backup og meta

Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

    Pada tahun 1844, sebuah novel karangan Alexandre Dumas yang bertajuk “The Corsican Brothers” menceritakan mengenai dua pasangan kembar yang terpisah semasa mereka kecil. Menariknya, walaupun mereka terpisah, mereka masih boleh merasai setiap apa yang pasangan mereka rasakan, samada secara fizikal mahupun mental. Jika salah seorang daripada mereka berasa sakit, seorang lagi akan turut mendapat kesakitannya. Adakah ia telepati?

    Sekejap! Walaupun ia sekadar novel, adakah benar pasangan kembar mempunyai hubungan telepati yang menyebabkan mereka boleh merasai apa yang dirasai pasangan mereka? 

    Apakah itu telepati

    Sebelum kami menjelaskan kepada berkenaan fenomena tersebut, anda mungkin perlu mengetahui sedikit mengenai apakah yang dimaksudkan dengan telepati. Perkataan telepati ini telah diwujudkan oleh pengasas kepada Society for Psychical Research, Fredric W. H Myers pada tahun 1882. Telepati bermaksud dakwaan komunikasi pemikiran dari satu individu kepada individu lain dengan cara lain selain daripada deria-deria fizikal.

    Adakah telepati pasangan kembar benar-benar wujud?

    Untuk pengetahuan pembaca setia Hello Doktor, sebenarnya tidak terdapat sebarang kajian saintifik yang menyokong dakwaan kewujudan telepati pasangan kembar. Walau bagaimanapun, hanya terdapat anekdot atau cerita-cerita daripada kejadian sebenar mengenai seseorang yang berlaku, mendakwa kewujudan fenomena ini.  

    Menurut Dr. Nancy L. Segal, salah seorang penyelidik terkenal berkenaan pasangan kembar, tidak terdapat sebarang bukti empirikal yang menyatakan bahawa pasangan kembar mempunyai persepsi ekstrasensori (ESP) atau kewujudan psikik kembar. Ia juga tidak boleh dibuktikan secara saintifik.

    Berkongsi pengalaman hidup

    Ada yang mendakwa, pasangan kembar boleh menyambung ayat atau kata-kata pasangan kembarnya yang lain disebabkan mereka boleh memikirkan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing. Sebenarnya, ia lebih kepada pengalaman yang sering dikongsi atau dilalui bersama-sama berbanding telepati psikik. Ia bukanlah satu perkara yang pelik kerana kedua-duanya telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka kecil. Pasangan kembar telah banyak berkongsi pengalaman hidup yang sama, dan ini bukanlah terhad kepada pasangan kembar semata-mata. Ia juga boleh berlaku dalam kalangan adik-beradik, pasangan yang sedang bercinta, suami dan isteri dan juga rakan baik.

    Jika anda mendengar cerita-cerita berkenaan pasangan kembar yang boleh berkomunikasi secara psikik, anda mungkin boleh mendengar sahaja, tanpa perlu mempercayainya. Bagaimana mungkin mereka boleh berkongsi pemikiran yang sama, jika DNA atau cap jari mereka juga masih lagi berbeza antara satu sama lain walaupun rupa mereka saling tak tumpah. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan