Dalam Diam, Ramai Wanita ‘Terkahwin’ Dengan Lelaki Yang Sebenarnya Homoseksual, Tapi Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 24/04/2020

Hubungan homoseksual bukanlah satu bentuk hubungan suami isteri yang diterima oleh masyarakat umum di Malaysia.

Seringkali jika seseorang individu tersebut perlu menyembunyikan “keinginan” mereka terhadap lelaki atau wanita (sama jantina), mereka akan mengahwini pasangan heteroseksual yang tidak tahu menahu akan hal itu.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui kesan perhubungan lelaki kunyit terhadap wanita yang dikahwini.

Derita dalam diam suami isteri? Hubungan homoseksual musnahkan hidup pasangan heteroseksual

Siapa tidak mahu berkahwin? Setiap manusia mengimpikan perhubungan suami isteri yang bahagia.

Namun tahukah anda, ada dalam kalangan wanita yang tidak pernah disentuh oleh suami mereka walaupun sudah bertahun-tahun mereka berkahwin?

Ada juga lelaki yang sudah mempunyai anak namun kantoi berasmara dengan lelaki lain di hotel murah.

Keadaan ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan ragu dalam diri wanita bukan sahaja terhadap lelaki tersebut malah terhadap diri mereka sendiri.

Apa salah aku? Apa yang patut aku buat? Apa kekurangan aku? Monolog yang tidak berkesudahan ini boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan.

Baca juga:

Fakta Dan Mitos Tentang Kemurungan

Kisah-kisah mereka yang berkahwin dengan lelaki homo yang boleh didapati di blog atas talian seringkali menimbulkan kerisauan.

Secara umumnya, kita tidak mahu meletakkan komitmen yang tinggi terhadap perhubungan yang bertepuk sebelah tangan. 

Kemurungan bukanlah satu masalah “biasa”. Ia merupakan penyakit mental yang serius dan sering dianggap sebagai pembunuh dalam diam.

Keluarga terlalu cepat menyalahkan pihak yang lain jika terputus satu hubungan tanpa membuat usul periksa terhadap penyebabnya.

Ramai wanita yang menceritakan perihal masalah yang dihadapi mereka dengan bekas mertua akibat daripada penceraian hubungan itu.

Ini boleh membuatkan masalah kemurungan tersebut menjadi bertambah teruk.

Jika dibiarkan, pisau di dapur kelihatan menjadi alternatif yang rasional buat mereka yang mengalami tekanan jiwa.

Hakikat perkahwinan dengan lelaki homoseksual  

homoseksual

Sebagai negara yang mempunyai majoriti penganut agama Islam, kita sering risau berkenaan dengan ikhtilat (pergaulan melebihi batas) di antara lelaki dan perempuan.

Namun, perlukah kita mengambil berat tentang pergaulan di antara lelaki dan lelaki?

Dalam konteks perkahwinan, jika suami kelihatan lebih rapat dengan lelaki lain tanpa mempedulikan nafkah batin wanita, ia merupakan satu kezaliman yang tidak boleh dipandang ringan.

Perkahwinan di antara lelaki homoseksual dan wanita heteroseksual tidak akan kekal lama.

Ini disebabkan oleh keinginan yang tidak selari di antara kedua pasangan tersebut yang boleh menimbulkan konflik kelak.

Desakan masyarakat untuk anak muda berkahwin merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini.

Lelaki tersebut terpaksa mencari pasangan heteroseksual bagi menyembunyikan “naluri” mereka yang bercanggah dengan budaya dan agama masyarakat setempat. 

Kesan pemisahan suami isteri terhadap anak pada usia muda

Apa yang berlaku di sebalik dinding perkahwinan seringkali tidak dapat disaksikan oleh khalayak umum.

Ini menyebabkan golongan wanita sering menjadi mangsa dera fizikal, emosi dan mental dalam mempertahankan hubungan kekeluargaan disebabkan suami yang tidak cenderung untuk bersama dengannya.

Apa yang lebih teruk lagi adalah kesan hubungan tersebut terhadap tumbesaran mental anak-anak kecil.

Ada kes yang melibatkan perebutan hak penjagaan anak di antara keduanya dan ini boleh menyumbang kepada kemurungan anak kelak.

Menurut model kemurungan oleh Brown dan Harris, terdapat 4 faktor yang memudahkan seseorang individu itu untuk mendapat kemurungan:

  • Kehilangan ibu pada usia muda
  • Tiada kepercayaan dalam hubungan (confiding relationship)
  • Mempunyai 3 anak atau lebih berusia di bawah 14 tahun
  • Tidak bekerja

Jika dilihat pada faktor kehilangan ibu pada usia muda, walaupun maksud asalnya adalah kematian ibu, banyak kajian menunjukkan kesan negatif terhadap anak jika terpisah daripada ibu.

Kajian yang dijalankan oleh Kimberly, Anne dan Jane telah mendapati bahawa jika anak terpisah daripada ibu sebelum berusia 2 tahun, mereka bakal menjadi agresif pada usia 5 tahun dan ke atas.

Isteri yang tidak bekerja juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kemurungan jika mereka bercerai disebabkan faktor kewangan.

Lelaki yang tidak mempedulikan hak bekas isteri selepas bercerai seperti pemberian duit edah akan menyebabkan hal ini berlarutan.

Konklusi

homoseksual

Kemurungan bukanlah satu permasalahan yang hanya boleh diubati dengan bantuan farmakologikal semata-mata.

Perkahwinan tidak sepatutnya dijadikan platform untuk “menyorok” bagi mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap hubungan homoseksual.

Jika tidak perlu, usah kahwin. Perkahwinan “palsu” ini boleh memudaratkan kesihatan mental pasangan heteroseksual.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Berkahwin Ketika Pandemik Coronavirus? Cuba Pertimbangkan Perkara Ini…

Majlis perkahwinan sudah dirancang berbulan lamanya. Tetapi ditangguhkan kerana COVID-19. Apa yang perlu dilakukan jika ingin berkahwin ketika pandemik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

Tidak dinafikan, patah hati akibat putus cinta memang derita. Tenang, ini kami sediakan 5 cara menghadapi putus cinta yang berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Sering Kering Bila Tengah Bulan? Ini 5 Tip Menabung Suami Isteri WAJIB Buat!

Bila tiba tengah bulan, ramai individu yang akan mula berasa kesempitan wang bukan? Suami isteri, ini dia tip menabung yang kalian berdua wajib amalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

meroyan selepas bersalin

Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/05/2020
lelaki tidak matang

Perangai Macam Budak-budak, Ini 6 Tanda BESAR Lelaki Tidak Matang – No. 4 Paling Menyusahkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/04/2020
tidur

TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/04/2020
ulang tahun perkahwinan

Mengapa Perlu Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan – Suami Isteri Kena Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/04/2020