backup og meta

Rawatan Sampingan Terbaik untuk Parut Jerawat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    Jerawat boleh menjadi memalukan dan menjejaskan penampilan untuk dialami apabila anda seorang remaja mahupun dewasa. Walaupun selepas jerawat hilang, parut jerawat masih boleh menimbulkan masalah keyakinan diri. Disebabkan itu, penyembuhan jerawat sahaja tidak mencukupi, parut jerawat juga perlu diuruskan sebelum anda benar-benar boleh melupakan masalah jerawat.

    Sebahagian daripada rawatan sampingan yang biasa digunakan untuk parut jerawat termasuklah:

    Ais

    Apabila jerawat meletus, terdapat rawatan percuma dan mudah yang boleh anda gunakan untuk membantu mengurangkan kesan – ais. Meletakkan ais pada jerawat dapat membantu mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat. Selain itu, ais boleh mengebaskan kulit, membuatkan anda tidak akan merasa sakit daripada sista nanah yang besar dan menyakitkan itu.

    Ais juga berfungsi sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan liang sekitar cela dan parut, membuatkan parut kurang jelas, dengan mengurangkan saiz liang yang terjejas disebabkan jerawat.

    Hirisan tomato

    Menggosok hirisan tomato pada parut juga didapati berkesan dalam mengurangkan kemunculan cela atau parut. Ini sebahagiannya disebabkan oleh vitamin A dan karotin dalam tomato, yang menambahbaik tekstur kulit. Timun pula boleh mengurangkan keradangan, melegakan kulit dan menyembuhkan parut yang disebabkan oleh jerawat.

    Putih telur

    Putih telur mudah didapati dan berkesan dalam merawat parut jerawat. Sapukan putih telur pada parut dengan menggunakan bola kapas dan biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Telur mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan. Protein adalah blok pembinaan tisu selular, dan otot, jadi sapukan secara langsung dan biarkannya di muka anda boleh meningkatkan sedikit kecepatan pemulihan parut jerawat anda.

    Jus limau

    Sapukan jus yang baru diperah dari limau atau lemon pada parut, kemudian biarkan seketika sebelum membasuh. Jus limau menyediakan vitamin C dan flavenoid, keduanya mengandungi  antioksidan, agen antibiotik dan disinfektan yang bermanfaat untuk kulit bersih licin. Sapuan pada kulit berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel mati dan menggalakkan keanjalan kulit dan pertumbuhan kulit yang baru, manakala jika diambil secara oral, jus limau boleh membantu liang roma membersihkan liang untuk, kulit bersih yang cerah.

    Ciri pelunturan jus limau menjadikan cela kurang kelihatan. Jus limau juga membantu dalam pembuangan sel-sel kulit mati dan dalam pertumbuhan semula sel-sel baru, di samping meningkatkan keanjalan kulit.

    Minyak zaitun

    Anda perlu menggunakan minyak zaitun untuk mencerahkan parut jerawat. Ia akan menjadikan kulit licin kembali dan mengurangkan betapa ketara parut anda. Minyak zaitun penuh dengan antioksidan semula jadi, disebabkan itu ia begitu kerap digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai manfaat kesihatan. Dari segi membersihkan cela kulit dan parut, ia adalah salah satu pilihan rawatan sampingan yang terbaik.

    Minyak biji rosehip

    Anda akan menemukan vitamin A dalam kebanyakan produk penjagaan kulit. Ia adalah satu “retinoid,” bahan kimia yang membantu menggantikan sel-sel kulit lama dengan yang baru dan membuat kolagen dan mengurangkan parut jerawat. Minyak biji rosehip amat kaya dengan vitamin A. Minyak ini juga merupakan ejen anti-penuaan yang kuat, yang mengurangkan kedutan dan membantu memperbaharui kulit. Beberapa dermatologi mengatakan minyak ini juga baik sebagai rawatan jerawat dan anti-penuaan. Urut kulit dengan minyak ini dua kali sehari untuk hasil yang terbaik.

    Minyak lavender

    Minyak lavender boleh merawat pelbagai penyakit kulit seperti jerawat, kedutan, psoriasis, dan keadaan keradangan yang lain. Ia mempercepatkan proses penyembuhan luka, terhiris, terbakar, dan selaran matahari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan