backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Risiko-risiko HIV: Apa yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/06/2021

    Risiko-risiko HIV: Apa yang Anda Perlu Tahu

    HIV boleh dipindahkan melalui cairan badan tertentu: darah, air mani, air mazi, cecair rektum dan vagina dan susu ibu. Apakah risiko-risiko HIV?

    Sesetengah perlakuan boleh merisikokan anda untuk mendapat jangkitan HIV termasuklah seks tidak selamat, perkongsian jarum dan peralatan yang tidak dibasmi atau disteril terlebih dahulu.

    Aktiviti seksual yang tidak selamat

    risiko HIV

    Anda mungkin berisiko tinggi mendapat HIV. Sebagai contoh, mempunyai hubungan seks melalui vagina, dubur atau oral tanpa kondom dengan seseorang yang mempunyai HIV.

    Anda juga berpotensi mempunyai jangkitan sekiranya mempunyai pasangan seks berganda atau jika anda seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

    Risiko HIV sering disebarkan secara seksual. Ini kerana cecair badan bercampur dan virus boleh ditukar, terutamanya apabila terdapat koyakan dalam tisu vagina atau anal, luka atau jangkitan seksual (STI) yang lain.

    Kanak-kanak perempuan lebih mudah terdedah kepada jangkitan HIV kerana membran vagina mereka lebih nipis dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan berbanding wanita dewasa.

    Seks oral mempunyai risiko rendah penularan risiko HIV. Jika seseorang individu yang melakukan seks oral mempunyai HIV, darah mereka, air mani, air mazi, atau cecair vagina mungkin mengandungi virus.

    Sekiranya seseorang yang melakukan seks oral mempunyai HIV, darah dari mulut mereka boleh masuk ke dalam badan orang yang menerima seks oral melalui lapisan uretra (pembukaan di hujung zakar), vagina, serviks, anus, atau melalui luka.

    Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko penyebaran HIV melalui seks oral, termasuk luka ulser mulut, gusi berdarah, luka kemaluan, dan kehadiran penyakit seksual yang lain (STD).

    Penggunaan bahan, penyalahgunaan, dan pergantungan

    Ini berkait rapat dengan jangkitan HIV sejak awal wabak tersebut merebak.

    Walaupun penggunaan dadah suntikan adalah laluan langsung bagi penularan, alkohol, merokok, meminum atau menghidu dadah seperti kokain, methamphetamine (“meth”), dan amil nitrit (“poppers”) juga dikaitkan dengan peningkatan risiko HIV.

    Bahan-bahan ini boleh meningkatkan risiko HIV dengan mengurangkan kekangan pengguna untuk melibatkan diri dalam perilaku seksual yang berisiko.

    Sebagai contoh, perkongsian jarum, jarum suntik dan peralatan suntikan ubat lain yang tercemar dengan HIV boleh meningkatkan risiko HIV.

    risiko HIV

    Selain itu, penggunaan bahan seperti ini boleh memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan individu dan menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan HIV.

    Bagi mereka yang sudah dijangkiti HIV, penggunaan bahan dapat mempercepatkan perkembangan penyakit dan memberi kesan negatif terhadap sebarang rawatan yang diterima.

    Dengan menggunakan tatu dan peralatan menindik tubuh – termasuk dakwat – yang tidak disterilkan atau dibersihkan dengan betul, akan mudah dijangkiti dengan HIV.

    Risiko HIV: Ibu hamil yang dijangkiti

    Bayi yang dilahirkan melalui ibu yang dijangkiti HIV juga berisiko terkena jangkitan.

    Kebanyakan kanak-kanak yang berusia di bawah 13 tahun yang mempunyai HIV, telah dijangkiti virus tersebut melalui ibu mereka.

    Sindrom Kurang Daya Tahan Akut (AIDS) disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV).

    Risiko anda mempunyai HIV boleh meningkat jika anda mempunyai aktiviti seksual yang tidak selamat, penyalahgunaan bahan atau akibat daripada ibu hamil yang telah dijangkiti HIV.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan