Manfaat kesihatan sarang burung walit
Melihat kepada saiz industri dan juga harga yang tidak masuk akal untuk hidangan makanan eksotik ini, tentu sekali ramai yang tertanya-tanya apakah manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada pengambilan hidangan ini?
#1. Kaya dengan protein
Dalam satu kajian yang melihat perbezaan nutrisi dalam pelbagai jenis EBN dari beberapa kawasan berbeza – Malaysia (Perlis dan Langkawi), Indonesia (Kepulauan Jawa, Balik Papan dan Kalimantan), Thailand dan juga negara Filipina.
Analisis keputusan kajian menunjukkan walaupun terdapat perbezaan cara sarang dituai (rumah toko dan juga gua semula jadi) kesemua EBN yang dikaji mempunyai kandungan protein yang tinggi sekitar 59.8% sehinggalah 65.4% daripada keseluruhan sarang tersebut.
Protein adalah salah satu makronutrien yang penting dalam tubuh badan manusia selain lemak dan karbohidrat.
Protein terdiri daripada satu atau lebih rantaian asid amino daripada pelbagai jenis.
Selain memainkan peranan yang penting dalam memastikan jisim otot badan tidak susut dan bahan binaan asas untuk pelbagai sel dan tisu dalam badan seperti sel darah merah, sel saraf, dinding organ dalaman dan juga untuk pembentukan molekul-molekul metabolisma seperti enzim.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen