backup og meta

Jeragat Tak Nak Hilang, Cuba Guna 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Membantu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/12/2022

    Jeragat Tak Nak Hilang, Cuba Guna 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Membantu!

    Tiada individu yang rela jika wajah mereka penuh dengan masalah kulit ini kerana ia bukan sahaja merosakkan kecantikan malah menjatuhkan keyakinan diri. Jadi, adalah penting untuk kita semua tahu cara rawat masalah jeragat! Bagaimana?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud dan punca jeragat?

    Jeragat atau dalam bahasa perubatannya adalah dikenali sebagai open comedo.

    Ia kelihatan seperti tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka anda terutamanya pada dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.

    Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal dan ini mungkin akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata. 

    Dalam pada itu, wajar untuk kita ketahui apa punca jeragat yang sebenar, antaranya:

    • Genetik
    • Sinaran ultra ungu (A, B dan C)
    • Perubahan hormon
    • Pengambilan ubat
    • Penggunaan kosmetik

    rawat masalah jeragat

    Bagaimana cara rawat masalah jeragat?

    Solekan mungkin merupakan penyelesaian jangka masa pendek yang anda boleh gunakan.

    Pun begitu, sudah pasti ia tidak akan membuat anda berpuas hati dengan hasilnya kerana ia sudah pasti bersifat sementara sahaja.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

    Sebelum itu, pastikan anda telah berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan-bahan ini pada muka anda.

    Berikut merupakan beberapa cara merawat masalah jeragat dengan menggunakan bahan alami:

     Rawat masalah jeragat dengan #1. Cuka epal

    Sama seperti lemon, cuka epal juga bersifat astrigen yang mampu mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit.

    Selain itu, sifat antiseptik dan antibakteria yang wujud di dalamnya juga sangat membantu dalam merawat masalah kulit berjeragat.

    Cara penggunaannya juga adalah mudah sahaja.

    Hanya campurkan satu sudu kecil cuka epal dengan air, kemudian gunakannya untuk mencuci muka anda dan bilas.

    Pun begitu, ia juga sangat bahaya untuk diamalkan selalu.

    Ini kerana sifatnya yang tinggi asid.

    Penggunaannya secara kerap sudah pasti akan mengakibatkan hakisan pada kulit muka.

    Tempoh yang paling disarankan untuk mencuba bahan ini adalah seminggu sekali sahaja.

    Jika berlaku sebarang kerosakan kulit muka, sila dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

    #2. Kulit kayu manis juga boleh membantu?

    rawat masalah jeragat

    Tidak seperti kedua-dua bahan di atas, bahan ini tidak bersifat menghakis.

    Kulit kayu manis kebiasaannya digunakan sebagai topeng muka.

    Untuk lebih berkesan, campurkan setengah sudu kecil serbuk bahan ini dengan setengah sudu kecil madu dan kacaukannya ia sehingga sebati.

    Dengan penggunaannya yang kerap iaitu sekitar 2 kali seminggu, bahan ini mungkin akan memberikan kesan yang maksimum.

    Paling mengejutkan, ia juga sebenarnya mampu menghalang pertumbuhan jeragat yang baru pada kulit muka anda! 

    #3. Menggunakan serbuk soda penaik (baking soda)

    Terkejut, bukan?

    Namun inilah keupayaan tersembunyi bahan yang banyak digunakan dalam proses pembuatan kek ini.

    Serbuk penaik ini mampu membantu mengekalkan keseimbangan pH pada kulit.

    Caranya, hanya campurkan ia ke dalam air untuk membuat ia sebagai pes.

    Kemudian, sapukan ia pada kulit muka dan bilas sehingga bersih selepas dibiarkan untuk beberapa minit.

    Pun begitu, jangan cuba guna bahan ini jika kulit anda adalah jenis sensitif, ya?

    Rawat masalah jeragat dengan #4. Teh hijau

    Teh hijau jika diminum memang sangat baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

    Jika disapu pada kulit muka pula, ia boleh membantu menyelesaikan masalah kulit berjeragat.

    Menurut kajian, teh hijau ini mempunyai faedah yang mampu mengurangkan pengeluaran minyak dan menghalang penyerapan androgen dalam kulit. 

    Caranya mudah sahaja iaitu hanya sapukan ia pada kulit muka.

    Ataupun, anda boleh jadikan ia sebagai bahan tuaman dengan memasukkan ia pada beg teh hijau ke dalam air panas kemudian tuamkan ia pada kawasan yang teruk terjejas secara perlahan-lahan dan lembut.

    rawat masalah jeragat

    Rawat masalah jeragat dengan #5. Lidah buaya

    Bahan ini adalah sangat popular dalam hal penjagaan kulit kerana ia memang ada pelbagai manfaat, antaranya:

    Cara rawat masalah jeragat dengan bahan ini juga adalah mudah sahaja.

    Ambil gel lidah buaya dan lumurkan sahaja ia pada kulit muka anda dan biarkannya selama 20 ke 30 minit.

    Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang anda mahukan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan