backup og meta

Penceraian: Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Penceraian: Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

    Bercerai bukanlah satu perkara yang mudah. Ia satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dan ia bukan satu proses yang mudah. Malah penceraian, untuk melafazkannya juga sukar, apatah lagi ia satu keputusan yang akan melibat dan akan mengubah kehidupan anda.

    Perkara yang perlu difikirkan jika anda inginkan penceraian

    1. Tekadkan hati

    Sejujurnya, tiada siapa mahukan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang musnah. Tetapi andainya penceraian merupakan langkah terbaik, mungkin itu yang perlu anda lakukan. Tanya pada diri anda, apa yang anda mahukan dan mungkin ada sesetengah waktunya anda meragui tentang apa yang anda mahukan. Ini adalah perkara normal. Biasanya apa yang anda ‘mahukan’, mungkin berbeza dengan apa yang ‘mesti’ anda lakukan. Tenangkan diri dan fikir sebaik-baiknya.

    1. Kewangan

    Cuba senaraikan soalan kritikal berkaitan kewangan. Sebagai contoh, jika anda bercerai, adakah anda akan memperolehi kerja atau anda akan kekal duduk di rumah? Jika anda mempunyai hutang bersama, tahukah anda sebahagian daripada hutang itu adalah tanggungjawab anda? Bagaimana anda ingin menanggung kehidupan anda dan anak-anak selepas bercerai? Senaraikan seberapa banyak persoalan yang muncul untuk membantu anda memikirkan soal kewangan anda jika penceraian terjadi.

    1. Simpanan

    Pastikan anda mempunyai simpanan. Ia adalah sangat penting terutama jika anda tidak bekerja. Simpanan itu adalah untuk menampung kehidupan anda bersama anak anda jika anda bercerai, sekurang-kurangnya sebelum anda memperolehi sebarang pekerjaan.

    1. Tindakan segera

    Jika anda adalah mangsa penderaan, sila ambil tindakan segera. Terdapat banyak tanda dan jenis penderaan, dan ada masanya sukar untuk mengetahui sama ada anda adalah mangsanya atau tidak. Tanda yang paling mudah adalah apabila anda menjadi ‘takut’ kepada pasangan anda atau anda sebolehnya cuba untuk menghindari dari melakukan sesuatu yang membuatkan pasangan anda marah atau mengamuk – ini tandanya anda berada dalam perhubungan tidak sihat dan penderaan. Anda mungkin merasa anda dapat mengendalikannya, tetapi perkara seperti ini tidak akan bertambah baik melainkan anda melakukan sesuatu yang mengubah apa yang anda lalui sekarang.

  • Bersifat emosi?
  • Seandainya jika penceraian yang ingin anda lakukan kerana disebabkan pergaduhan anda dengan pasangan. Cuba tanyakan kepada diri anda, adakah ianya bersifat emosi atau anda telah memikirkannya secara rasional? Ini kerana apabila anda dalam keadaan emosi yang terganggu, seperti marah, benci atau sakit hati, anda sememangnya cenderung untuk membuat keputusan yang salah dan mungkin ia satu keputusan yang anda akan menyesalinya kemudian hari. Jika anda memutuskan untuk bercerai tanpa melibatkan emosi yang bercampur-baur, berdasarkan fikiran rasional, maka teruskan dengan keputusan anda.

    1. Masih sayang?

    Tanyakan kepada diri anda, adakah anda masih punya perasaan kepada pasangan anda? Ini kerana kebanyakan individu yang ingin bercerai mengatakan mereka masih mempunyai perasaan terhadap pasangan, tetapi disebabkan kurang kemesraan dan semakin jauh, menyebabkan timbul keinginan untuk berpisah. Jika ini adalah anda, kemungkinan cara yang terbaik anda untuk anda menyelamatkan perhubungan anda, melainkan jika anda merasakan penceraian adalah satu keputusan yang dapat menghilangkan bebanan yang anda rasai selama ini dan membuatkan anda menjadi lebih baik dari sekarang.

    1. Bersedia

    Adakah anda bersedia dengan segala cabaran dan kemungkinan yang mungkin akan berlaku selepas anda bercerai? Penceraian bererti kehilangan impian untuk memiliki sebuah keluarga bahagia. Kekecewaan, kesepian, kegagalan, penolakan, ketidakseimbang, kesakitan, dan mungkin dendam, adalah antara perkara yang mungkin akan anda lalui. Bersediakah anda untuk mengubah kehidupan anda dari aspek kewangan? Bersediakah anda untuk berdepan dengan kesedihan dan kemarahan anak-anak disebabkan penceraian yang berlaku? Bersediakah anda untuk melepaskan pasangan anda secara mental, emosi, fizikal? Bersediakah anda? Kehidupan selepas bercerai pasti akan ada naik turunnya. Jika anda yakin anda mampu dan bersedia serta anda mempunyai sokongan kuat dari keluarga dan rakan, secara emosi dan fizikal, anda berhak tentukan apa keputusan yang ingin anda lakukan.

    Perkara yang penting untuk anda lakukan adalah mengambil sebanyak mana masa yang diperlukan dan jika perlu, dapatkan nasihat daripada keluarga dan rakan baik – untuk anda dapat membuat keputusan yang betul dan terbaik untuk anda, keluarga dan keadaan semasa anda.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan