backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Apendiks Punca Sakit Perut Sebelah Kanan? Ada 7 Sebab Lain Anda Perlu Semak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/11/2023

    Apendiks Punca Sakit Perut Sebelah Kanan? Ada 7 Sebab Lain Anda Perlu Semak!

    Kerap sakit perut pada bahagian sebelah kanan? Adakah ia apendiks? Baca perkongsian artikel ini untuk mengetahui apakah mungkin punca sakit perut sebelah kanan yang anda alami.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Sakit abdomen atau sakit perut?

    Bahagian abdomen (biasa disebut sebagai perut) manusia merujuk kepada ruang badan antara dada dan pelvis (peha).

    Abdomen mengandungi semua organ pencernaan termasuklah perut, usus, pankreas, hati dan hempedu. Selain itu, abdomen juga mengandungi buah pinggang dan limpa.

    Oleh itu, ketidakselesaan atau rasa sakit pada abdomen mungkin berpunca daripada pelbagai organ yang terletak pada bahagian badan ini. Ini termasuklah masalah pada organ perut atau organ lain.

    Sakit perut sebelah kanan bukanlah merujuk kepada sakit pada organ bernama perut di dalam abdomen, sebaliknya merujuk kepada sakit pada bahagian kanan abdomen.

    Appendisitis, punca sakit perut sebelah kanan utama

    Apendisitis adalah sebab utama pembedahan abdomen di dunia.

    Keadaan ini merujuk kepada keradangan akut pada apendiks atau usus buntu, iaitu tisu kecil yang berada di pertemuan usus besar dan usus kecil.

    punca sakit perut sebelah kanan

    Keradangan ini menyebabkan rasa sakit perut sebelah kanan dan memerlukan perhatian perubatan segera.

    Doktor anda mungkin menentukan bahawa pembedahan untuk membuang apendiks anda adalah perlu untuk menghalang organ daripada pecah dan menyebabkan komplikasi lain.

    Jika apendisitis anda teruk, doktor anda mungkin mengeluarkan apendiks anda dengan serta-merta.

    Punca sakit perut sebelah kanan yang lain

    Punca sakit perut sebelah kanan atau kiri adalah penyebab paling biasa bagi kesakitan pada bahagian bawah abdomen anda.

    Walaupun anda mungkin berasa tidak selesa di sebelah kanan, kesakitan ini juga boleh berlaku di sebelah kiri anda.

    1. Gas

    Gas dalam usus anda berpunca daripada makanan yang tidak dipecahkan sepenuhnya. Semakin banyak makanan yang tidak tercerna, semakin banyak gas yang akan dihasilkan tubuh anda. Apabila gas terkumpul, ia boleh menyebabkan sakit perut, kembung perut, dan tidak selesa pada perut.

    Gas berlebihan mungkin merupakan tanda gangguan pencernaan, seperti diabetes atau intoleransi laktosa. Sebab-sebab lain untuk perut bergas termasuklah menelan lebih banyak udara daripada biasa, terlebih makan, gula-gula getah dan merokok.

    Baca juga:

    2. Punca sakit perut sebelah kanan sebab ketakcernaan (Dispepsia)

    Dispepsia yang disifatkan sebagai rasa senak biasanya berlaku selepas anda makan atau minum sesuatu. Sakit biasanya berlaku di bahagian atas abdomen, walaupun ia mungkin berlaku di bahagian bawah.

    Masalah ketakcernaan ringan akan hilang dengan cepat dan boleh dirawat dengan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Tetapi jika simptom berterusan selama lebih daripada dua minggu, anda harus berjumpa doktor untuk menolak kemungkinan masalah pencernaan yang lain.

    3. Hernia

    Hernia berlaku apabila bahagian badan atau organ dalaman menolak melalui tisu atau otot yang memegangnya. Terdapat beberapa jenis hernia, yang kebanyakannya berlaku di abdomen. Setiap jenis boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di kawasan yang terjejas.

    punca sakit perut sebelah kanan

    4. Jangkitan buah pinggang/ginjal

    Jangkitan buah pinggang disebabkan oleh bakteria yang biasanya berasal dari pundi kencing, ureter, atau uretra. Satu atau kedua-dua buah pinggang anda boleh terjejas disebabkan jangkitan. Walaupun anda mungkin merasa sakit perut belah kanan, ketidakselesaan daripada jangkitan buah pinggang lebih kerap berlaku di belakang, sisi, atau pangkal paha.

    Apabila tidak dirawat, jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan kerosakan kekal. Sekiranya anda melihat sebarang simptom, anda harus segera berjumpa dengan doktor.

    5. Batu karang ginjal, antara punca sakit perut sebelah kanan

    Batu karang ginjal adalah adalah pengumpulan keras mineral dan garam yang terbentuk dalam buah pinggang anda. Anda mungkin tidak merasakan kesakitan sehingga batu ginjal mula bergerak atau masuk ke saluran yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing anda.

    Apabila ini berlaku, anda akan merasakan kesakitan yang teruk di bahagian belakang dan sisi, di bawah tulang rusuk dan di seluruh bahagian bawah perut dan pangkal paha. Tahap kesakitan dan lokasi rasa sakit boleh berubah apabila batu karang bergeser dan bergerak melalui saluran kencing anda.

    6. Sindrom usus iritabel

    Sindrom usus iritabel atau IBS adalah penyakit kronik yang menjejaskan usus besar. IBS menyebabkan kekejangan, kembung perut, gas, cirit-birit, sembelit, sakit perut, perubahan pergerakan usus dan lendir dalam najis.

    Punca IBS tidak diketahui, walaupun beberapa faktor telah dikenalpasti. Ini termasuklah pengecutan usus yang lebih kuat daripada biasa dan kelainan pada sistem saraf organ pencernaan anda.

    punca sakit perut sebelah kanan

    7. Penyakit radang usus

    IBS tidak harus dikelirukan dengan penyakit radang usus (IBD). IBD adalah sekumpulan gangguan pencernaan yang menyebabkan perubahan pada tisu usus dan meningkatkan risiko kanser kolorektal.

    Kolitis ulseratif dan penyakit Crohn adalah dua penyebab utama IBD. Kedua-dua keadaan kronik menyebabkan keradangan dalam saluran penghadaman anda, yang boleh membawa kepada sakit perut.

    Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan diri dan tidak pasti mengenai punca sakit perut sebelah kanan, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan