Oops! Suami Asyik Tolak Ajakan Bersama? Baik Anda Semak 5 Tanda BAHAYA Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/03/2020

Setiap wanita di muka bumi ini sudah tentu mengimpikan seorang lelaki yang tampan dan gagah perkasa untuk dijadikan seorang suami. Namun, bagaimana jika anda mendapati bahawa suami songsang? Apa yang anda sebagai isteri perlu buat?

Ya, ia memang satu kenyataan yang mengejutkan lagi memilukan hati mana-mana insan bergelar isteri. Pun begitu, jangan berdiam diri sahaja dan bertindak segera! Ayuh ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa yang isteri perlu buat jika suami songsang.

Tanda-tanda suami gay yang isteri perlu tahu

suami songsang

Pada awal percintaan dan perkahwinan, suami anda mungkin tampak seperti lelaki yang biasa sahaja. Lama-kelamaan, si dia mula menunjukkan pelbagai petanda dan perangai yang pelik. Lebih memeningkan kepala, suami anda seakan cuba mengelak daripada anda!

Jika situasi seperti ini berlaku kepada anda, sudah pasti pelbagai prasangka akan timbul dalam hati bukan? Mungkin anda akan menyalahkan diri sendiri kerana sudah tidak menarik di mata suami. Namun, bagaimana jika suami songsang?

Dalam dunia yang penuh pancaroba kini, tiada apa yang mustahil. Berikut merupakan tanda-tanda suami anda ‘kunyit’:

#1. Suami berkelakuan seperti seorang gay

Ini adalah tanda yang paling utama. Perhatikan pemakaian, percakapan dan tingkah laku suami anda. Adakah dia sering mengekpresikan diri sebagai seorang yang songsang seperti berpakaian ala metroseksual ataupun gaya percakapan dan berjalan yang lembut?

Jika suami pandai berpura-pura dan menyorokkan sisi gelap mereka ini, cuba perhatikan kelakuan mereka ketika bertembung dengan ‘kunyit’ yang lain.

Sekiranya suami kelihatan sangat marah atau simpati terhadap golongan ini, ia mungkin menunjukkan dia sebenarnya ada rasa empati terhadap mereka.

Selain itu, cuba uji sifat humor suami anda apabila bercakap tentang hubungan songsang. Jika dia kelihatan bersungguh berseloroh tentang homoseksual, itu juga mungkin salah satu tanda.

Pun begitu, jangan pula terus menuduh si dia bukan-bukan hanya kerana ini ya? Mungkin suami hanya bergurau dengan menyamar sebagai suami songsang untuk menyakat anda! Namun jika dia terlalu kerap berkelakuan seperti yang dinyatakan, isteri sila berjaga-jaga!

#2. Suami kerap menghubungi seorang lelaki

Jangan salah faham, setiap lelaki pasti mempunyai seorang kawan baiknya yang dikenali mungkin sejak zaman bangku sekolah lagi.

Namun, jika memang benar lelaki yang suami anda sering hubungi itu adalah kawan baiknya, tiada apa yang perlu disorokkan bukan? Sudah pasti dia tanpa segan silu akan bercerita tentangnya kepada anda.

Lain pula ceritanya jika dia sering bercakap atau bermesej dalam telefon di luar pengetahuan anda. Jika ditanya pula, suami akan melenting berkata anda sudah tidak mempercayainya. Sifat defensif seperti inilah yang akan menambahkan curiga isteri.

Lebih membimbangkan, jika suami sering sahaja balik lambat dari pejabat kononnya berjumpa ‘kawan baik’ yang dikatakan. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan lelaki gemar untuk keluar bersama secara berkumpulan dan bukannya berdua sahaja.

Jika anda perasan suami anda sangat kerap menghubungi dan keluar bersama seorang lelaki sahaja, jaga-jaga ya? Ia mungkin tanda suami anda memang tidak punya ramai kawan. Namun, ia juga mungkin tanda suami songsang!

#3. Suami menonton pornografi homoseksual

Mungkin perbuatan menonton video lucah adalah normal dilakukan oleh suami kononnya untuk mempelajari sebarang teknik atau posisi seks baharu. Namun, bagaimana pula jika dia menonton pornografi homoseksual? Ia mungkin tanda suami songsang!

Ya, kadangkala mungkin si dia mungkin bersifat ingin tahu sahaja. Pun begitu, jika sejarah carian tentang pornografi di telefon pintar atau komputer riba suami penuh dengan aksi seks gay sahaja, sila berwaspada dan bertanyalah dengan jujur kepadanya.

#4. Suami asyik tolak ajakan hubungan seks

Perhatian para isteri, ini merupakan tanda suami songsang yang paling bahaya!

Mungkin jika sekali suami tolak pelawaan anda untuk berasmara, ia mungkin tanda dia terlalu penat bekerja atau memang tiada mood. Namun, lain pula ceritanya jika dia menolak ajakan anda itu setiap hari dengan alasan yang sama.

Lebih mencurigakan, suami sering mengadu penat dan tidak punya mood untuk meluangkan masa beraksi di ranjang bersama anda tetapi boleh pula berada di luar rumah sehingga lewat malam bersama ‘kawan baik’ yang sering diceritakan.

Ada kemungkinan memang dia sudah tidak berminat dengan anda ekoran bentuk tubuh atau raut wajah yang mungkin sudah berkedut dan tidak lagi menarik di matanya. Ia adalah sesuatu yang anda boleh usahakan untuk menarik kembali minatnya pada anda.

Namun, ada juga satu kemungkinan yang lebih membimbangkan. Mungkin dia sudah tidak tertarik kepada wanita? Maka bertanyalah kepadanya. Jika benar suami songsang, maka cuba berkomunikasi dan bersama mencari jalan penyelesaiannya.

Apa isteri perlu buat jika terbukti suami songsang?

suami songsang

Alangkah hibanya hati seorang isteri jika sudah benar terbukti dan suami anda sendiri mengaku yang dia adalah seorang gay. Namun, jangan putus asa kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagai isteri kepada suami songsang, apa yang anda boleh buat?

Ini apa yang isteri perlu buat:

  • Belajar untuk menerima kenyataan
  • Move on, tiada guna jika masih terperangkap dengan situasi dan emosi yang lama
  • Buat keputusan sama ada anda berdua boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri atau tidak
  • Jika sudah mempunyai cahaya mata, sila ambil kira semua pihak jika anda berniat untuk memberitahu mereka
  • Segera lakukan ujian penyakit jangkitan kelamin (STD) sama ada suami anda mengaku atau tidak pernah berhubungan songsang

Ini apa yang isteri jangan buat:

  • Jangan menyalahkan diri anda kerana itu adalah pilihan dia
  • Jangan mengasingkan diri sebaliknya cari bantuan atau rawatan profesional
  • Jangan terus beranggapan perkahwinan anda sudah berakhir, si dia mungkin masih boleh berubah menjadi suami yang baik dan sejati
  • Jangan biar kesilapan ini membunuh segala kenangan manis anda berdua tatkala sedang berbahagia sebagai suami isteri

Namun, keputusan terletak di tangan anda. Sebaiknya, dapatkan pandangan dari ibu bapa, rakan-rakan atau khidmat kaunseling untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah suami songsang ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

    Terbaharu, ada kajian dari Jerman yang kata encik suami boleh hidup lebih lama jika kerap cium isteri. Jom ikuti artikel ini untuk tahu kesahihannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Senggama Bukan Selalunya Sedap, Jaga-jaga Jika Zakar Selalu Sakit Semasa Bersama Isteri!

    Ada lelaki yang mengadu zakar sakit semasa seks. Mengapakah ia terjadi? Adakah ia disebabkan penyakit? Jom ketahui jawapannya dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    jimak setiap hari

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/05/2020
    berhubungan seks

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/05/2020