backup og meta

Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Rakan Sekerja Yang Kerap Mesej Anda Secara Personal Tanpa Keperluan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/06/2020

    Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Rakan Sekerja Yang Kerap Mesej Anda Secara Personal Tanpa Keperluan?

    Penulis pasti, setiap tempat kerja pasti mempunyai seseorang yang kerap melakukan sesuatu seolah-olah semuanya adalah kecemasan baginya. Ini termasuklah tajuk email dengan perkataan “URGENT” dengan huruf besar, menghubungi rakan sekerja lain selepas waktu kerja selain mendesak bagi melakukan sesuatu untuk mereka. Individu jenis ini biasanya menganggap bahawa keutamaan mereka melebihi keutamaan individu lain tanpa memikirkan beban tugas kerja yang perlu dipikul oleh orang lain. Mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah seorang pengganggu yang hanya menggangu masa individu lain.

    Bagi anda yang berhadapan dengan pekerja seperti ini, anda perlu tahu bahawa anda perlu menghentikan kelakuan mereka. Penulis memahami bahawa ada antara kita yang tidak mahu merosakkan hubungan antara pekerja di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mahu menghentikan tabiat yang sering dilakukannya. Bagaimana anda boleh mengatasi hal ini? Kami ada jawapannya di bawah.

    Apabila individu tersebut adalah rakan sekerja anda

    Anda sememangnya tidak boleh mengawal reaksi rakan sejawatan anda terhadap segala tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengawal reaksi diri anda sendiri. Menurut Monique Reynolds, ahli psikologi klinikal di Center for Anxiety and Behavioral Change, kita sering kekal senyap atau memberikan jawapan yang tidak pasti di hadapan wajah seseorang yang meminta permintaan segera secara berterusan. Ini disebabkan oleh tindak balas berasaskan ketakutan yang memungkinkan kita berfikir bahawa, jawapan yang kita berikan akan membangkitkan kemarahan mereka. Sekiranya ini berlaku, tenangkan diri anda dan ambil masa untuk kembali mengingati siapakah diri anda yang sebenar. Ini akan membantu anda yakin dengan keputusan yang anda buat dan anda percayakan diri anda.

    Sekiranya anda telah tenang, nyatakan kepada rakan anda mengenai batas yang perlu ada dalam pembahagian tugasan kerja. Ingatkan mereka bahawa setiap kerja yang perlu dilakukan mempunyai garis masanya yang tersendiri dan mereka tidak perlu mendesak anda untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat sekiranya anda masih melakukannnya dalam tempoh masa yang diberikan. Nyatakan kepada mereka bahawa anda memiliki aliran kerja peribadi (personal workflow) anda sendiri. Ia bukan soal anda tidak pantas dalam melakukan kerja, tetapi ia adalah soal pengurusan waktu dan pembahagian tugas kerja anda. 

    Apabila individu tersebut adalah majikan anda

    Menentang arahan majikan anda bukanlah satu pilihan yang anda ingin lakukan. Walau bagaimanapun, anda perlu menyatakan kepada majikan sekiranya anda telah melakukan kerja keras atau (overworked), kerana kerja secara melampau akan menyebabkan sindrom burnout. Anda perlu nyatakan kepada majikan anda bahawa tidak semua kerja boleh dilaksanakan dalam masa yang sama. Setiap tugasan memerlukan tempoh masanya yang tersendiri. 

    Sekiranya terdapat sebarang tugasan kecemasan daripada majikan anda yang perlu diselesaikan, tanya mereka apakah yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Nyatakan aliran kerja anda sekarang sekiranya mereka mahukan anda menyiapkan tugasan kecemasan. Nyatakan juga bahawa sekiranya mereka mahukan anda melakukan sesuatu tugasan kecemasan, tugasan lain tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang sama dan perlu sedikit masa untuk disiapkan. 

    Penulis akui bahawa terdapat dilema yang akan berlaku jika anda mahu bersuara bagi setiap perkara yang anda kurang selesa sama ada daripada rakan sekerja mahupun majikan. Walau bagaimanapun, jika anda kekal tidak bersuara, tiada apa yang akan berubah. Apabila anda mula menyuarakan pendapat anda, sekurang-kurangnya mereka menyedari bahawa mereka tidak melakukan sesuatu dengan baik. Kunci bagi segala hal ini adalah komunikasi antara dua pihak. Sekiranya anda masih ragu-ragu, suarakannya kepada rakan sekerja lain yang lebih berani dalam menyuarakan pendapat. Mereka akan memberitahunya bagi pihak anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan