backup og meta

Boleh Atau Tidak Penghidap Asma Berpuasa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    Boleh Atau Tidak Penghidap Asma Berpuasa?

    Setiap kali tiba bulan Ramadan, umat Islam seantero dunia diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Pun begitu, masih terdapat kelonggaran mengenainya bergantung kepada kondisi fizikal individu. Bagaimana pula dengan individu yang menghidap asma? Boleh atau tidak penghidap asma berpuasa? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Selamatkah penghidap asma berpuasa?

    Menurut kajian yang dilakukan oleh jurnal ilmiah Annals of Allergy, Asthma, and Immunology, 90 peratus daripada penghidap asma yang berpuasa tidak melaporkan sebarang keluhan mahupun serangan asma ketika sedang berpuasa. Jadi jawapannya adalah ya, selamat. Namun begitu, ia masih bergantung kepada kondisi fizikal invidu. Sebaiknya, penghidap asma yang ingin berpuasa berhubung terlebih dahulu dengan doktor sebelum membuat keputusan untuk berpuasa.

    Bolehkah ventolin digunakan ketika sedang berpuasa?

    Ventolin adalah ubat sedutan yang boleh membantu melegakan asma. Ia berfungsi membuka dan mengembangkan saluran pernafasan anda yang kian sempit dan anda akan berasa lega dalam masa yang sangat singkat. Cara menggunakan ubat ini adalah dengan menyedutnya melalui mulut dan biarkan ia masuk sehingga saluran pernafasan anda.

    Persoalannya, adakah ini akan membatalkan puasa anda? Menurut pandangan ramai ahli ulama, ia tidak akan membatalkan puasa. Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam ubat sedutan itu hanya akan melalui saluran pernafasan sahaja. Jika ia masuk ke dalam perut sekalipun, ia adalah sedikit. Oleh itu, ia tidak akan membatalkan puasa.

    Jika masih mahu berpuasa, adakah terdapat sebarang tip?

    • Sentiasa bawa ubat sedutan anda ke mana-mana sahaja anda pergi.
    • Hindarkan diri anda daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat seperti bersukan.
    • Hindarkan diri anda daripada terdedah kepada cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
    • Banyakkan minum air pada waktu sahur dan ketika iftar.
    • Jika anda perasan asma simptom semakin teruk, segera dapatkan bantuan perubatan.

    Konklusinya?

    Penghidap asma adalah masih selamat untuk berpuasa semasa bulan Ramadan dari aspek perubatan. Dari aspek agama pula, penggunaan ubat sedutan tidak akan membatalkan puasa. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau mengenainya. Namun begitu, berhubung terlebih dahulu dengan doktor anda untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

  • 4 Tip Berkesan Mengajar Anak Berpuasa
  • 5 Tip Meneruskan Penyusuan ASI bagi Ibu Berpuasa
  • 5 Tip Menahan Lapar Semasa Berpuasa
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan