backup og meta

Jangan Terjah @ Paksa Untuk Bersama Si Dia, Ini Sebabnya, Ada Kaitan Dengan Mental!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/08/2022

    Jangan Terjah @ Paksa Untuk Bersama Si Dia, Ini Sebabnya, Ada Kaitan Dengan Mental!

    Hubungan intim bersama pasangan adalah antara kunci utama keharmonian sesebuah rumah tangga yang dibina.

    Namun, seks semata-mata bukanlah resepi utama kesejahteraan dan kestabilan sesebuah rumah tangga itu.

    Apatah lagi, jika aktiviti seks yang dilakukan itu tidak berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua pasangan.

    Pendek kata, salah seorang pasangan tidak bersetuju untuk menjalin seks ketika itu.

    Tahukah anda, seks dengan persetujuan bersama ini atau juga disebut sebagai consensual sex adalah kunci kepada kegembiraan dan juga peningkatan tahap kesihatan mental seseorang individu. Bagaimana?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Seks secara rela buatkan kita lebih gembira

    hubungan seksual

    Siapa yang boleh menyangkal kenyataan bahawa hubungan seks boleh menyebabkan kita lebih gembira seterusnya lebih sejahtera.

    Malah, ada kajian yang menyatakan individu yang lebih banyak melakukan hubungan seks dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik.

    Kajian mendapati, pasangan yang kerap melakukan hubungan seks mempunyai kualiti perkahwinan yang lebih baik selain beberapa kualiti lain berkenaan kepuasan dalam perkahwinan.

    Selain itu, ada juga kajian lain mendapati pasangan yang mencapai orgasma atau klimaks secara bersama sewaktu melakukan seks berasa lebih gembira atau bahagia.

    Menarik bukan! Ia menunjukkan bahawa hubungan seks yang dilakukan atas persetujuan bersama boleh menggembirakan kehidupan seksual pasangan tersebut. 

    Seks secara paksa menyebabkan kita tertekan

    Tahukah anda, seks yang dilakukan secara paksa walaupun bersama pasangan anda sebenarnya boleh menjadikan seseorang individu itu mengalami tekanan bahkan kemurungan.

    Selain itu,ia juga menjadikan seseorang itu menjadi lebih cemburu dan paranoid sehingga boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.

    Ada kajian menyatakan, pasangan yang kerap melakukan hubungan seks secara paksa sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jenis penderaan lain.

    Begitu juga sebaliknya, kemurungan turut menyebabkan kualiti seks menurun, terutamanya bagi wanita.

    Manakala bagi lelaki pula, kemurungan yang dialami boleh menyebabkannya cenderung untuk mendera pasangannya secara seksual. Ini bahaya seks secara paksa yang ramai tidak perasan sebelum ini. 

    Seks memanjangkan umur manusia!

    Ada satu kajian mendapati, hubungan seks yang dilakukan individu dewasa sebenarnya boleh merendahkan risiko kematian.

    Kajian yang dijalankan selama 7 tahun mendapati, lelaki yang tidak melakukan hubungan seks atau mengalami mati pucuk mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain.

    Ini berkemungkinan kerana lelaki yang sihat secara fizikal juga adalah seorang aktif secara seksual. 

    Sebab-sebab biasa pasangan elak daripada melakukan hubungan seksual

    hubungan seksual

    Cerita dalam kelambu berkenaan kedinginan pasangan untuk melakukan seks mungkin jarang diperkatakan.

    Namun, sebenarnya terdapat beberapa penyebab atau punca yang menyebabkan si dia mungkin tidak ingin menjalinkan hubungan intim pada waktu-waktu tertentu.

    Antara sebab-sebab biasa adalah seperti rasa sakit yang dialami sewaktu melakukan hubungan seks, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, kemurungan yang dialami atau penyakit kronik.

    Ada juga yang mungkin berpendapat bahawa mereka telah terlalu berusia untuk melakukan seks bersama pasangan.

    Namun, usia sebenarnya tidak boleh menjadi faktor penghalang untuk anda aktif secara seksual bersama pasangan.

    Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang lebih tua memperoleh kemahiran dan strategi yang dapat mengurangkan penurunan kualiti hidup berkaitan dengan usia dalam kehidupan seksual mereka.

    Khasnya ketika mereka berada dalam hubungan yang positif. 

    Bagaimana untuk atasi masalah yang dialami bagi kembali aktif melakukan hubungan seksual?

    hubungan seksual

    Beberapa permasalahan yang menghalang anda daripada terus melakukan aktiviti seks sebenarnya boleh diperbaiki.

    Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

    Kesimpulan 

    Jika pasangan anda mempunyai sebarang permasalahan dalam hubungan seksual sehingga menyebabkannya tidak mahu menjalinkan hubungan intim bersama anda, jangan sesekali memaksanya.

    Anda mungkin puas dengan hubungan seksual secara paksa, namun tidak bagi pasangan anda.

    Jadi, sebaiknya dapatkan persetujuan bersama untuk melakukan hubungan seksual agar kedua-duanya mencapai matlamat kepuasan yang diinginkan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan