backup og meta

Siapa Kata Honeymoon Kena Sekali Saja? Kali Kedua Pun Boleh, Ini 5 Manfaatnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/05/2020

    Siapa Kata Honeymoon Kena Sekali Saja? Kali Kedua Pun Boleh, Ini 5 Manfaatnya!

    Kehidupan rumah tangga yang telah berlangsung bertahun lamanya mungkin sudah tidak semanis waktu dahulu. Lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak, pasti sukar nak bermanja bersama pasangan bukan?

    Disebabkan itu, suami isteri sebenarnya perlu pergi bulan madu kedua untuk kembali menghangatkan perhubungan anda dan pasangan!

    Siapa kata bulan madu perlu sekali sahaja?

    Bulan madu atau honeymoon adalah aktiviti bercuti atau melancong ke destinasi romantik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri, selalunya dilakukan pada awal usia perkahwinan.

    Tidak, jangan risau kerana ia bukanlah satu aktiviti kebaratan seperti menyambut Hari Kekasih. Untuk pengetahuan anda, ia adalah normal dan perlu dilakukan oleh setiap suami isteri.

    Namun, kebanyakan kita beranggapan bahawa bulan madu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Ia adalah sama sekali tidak tepat!

    Siapa kata bulan madu perlu sekali sahaja? Tiada salahnya untuk pergi kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Malahan, lebih baik begitu dari membiarkan perhubungan menjadi hambar.

    Kesibukan hidup bukan penghalangnya!

    bulan madu kedua

    Ramai pasangan suami isteri tidak pergi honeymoon kali kedua ekoran faktor kesibukan. Mereka banyak memberi alasan bahawa sibuk bekerja dan menjaga anak menyebabkan tertangguhnya aktiviti yang sebenarnya perlu dilakukan ini.

    Caranya, mudah sahaja. Rancang dengan pasangan tarikh yang sesuai dan mintalah cuti kepada bos di tempat kerja anda awal-awal lagi.

    Dengan ini, dapatlah kalian berdua harga tiket penerbangan atau penginapan yang lebih murah kerana telah merancang dan menempah lebih awal! 

    Bab penjagaan anak pula, tiada apa yang perlu diserabutkan. Anda mungkin boleh meminta ahli keluarga terdekat atau kenalan yang dipercayai untuk menjaga mereka seketika.

    Jika si kecil anda memang tidak boleh langsung duduk bersama orang lain, bawa sahaja mereka bersama. Siapa kata honeymoon tidak boleh bawa anak sekali?

    Bila waktu sesuai untuk pergi bulan madu kedua?

    Seperti yang telah diperkatakan tadi, waktu sesuai untuk pergi bulan madu kedua adalah tertakhluk kepada pasangan suami isteri itu sendiri.

    Kalian perlu cari tarikh di mana kedua-dua anda boleh dapat hari cuti daripada majikan. Dalam pada itu, cari juga pengasuh yang boleh diupah untuk menjaga anak anda ketika keluar kelak.

    Pun begitu, ini tidak bermakna anda berdua tidak boleh melakukannya secara spontan. Untuk pengetahuan anda, itulah yang sewajarnya bagi menjamin perhubungan sejahtera.

    Menurut Profesor Barbara Fredrickson yang merupakan Penulis Love 2.0, hal yang mampu menguatkan hubungan pasangan suami isteri bukanlah cinta semata-mata, tetapi waktu bersama yang singkat namun bermakna.   

    Ini dipersetujui juga oleh W. Bradford Wilcox dan Jeffrey Dew yang merupakan Penulis The Date Night Opportunity.

    Menurut mereka, pasangan yang banyak menghabiskan waktu berdua walau sekali seminggu, lebih cenderung untuk bahagia dalam kehidupan. 

    Jadi, sila duduk bersama dan berbincang dengan pasangan untuk menjayakan bulan madu kedua ini. Jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan lagi ya?

    Manfaat bulan madu kedua yang suami isteri perlu tahu

    bulan madu kedua

    Jadi, kenapa pasangan suami isteri perlu pergi bulan madu kedua? Jawapannya adalah kerana ia akan mendatangkan banyak manfaat terhadap kehidupan masing-masing, termasuklah:

    #1. Mencipta kenangan baharu

    Tiada apa yang lebih indah dan syahdu buat pasangan selain daripada kenangan. Persoalannya, kenapa perlu mengimbau kenangan lama jika boleh mencipta kenangan baharu?

    Jadi, kenangan honeymoon kali pertama dahulu sebenarnya boleh diulang kembali dengan pergi bulan madu kedua. Tidak perlu tempat atau lokasi yang sama, namun pastikan anda pergi dengan pasangan yang sama okay!

    Gunakanlah saat berdua anda ini sebaik mungkin. Sebagai cadangan, anda dan pasangan boleh melakukan aktiviti yang belum pernah dicuba semasa honeymoon kali pertama dahulu. Apa salahnya pergi scuba diving semasa bulan madu bukan?

    #2. Lebih banyak masa untuk berkomunikasi

    Kesibukan seharian dalam bekerja dan menjaga anak pasti akan membuat anda dan pasangan kurang masa untuk berkomunikasi, yang merupakan perkara terpenting bagi memastikan hubungan suami isteri yang sejahtera.

    Oleh itu, pergi bulan madu kedua sudah pasti akan membuat anda berdua mendapat lebih banyak masa untuk berkomunikasi. Ketika ini, duduk dan berkomunikasilah mengenai segala masalah yang dialami dalam kehidupan anda berdua.

    #3. Dapat mendalami dan memahami pasangan

    Setelah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga, sudah pasti kalian berdua akan banyak berubah. Anda dan pasangan mungkin bukan lagi orang yang sama seperti saat bercinta sebelum berkahwin dahulu kala.

    Jadi, manfaatkan bulan madu kedua ini untuk mengenali sisi baharu pasangan anda. Ketahuilah bahawa perubahan ini mungkin bukan suatu perkara yang buruk. Dengan ini, dapatlah anda mendalami dan memahami pasangan dengan lebih mendalam lagi.

    #4. Merehatkan fikiran

    Apa kata anda berdua jadikan bulan madu kedua ini sebagai salah satu daripada rutin sweet and short escape? Inilah peluang untuk kalian merehatkan fikiran dan lari sebentar dari realiti kehidupan yang memang membebankan ini!

    Ketika honeymoon nanti, tetapkan peraturan kepada pasangan untuk tidak langsung memegang telefon pintar. Lupakan segala hal-hal dunia. Jadikan hari itu sebagai hari anda berdua sahaja. Kenapa tidak?

    Konklusi

    Kesimpulannya, tiada sebarang halangan untuk anda berdua berbulan madu untuk kali kedua, ketiga, keempat atau seterusnya. Bahkan juga, ia adalah perlu dilakukan untuk menghangatkan lagi hubungan anda dan pasangan yang sekian lama suram seiring dengan masa!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan