Cara Menangani Perselisihan Faham Ketika Melancong

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pertengkaran atau perselisihan faham adalah perkara normal bagi setiap pasangan. Ia biasa tercetus apabila anda berdua mengalami tekanan. Melancong juga pasti akan menimbulkan tekanan apabila timbul atau berlaku perkara yang tidak terduga, yang akhirnya dengan mudah menimbulkan salah faham.

Daripada anda cuba menafikan bahawa tiada siapa bertengkar ketika melancong, adalah lebih baik anda menerima hakikat tersebut dan belajar cara berguna untuk menangani pertengkaran ketika melancong sebagai pasangan.

Bertenang

Anda akan cenderung untuk bertengkar dengan pasangan apabila anda berdua hampir terlepas penerbangan atau apabila beg pakaian anda telah dicuri. Ambillah nafas yang panjang dan kawal emosi. Ingatkan kepada diri bahawa anda tidak perlu untuk naik angin dan pastinya semua akan berjalan lancar.

Jarakkan diri untuk sementara waktu

Sekiranya anda berdua kerap berselisih faham, walaupun hanya untuk perkara remeh, adalah lebih baik anda mengambil masa sendirian untuk menenangkan emosi dan perasaan anda. Lakukan perkara yang anda suka, mungkin mendapatkan rawatan muka sementara pasangan anda meluangkan masa untuk minum secawan kopi.

Ia mungkin membuatkan anda berdua saling merindui. Dan selesai masa sendirian anda, rasa kasih sayang antara anda berdua pastinya semakin kukuh dan perselisihan faham yang terjadi pastinya bukan sesuatu yang penting lagi.

Cinta dan hormati pasangan

Semakin lama anda bersama, semakin besar potensi untuk rasa cinta anda semakin berkurangan. Sentiasa menyayangi dan menghormati pasangan adalah kunci untuk menangani sebarangan pertengkaran.

Seandainya pasangan anda kelihatan tertekan, peluklah mereka atau berikan ruang untuk mereka bersendirian, mengikut keselesaan mereka. Jika mereka memerlukan ruang bersendirian, jangan mengganggu. Memandangkan anda berdua sedang bercinta, pastinya anda tahu apa yang terbaik untuk anda lakukan buat pasangan anda.

Mengalah

Kadang-kala perselisihan yang berlaku seakan tidak akan berakhir kerana tiada siapa mahu menjadi pihak yang bersalah. Tetapi, adakah berbaloi untuk anda mempertahankan kebenaran jika ia bermakna anda perlu menyakiti hati individu yang anda cintai? Ada masanya, anda perlu mengalah dan mengaku bersalah walaupun anda yakin ia bukan kesalahan anda. Ironinya, jika anda berbuat demikian, pasangan anda pasti akan berhenti bersikap defensif (mempertahankan diri) dan menyedari kesilapan mereka.

Hindari kawasan umum

Seandainya anda perlu bertengkar, pastikan anda sedang berada di kawasan privasi. Ini bukan rancangan untuk tontonan umum. Tiada siapa suka melihat pasangan yang bertengkar untuk sesuatu perkara yang remeh. Reaksi individu di sekitar anda hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Disember 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019