backup og meta

Rawatan Alternatif Untuk Penyakit Jantung

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/05/2023

    Rawatan Alternatif Untuk Penyakit Jantung

    Selain perubatan moden, adakah rawatan jantung tradisional boleh dijadikan pilihan buat mereka yang menghidap masalah kesihatan ini?

    Jika ya, apakah antara kaedah yang boleh dicuba? Baca selanjutnya untuk jawapan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Pilihan rawatan jantung tradisional

    Sistem kardiovaskular anda boleh dipertingkatkan fungsinya melalui rawatan tradisonal atau disebut sebagai alternatif dan perubahan gaya hidup.

    Diet yang sihat dan gaya hidup adalah penting dalam mengurangkan faktor risiko serangan jantung, dan ia juga penting untuk memastikan bahawa perubahan gaya hidup tidak akan mengganggu ubat-ubatan yang mungkin anda ambil.

    Oleh itu, selalulah berbincang dengan profesional perubatan sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif.

    Rawatan alternatif tidak sesuai apabila gejala serangan jantung hadir kerana ia akan mengancam nyawa.

    Simptom harus segera dirawat oleh penyedia perubatan kecemasan yang profesional.

    Walaupun rawatan yang disenaraikan di bawah tidak digunakan semasa serangan jantung, ia boleh digunakan untuk mengurangkan risiko mengalami serangan jantung.

    Rawatan-rawatan berikut  juga boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan komprehensif selepas anda mengalami serangan jantung.

    Meditasi

    Penyelidikan telah menegaskan bahawa meditasi harian boleh melegakan tekanan dan menurunkan tekanan darah, yang merupakan dua faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari dan serangan jantung.

    Jenis meditasi yang boleh dianggap sebagai rawatan tradisional masalah jantung, termasuklah:

    rawatan jantung tradisional

    • Meditasi kesedaran;
    • Meditasi berpandu;
    • Meditasi Mantra;
    • Qigong;
    • Tai Chi;
    • Yoga.

    Mana-mana jenis meditasi seperti di atas memberi manfaat untuk menurunkan tekanan jantung.

    Walaubagaimanapun, anda tidak perlu mengikuti sebarang bentuk meditasi secara khusus, anda mungkin hanya perlu duduk dengan selesa, tutup mata anda, kemudian membuat ulangan kata atau frasa selama 20 minit.

    Tujuan kaedah ini adalah untuk menenangkan dan menenangkan fikiran anda serta membiarkan minda dan badan anda untuk berehat.

    Rawatan jantung tradisional #Terapi pemakanan

    Diet yang sihat adalah aspek penting dalam kesihatan jantung dan perlu untuk mencegah penyakit arteri koronari dan serangan jantung.

    Secara amnya, diet yang sihat yang mempunyai pelan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein tanpa lemak adalah cara yang berkesan untuk mengekalkan jantung yang sihat.

    Kaedah ini juga bagi memastikan diri anda untuk menjauhi makanan yang diproses dan yang tinggi lemak dan gula.

    rawatan jantung tradisional

    Persatuan Jantung Amerika (AHA) mengesyorkan untuk mengambil asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

    Omega-3 adalah sejenis lemak yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Lemak ini boleh didapati daripada ikan air sejuk seperti herring, salmon, sardin, dan makarel.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mendapat asid lemak omega-3 yang cukup dalam diet mereka.

    Suplemen Omega-3 boleh dipertimbangkan untuk diambil bagi memastikan pengambilan omega-3 yang mencukupi.

    Tetapi ini harus di bawah pengawasan oleh seorang profesional perubatan, kerana dos yang tinggi dapat menyebabkan pendarahan.

    Oleh itu, pastikan anda mengambil suplemen asid lemak dengan berhati-hati jika tubuh anda mudah lebam, mempunyai masalah pendarahan, atau mengambil ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah seperti warfarin atau aspirin.

    Senaman secara kerap, antara rawatan jantung tradisional

    Senaman juga sangat penting dalam mengekalkan kesihatan jantung, kerana ia membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan mengawal berat badan.

    Tiddak perlu melalui program senaman berat yang rumit. Hanya dengan aktiviti berjalan cepat selama 30 minit, lima kali seminggu akan membuat perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda.

    Baca juga:

    Bicaralah dengan profesional perubatan sebelum memulakan program latihan. Anda perlu pastikan jantung anda bersedia untuk senaman jika anda pernah mengalami serangan jantung sebelum ini.

    Kesimpulannya, terdapat pelbagai perubahan gaya hidup mudah yang boleh anda lakukan untuk mencegah serangan jantung dan mengekalkan kehidupan yang sihat selepas serangan jantung.

    Tetapi adalah penting untuk diingat bahawa rawatan jantung tradisional tidak boleh diaplikasikan jika anda mengalami atau mengesyaki mempunyai gejala serangan jantung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan