backup og meta

Sains Di Sebalik Keunikan Warna Rambut Semula Jadi, Apa Yang Anda Kena Tahu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 29/05/2023

    Sains Di Sebalik Keunikan Warna Rambut Semula Jadi, Apa Yang Anda Kena Tahu?

    Keunikan warna rambut semula jadi itu mungkin hadir dengan sebuah cerita atau proses yang menarik. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentangnya? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Tentang warna rambut semula jadi

    Pada permulaannya, rambut kita mempunyai warna yang putih.

    Namun yang demikian, ia diberikan warna ataupun pigmentasi hasil daripada kewujudan kompaun melanin yang dihasilkan oleh sel-sel khusus iaitu sel-sel melanocyte.

    Apa yang cukup menarik berkaitan dengan pembentukan melanin ini adalah ia telahpun bermula sebelum seseorang itu dilahirkan.

    Perbezaan warna semula jadi rambut seseorang itu bergantung kepada taburan, jenis, kadar dan juga kuantiti melanin yang terdapat dalam bahagian tengah korteks rambut atau batang rambut.

    Folikel rambut manusia boleh mengandungi dua jenis kompaun melanin iaitu eumelanin dan juga pheomelanin.

    Tambahan lagi, ia juga boleh untuk tidak mengandungi sebarang melanin.

    Perbezaan dan keunikan warna rambut semula jadi seseorang itu ditentukan oleh kuantiti dan kadar kewujudan dua jenis kompaun melanin ini.

    Eumelanin mengekspresikan warna hitam keperangan dan pheomelanin pula mengekspresikan warna merah keperangan. 

    Dalam spesies manusia, terdapat pelbagai keunikan warna rambut semula jadi yang unik.

    Warna-warni semula jadi ini termasuklah warna hitam, perang muda (blonde), warna merah, warna perang ataupun warna putih.

    keunikan rambut manusia

    Di antara warna rambut manusia tersebut, terdapat variasi dalam kepekatan dan juga tona warna.

    Dalam bidang antropologi fizikal, variasi tona warna rambut ini diukur menggunakan skala Fischer-Saller, dibangunkan oleh Eugen Fischer dan juga Karl Saller.

    Skala ini menggunakan beberapa huruf dan juga angka roman.

    Berikut merupakan pengelasan tona warna rambut berdasarkan skala tersebut:

    A – Warna perang muda yang sangat terang/halus

    B hingga E – Warna perang muda terang/halus

    F hingga L – Warna perang muda

    M hingga O – Warna perang muda yang pekat/gelap

    P hingga T – Warna perang terang/halus

    U hingga Y – Warna perang gelap/hitam

    I hingga IV – Warna merah

    V hingga VI Warna merah dan perang muda

    Hitam, warna paling umum

    Rambut yang berwarna hitam merupakan warna rambut yang paling lazim dan warna yang paling gelap.

    Jelasnya, keunikan rambut warna ini mempunyai kandungan eumelanin yang sangat tinggi.

    Dalam mereka yang mempunyai rambut berwarna perang pula, kadar eumelanin mereka adalah lebih tinggi sedikit berbanding paras pheomelanin.

    Variasi yang terdapat dalam tona warna rambut yang perang termasuklah rambut chestnut (mirip warna buah berangan) dan juga warna auburn (warna coklat kemerah-merahan).

    Warna rambut chestnut adalah tona rambut perang yang lebih merah manakala dalam rambut auburn, tona merah pada rambut perang tersebut adalah lebih gelap.

    Rambut chestnut lazimnya dilihat penduduk asli di kawasan Eropah Tengah dan Eropah Timur.

    keunikan warna rambut

    Keunikan warna rambut perang

    Rambut warna perang muda atau lebih dikenali sebagai blonde, boleh mempunyai apa jua kadar pheomelanin kepada eumelanin tetapi jumlah kedua-kedua kompaun melanin tersebut berada pada kuantiti yang sedikit.

    Rambut merah pula diturunkan kepada keturunan seterusnya secara resesif dan ia dipengaruhi oleh variasi dalam gen Mc1r.

    Rambut merah mempunyai kandungan pheomelanin yang paling tinggi dan lazimya dijumpai dalam kumpulan penduduk asli di kepulauan Britain. 

    Rambut kelabu

    Rambut kelabu atau putih pula disebabkan kekurangan atau ketiadaan pigmen dalam folikel rambut.

    Perubahan keunikan warna rambut kepada warna kelabu atau putih adalah fenomena yang kerap dilihat dengan peningkatan umur dan disebut sebagai achromotrichia.

    Namun yang demikian, terdapat juga keadaan di mana seseorang yang berada dalam usia belia boleh juga mengalami pemutihan warna rambut manusia atau pertumbuhan rambut yang berwarna putih kelabu.

    Keadaan ini disebut sebagai pemutihan rambut pramatang (PGH).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 29/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan