backup og meta

Perubahan Emosi: Apakah Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    Perubahan Emosi: Apakah Puncanya?

    Ia adalah sesuatu yang normal untuk setiap individu mengalami perubahan emosi sekali-sekala. Perubahan yang melibatkan minda dan emosi seseorang individu yang berkaitan dari perasaan gembira dan bahagia kepada kesedihan dan ketakutan.

    Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, walaupun keadaan itu langsung tidak mendatangkan efek kepada individu lain. Malahan, anda mungkin mengalami perubahan mood tanpa sebarang sebab. Keadaan kesihatan juga boleh menjadi antara punca berlakunya perubahan emosi ini.

    Apakah simptomnya?

    Selain perubahan mendadak dalam emosi, anda mungkin mengalami:

    • Kebimbangan dan kesengsaraan
    • Kekeliruan dan mudah terlupa
    • Mudah hilang fokus
    • Pengambilan alkohol berlebihan
    • Berhalusinasi
    • Tertekan
    • Sering membuat keputusan terburu-buru
    • Melulu, cuai
    • Bercakap laju
    • Kesukaran memahami dan menyampaikan maklumat
    • Perubahan selera dan berat badan
    • Kelesuan
    • Haid tidak teratur
    • Loya
    • Gangguan tidur

    Faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan

    Keadaan mental seperti gangguan bipolar, gangguan cyclothymic, gangguan kemurungan utama, dysthymia, dan gangguan emosi, gangguan ketidaksuburan juga boleh menyebabkan perubahan emosi ini. Skizofrenia dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) juga boleh mengakibatkan berlakunya perubahan dalam emosi.

    Ketidakstabilan hormon boleh mengganggu kimia otak yang akhirnya merubah emosi individu. Remaja, wanita hamil, dan wanita yang berdepan dengan menopaus sering mengalami ketidakstabilan hormon, sekali gus mendedahkan mereka kepada perubahan emosi ini.

    Penggunaan dadah dan alkohol boleh memberikan kesan negatif kepada emosi. Penyalahgunaan bahan ini boleh menyebabkan ketagihan dan mengganggu keadaan mental individu.

    Keadaan kesihatan lain seperti yang menjejaskan fungsi paru-paru, sistem kardiovaskular, tiroid, dan sistem saraf pusat juga boleh mengakibatkan perubahan pada emosi.

    Apa yang boleh menjadi pencetus?

    Selain dari faktor yang disebutkan di atas, emosi boleh berubah disebabkan beberapa perkara lain, termasuklah tekanan, perubahan kehidupan, diet pemakanan, corak tidur, dan juga ubatan yang diambil. Ia adalah amat berguna untuk mencatatkan apa yang berlaku apabila anda berdepan dengan emosi yang berubah sebagai bantuan untuk doktor mengesan punca utamanya.

    Perlukah mendapatkan bantuan perubatan?

    Terdapat sesetengah individu mempunyai gangguan emosi yang melampau tetapi sihat sepenuhnya. Jika emosi yang terganggu ini tidak menjejaskan kualiti hidup anda, ia tidak seharusnya menjadi kebimbangan.

    Tetapi, seandainya emosi yang berubah ini berterusan dan mendatangkan kesan kepada kehidupan seharian anda, ia perlu diberi perhatian. Contohnya, jika perasaan yang anda lalui membuatkan anda melibatkan diri dalam tingkah laku yang merosakkan atau mencederakan diri sendiri, anda perlu berjumpa doktor.

    Kaedah merawat

    Seandainya perubahan emosi yang berlaku disebabkan pengambilan ubatan, merawat keadaan akan dapat membantu anda mengawal emosi. Gabungan terapi dan ubatan dengan perubahan gaya hidup yang positif sangat berkesan dalam menangani perubahan berkaitan emosi ini.

    Berikut adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu diri sendiri:

    • Kekal dengan jadual harian
    • Lakukan senaman secara teratur
    • Dapatkan tidur yang berkualiti
    • Menjaga pemakanan
    • Amalkan yoga atau bermeditasi
    • Hindari perkara yang boleh mendatangkan tekanan
    • Berbual dengan individu yang anda percaya

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan