5 Fakta Tentang BDSM, Fantasi Seks Liar – Betul Ke Boleh Hangatkan Hubungan Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 mins read

Ketika ingin membuat hubungan intim dengan pasangan, pernahkah anda terbayang apa-apa fantasi seks yang mungkin dianggap liar dan luar daripada kebiasaan?

Adakah ia sesuatu yang normal atau tidak?

Wujudnya fantasi seks liar – BDSM

Salah satu fantasi ketika melakukan hubungan intim adalah BDSM ataupun bondage, discipline, sadism dan masochism.

Ia satu aktiviti seksual dengan mewujudkan 2 watak tertentu, iaitu dominan (dominance) – yang mengawal dan submisif (submission) – yang menurut.

Ia melibatkan bondage seperti penggunaan gari atau tali dan discipline melalui hukuman fizikal dan mental.

Kedua-duanya digunakan untuk menghasilkan rasa keseronokan dan kesakitan semasa melakukan aktiviti seksual iaitu sadomasochism.

Walaupun ada yang menganggap perbuatan tersebut seperti tidak berperikemanusiaan, namun seks BDSM ini adalah teknik foreplay yang dilakukan kebanyakan pasangan dalam meningkatkan lagi keseronokan hubungan intim.

Adakah fantasi seks BDSM satu bentuk keganasan?

Ia mungkin kedengaran menakutkan apabila dikatakan berkait dengan gari, tetapi bagi mereka yang melakukan seks BDSM ini menganggap ia sebagai 1 hubungan yang dilakukan dengan rasa cinta, saling melindungi dan sekadar 1 permainan nakal ketika berhubungan intim. 

Persoalannya sekarang, adakah seks BDSM selamat untuk dilakukan atau ia boleh dianggap sebagai 1 keganasan seksual?

Pada dasarnya seks BDSM ini mempunyai 3 prinsip asas:

  • Selamat (safe)
  • Waras (sane)
  • Kesepakatan (consensual)

Ini bermakna, perlakuan seks BDSM adalah 1 aktiviti selamat dan tidak melampaui batas yang dilakukan oleh individu waras serta mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Komunikasi merupakan faktor penting jika anda mempunyai pasangan dengan kecenderungan berfantasi.

Hakikatnya, dalam melakukan hubungan intim sama ada melibatkan seks BDSM atau sekadar aktiviti seksual biasa, aspek komunikasi yang baik pastinya menjadikan aktiviti seksual itu lebih lancar dan menyeronokkan.

Sebaliknya, jika sesuatu aktiviti seksual itu melampaui batasan, berbahaya, mendatangkan mudarat serta tidak dipersetujui bersama, jadi ia boleh dianggap sebagai 1 keganasan seksual.

fantasi-seks-liar-hangatkan-hubungan-intim

Perkara biasa dalam hubungan intim

Mungkin ada yang pertama kali mendengar tentang seks BDSM ini, tetapi sebenarnya ia bukanlah 1 perkara baharu. Eh, betul ke?

Dalam buku teks Sanskrit mengenai seksualiti, Kamasutra yang ditulis sekitar 2,000 tahun yang lalu menggambarkan 6 tempat sesuai untuk ‘menyerang’ seseorang individu dengan rasa keterujaan bersama, ada 4 cara. Malahan dalam buku tersebut turut mempunyai bab yang bertajuk “Scratching,” “Biting,” and “Reversing Roles.”

Dalam kajian The Journal of Sex Research yang diterbitkan secara atas talian pada 3 Mac 2016, menyatakan hampir 47% wanita dan 60% lelaki mempunyai fantasi seks untuk mendominasi seseorang secara seksual. 

Berdasarkan kajian yang sama, didapati hampir 47% individu dewasa ingin terlibat sekurang-kurangnya sekali dalam aktiviti seksual bukan tradisional dan terdapat 39.9% menyatakan bahawa mereka pernah melakukan seks BDSM sekurang-kurangnya sekali pada masa lalu.

Fakta tentang seks BDSM

  1. Perkara pelik

Ia dianggap sebagai 1 perkara pelik tetapi hakikatnya kajian Journal of Sexual Medicine pada tahun 2014 menyatakan BDSM bukanlah 1 perkara yang tidak biasa dilakukan.

Sebanyak 65% wanita yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai keinginan untuk menjadi pihak yang didominasikan dalam hubungan intim, manakala 47% wanita mempunyai fantasi menjadi individu yang menguasai pasangan.

Terdapat hampir 52% wanita memiliki fantasi untuk melakukan hubungan intim dalam keadaan terikat.

Jadi hakikatnya, seks BDSM adalah 1 perkara munasabah tetapi malu untuk diakui kebanyakan individu.

  1. Segalanya mengenai seks

Apabila berbicara tentang aktiviti seksual, kebanyakan individu menganggap ia akan melibatkan perlakuan hubungan intim.

Namun dalam seks BDSM ia tidak seharusnya berkaitan seks. Ia adakalanya berlaku kerana seseorang individu itu menyukai rasa mendominasi. 

  1. Boleh dikenalpasti

Ia adalah fakta yang salah sama sekali. Seks BDSM boleh digemari oleh mana-mana individu dan ia tidak akan dapat dikesan melalui perwatakan biasa seseorang.

Ini adalah kerana sewaktu melakukan hubungan intim melibatkan seks BDSM, karakter seseorang itu akan berubah mengikut fantasi seks yang ada dalam fikirannya.

  1. Dominan adalah pihak yang mengawal

Dalam konteks watak dominan dan submisif, terdapat banyak istilah yang digunakan untuk mentafsirkan watak tersebut antaranya master atau mistress /slave dan lain-lain istilah. 

fantasi-seks-liar-hangatkan-hubungan-intim

  1. Trauma

Mereka yang mempunyai minat pada seks BDSM dikatakan sebagai individu yang memiliki trauma masa lampau sama ada pernah mengalami serangan seksual atau pendedahan pada seks terlalu awal semasa kecil.

Tetapi berdasarkan kajian pada 2013 dalam Journal of Sexual Medicine menyatakan bahawa seks BDSM adalah satu keseronokan yang membantu mengekspresi dalam proses psikopatologis.

Terpulang kepada individu

Memiliki fantasi seks bukanlah 1 kesalahan selagi ia tidak melampaui batasan. Walau apa pun,  ia haruslah mendapat persetujuan bersama dengan pasangan anda terlebih dahulu.

Barulah hubungan intim yang ingin dilakukan akan lebih menyeronokkan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingatkan Seks Hanya Bagi Manfaat, Rupanya Ada Kesan Sampingan Juga! No 4 Tu Kena Hati-hati!

    Hubungan kelamin adalah satu 'kewajipan' untuk pasangan suami dan isteri dalam rumah tangga. Namun, aktiviti seksual turut mempunyai kesan sampingannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/06/2020 . 3 mins read

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Anda rasa adakah seks penting dalam sebuah perhubungan? Baca artikel ini untuk tahu perkara berkaitan hubungan asmara dan kesihatan manusia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/06/2020 . 3 mins read

    Sakit Kelentit? JANGAN Ambil Mudah, Ada KOMPLIKASI Jika Tidak Dirawat!

    Anda sedang duduk dan tiba-tiba berasa sakit pada kelentit? Apakah yang menyebabkan klitoris sakit? Jom ketahui punca rasa sakit itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/06/2020 . 3 mins read

    Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

    Pernahkah anda sebagai seorang lelaki mengalami ereksi selama 4 jam tanpa henti? Penyebab ereksi sukar kendur ini mungkin petanda penyakit! Klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    seks ganas

    Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read
    kemaluan kesemutan

    Eh, Kenapa Faraj Rasa Kebas Selepas Bersetubuh? Bahaya Ke? Ini Penjelasannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 mins read
    gangguan emosi

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 mins read