah zakar

    Ia merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki. Walaupun tidak kehilangan fungsi, zakar anda mungkin boleh patah jika terlalu kerap atau tersalah teknik ketika melakukan jimak.

    Ia akan mengakibatkan zakar anda tidak lagi boleh mengalami ereksi selain menyebabkan batang zakar atau skrotum membengkak.

    Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu merancang dan menjalani kehidupan seks yang lebih baik agar kebahagiaan rumah tangga  kekal bahagia dan harmoni.

    Kesilapan memakai kondom

    masalah hubungan suami isteri

    Kondom sememangnya berfungsi untuk mencegah kehamilan bagi tujuan perancangan keluarga. Disebabkan itu, tidak menggunakan kondom atau salah cara penggunaannya adalah masalah hubungan suami isteri yang biasa terjadi. 

    Menurut pakar kesihatan seksual lelaki Dr. Paul Turek, kesilapan yang sering terjadi ini perlu diteliti dengan lebih berhati-hati agar ia tidak lagi berulang.

    • Guna kondom secara terbalik

    Menurut Dr. Turek, kondom agak sukar untuk dipasang dan dicabut jika ia dipasang secara terbalik. Namun begitu, masih ramai lelaki yang tersilap cara memakainya.

    Oleh itu, lelaki perlu lebih bijak mengetahui cara dan bahagian yang betul untuk memasang kondom. Pengunaan kondom yang terbalik akan mengurangkan keberkesanan spermicide iaitu lapisan yang digunakan untuk menghentikan sperma daripada terus bergerak.

    • Dua kondom sekali gus

    Ada lelaki yang beranggapan bahawa memakai 2 kondom sekali gus pada waktu yang sama akan memberi lebih perlindungan buat mereka.

    Sebenarnya, ia adalah tidak benar kerana pemakaian 2 kondom akan menjadikannya lebih ketat dan memberi tekanan kepada zakar.

    Ini seterusnya akan mengakibatkan kondom lebih mudah terkoyak lalu membenarkan sperma untuk melaluinya.

    • Menggunakan kondom terlalu lambat

    Kebanyakan lelaki gemar melakukan “foreplay” sebelum memakai kondom. Ia mungkin selamat selagi anda belum melakukan penetrasi.

    Menurut Dr. Turek lagi, lelehan air mani yang keluar ketika “foreplay” adalah mengandungi lebih banyak sperma. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kondom sebelum mula melakukan hubungan seks.

    • Menggunakan kondom terlalu awal

    Anda juga perlu tahu bahawa anda tidak boleh memakai kondom terlalu awal iaitu semasa zakar masih belum mengalami ereksi. Ia akan menghalang anda daripada merasai sensasi hubungan seks yang sebenarnya lalu merencatkan libido anda dan pasangan.

    • Kondom salah saiz

    Kecil, sederhana atau besar – lelaki selalu mengalami kesukaran untuk menentukan saiz kondom mereka. Menurut Dr. Turek, lelaki gemar menganggap saiz zakar mereka lebih besar daripada sepatutnya.

    Ia mungkin akan mengakibatkan kondom tercabut atau mempunyai ruang-ruang di sekelilingnya lalu membenarkan sperma lebih mudah melaluinya.

    Namun begitu, tidak adil jika kita hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja jika berlakunya kesilapan dalam kehidupan hubungan intim individu.

    Wanita juga sebenarnya memainkan peranan yang sama penting dengan lelaki dalam usaha untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan kehidupan seks pasangan suami dan isteri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan