backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan, Bukan Sebab HIV Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/09/2021

    Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan, Bukan Sebab HIV Sahaja!

    Seks atau hubungan senggama adalah suatu perbuatan yang mendatangkan kenikmatan dan kepuasan nafsu syahwat bagi setiap individu.

    Disebabkan itu, ia penting dalam kehidupan suami isteri bagi memastikan rumah tangga lebih indah dan bahagia.

    Pun begitu, ini merupakan satu masalah besar pada zaman sekarang kerana seks kini sudah menjadi satu kebiasaan bagi pasangan yang belum berkahwin.

    Ia akan menyebabkan satu lagi keadaan yang membimbangkan iaitu individu cenderung melakukan hubungan senggama bersama banyak pasangan.

    Seperti mana yang kita tahu, ia memang berbahaya, berisiko dan berdosa bagi individu yang beragama Islam.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

    Hubungan senggama bersama banyak pasangan itu normal?

    Hakikatnya, projek asmara bersama ramai pasangan memang sudah menjadi satu kebiasaan yang normal kini.

    Kebiasaan ini harus diperbetulkan dengan kadar segera kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan.

    Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang yang beragama Islam kerana ia sudah tentu akan mendatangkan dosa besar dan kemerosotan kesihatan.

    “Hubungan senggama bersama banyak pasangan adalah satu tabiat buruk yang sama dashyat dengan berjudi, minum arak, ambil dadah dan lain-lain kerana ia adalah perbuatan yang seronok hari ini namun sengsara esok hari”, kata Profesor Psikologi dari Eastern Connecticut State University di Amerika Syarikat, Deirdre Lee Fitzgerald.

    Dalam pada itu, hubungan senggama bersama banyak pasangan mesti dielakkan tidak kira sama ada anda sudah atau belum berkahwin.

    Kenapa? Ini kerana ia bukan setakat berisiko menyebarkan penyakit human immunodeficiency virus (HIV) malah banyak lagi kemudaratan yang lain.

    hubungan senggama

    Apa risiko buat hubungan senggama dengan banyak pasangan?

    Mungkin ramai orang yang akan berbicara berkaitan dengan pandangan agama terhadap perkara mungkar ini namun ia sebenarnya lebih besar daripada itu.

    Berikut merupakan kesan-kesannya:

    #1. Penularan penyakit jangkitan kelamin (STD)

    Ya, memang benar bahawa perbuatan mungkar ini boleh mengakibatkan penularan pelbagai penyakit jangkitan kelamin buat individu yang terlibat.

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, ia boleh memindahkan virus HIV sekali gus menyebabkan penyakit AIDS yang masih tiada penawar sehingga kini.

    Namun jangan terlalu fokus dengan satu penyakit sahaja, ada pelbagai lagi jenis STD yang berisiko tinggi untuk anda dapat jika mengamalkan kehidupan seks tidak selamat seperti:

    Bukan itu sahaja, kalian juga mungkin berisiko tinggi terkena wabak bertaraf pandemik seperti COVID-19 jika melakukan seks dengan banyak pasangan yang anda sendiri tidak berapa kenal latar belakang kesihatan mereka!

    hubungan senggama

    #2. Kehamilan luar jangkaan

    Sedangkan jika sudah berkahwin dengan seorang pasangan pun perancangan keluarga masih diperlukan, apatah lagi jika belum berkahwin dan mempunyai ramai pasangan?

    Ini sudah tentu akan mengakibatkan peningkatan risiko kehamilan luar jangkaan.

    Jika anda sangka dengan menggunakan alat kontraseptif seperti kondom atau pil perancang sudah memadai, fikirkannya semula.

    Masih terdapat peratusan di mana kaedah perancangan keluarga tidak efektif meskipun kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

    Kesannya, ia akan menyebabkan kehamilan dan kelahiran anak di luar pernikahan serta kekeliruan untuk mengenal pasti keturunan.

    #3. Kesihatan mental terganggu

    Adakah individu yang gemar melakukan hubungan senggama bersama banyak pasangan itu sihat secara fizikal dan mental? Tidak sama sekali!

    Jika dinilai dari aspek mental, mereka yang mempunyai cara hidup seperti ini mungkin mempunyai tahap kesihatan mental yang kurang baik.

    Pada mereka, cara hidup sebegini boleh meningkatkan status sosial dan berasakan diri lebih ‘moden’ berbanding individu lain yang dianggap ‘jumud’.

    Hakikatnya, ia cuma akan mengakibatkan pelbagai masalah mental seperti kegelisahan, kemurungan dan lain-lain apabila sudah menyesal kelak.

    hubungan senggama

    Setia pada pasangan adalah cara hidup yang terbaik!

    Konklusinya, berkahwinlah untuk kehidupan seksual yang lebih baik kerana ia sudah tentu membuat kalian menyalurkan nafsu syahwat ke arah yang lebih benar dan sihat.

    Selain itu, setia pada pasangan adalah cara hidup yang terbaik!

    Jangan hanya beranggapan pernikahan itu hanya sekadar untuk nafsu syahwat sahaja sebaliknya semai dan sulam rasa cinta kepada pasangan agar rumah tangga lebih harmoni.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan