Ada 2 jenis serat – larut air dan tidak larut air.
Contoh makanan yang mengandungi serat larut air ialah kacang putih, oat, barli, makanan gandum putih, jagung, pisang dan epal dengan kulit. Jenis tidak larut pula banyak di dalam bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Serat larut air melambatkan penghadaman dan membolehkan nutrisi diserap oleh badan. Ia juga menambah air di dalam najis menjadikan ia lebih lembut. Sementara serat tidak larut air pula berperanan menambah jisim najis, membantu ia melalui usus dengan lebih pantas dan lancar.
Bukan itu sahaja, ia juga terbukti mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) di dalam badan. Ini sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan strok.
Ubah tabiat makan
Jangan abaikan serat di dalam diet anda. Mulakan hari ini.
Sebagai rujukan, berikut adalah anggaran kandungan serat di dalam secawan makanan:
- Kacang hijau rebus – 8.8 g
- Pear sederhana dengan kulit – 5.5 g
- Brokoli – 5.1 g
- Lobak merah – 5 g
- Epal sederhana dengan kulit – 4.4 g
- Jagung – 4 g
- Oatmeal yang dimasak – 4 g
- Nasi beras perang – 3.5 g
- Kubis bunga – 2 g
- Sawi – 1.8 g
- Timun – 0.6 g
- Bayam – 0.4 g
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen