backup og meta

Mahu Hubungan Kelamin Yang Menyeronokkan, Ini 6 Perkara Harus Dielakkan Sebelum Seks

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    Mahu Hubungan Kelamin Yang Menyeronokkan, Ini 6 Perkara Harus Dielakkan Sebelum Seks

    Seks adalah kehendak asas manusia. Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Selain menjadikan hubungan yang paling tinggi antara lelaki dan wanita, seks yang baik juga banyak memberi manfaat kepada hormon wanita. Tambahan, ia melepaskan tekanan. Oleh itu, untuk mendapatkan kehidupan seks yang sihat serta saat-saat menyeronokkan, terdapat enam perkara yang harus dielakkan.

    Makan terlalu banyak

    Selepas makan besar, seseorang mungkin berasa mengantuk dan lembab. Oleh itu, perasaan ini boleh menjejaskan hubungan seks anda. Daripada makan besar dengan karbohidrat tinggi atau daging, anda perlu mencuba buah-buahan atau kekacang dengan air. Makanan jenis ini dapat memberi anda tahap tenaga yang cukup untuk tubuh anda.

    Bercukur

    Wanita tidak boleh bercukur sebelum bersetubuh. Bercukur menyebabkan lapisan kulit teratas mengelupas dan menjadi sangat sensitif. Folikel rambut boleh merengsakan dan menyebabkan luka kecil, yang akan membawa kepada kemungkinan mendapat jangkitan seperti HPV atau herpes.

    Minum minuman tenaga atau alkohol

    Sesetengah lelaki percaya bahawa minuman tenaga boleh menyokong tenaga mereka dan juga meningkatkan stamina sebelum seks. Walaupun jumlah gula yang tinggi dalam minuman tenaga boleh membawa kesan segera, dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan kesan negatif pada lelaki.

    Merokok

    Rokok dibuktikan untuk menghilangkan libido. Oleh kerana saluran darah tersekat, darah yang mengalir di dalamnya akan dihadkan dan seterusnya akan menjejaskan kehidupan seks. Nikotin dalam rokok akan meningkatkan jumlah karbon monoksida dalam darah yang boleh menghentikan penghasilan hormon untuk masa yang lama. Oleh itu, merokok juga mengurangkan paras testosteron. Selain itu, merokok membawa bau yang tidak baik untuk tubuh anda yang mungkin menghalang seseorang daripada bersenang-senang.

    Kebimbangan terlampau

    Kedua-dua lelaki dan wanita agak cemas sebelum bersetubuh. Kadang-kadang, kebimbangan terlampau boleh menyebabkan disfungsi erektil. Urutan kaki atau belakang daripada pasangan boleh membantu mengurangkan tekanan serta mencipta masa yang luar biasa untuk kedua-duanya.

    Menggunakan peppermint

    Adalah dipercayai bahawa peppermint dapat meningkatkan keyakinan dengan membawa nafas yang segar. Malah, ia mempunyai kesan negatif terhadap seks kerana ia dapat menurunkan tahap testosteron kerana ia mengandungi mentol. Daripada menggunakan peppermint, berhati-hati mencuci mulut dengan ubat gigi pudina boleh menjadi pilihan yang lebih baik.

    Kehidupan seks yang memuaskan membawa pelbagai manfaat untuk tubuh dan mentaliti manusia. Walau bagaimanapun, ia selamat selagi kedua-dua pasangan menggunakan perlindungan untuk mencegah penyakit dan jangkitan seperti HPV, HIV, STI dan kehamilan yang tidak dirancang. Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan mengenai seks yang selamat dan sihat, anda perlu berjumpa pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan