backup og meta

Kenapa Wujud Keinginan Membunuh Diri?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Kenapa Wujud Keinginan Membunuh Diri?

    Keinginan membunuh diri mungkin timbul apabila anda berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Ramai individu membunuh diri saban tahun kerana pelbagai sebab, seperti kehilangan insan tersayang, atau diberhentikan kerja.  Setiap individu pasti pernah memikirkan untuk membunuh diri walaupun hanya sekali sepanjang hidup mereka. Jadi mengapa wujudnya rasa ingin bunuh diri?

    Mari kita semak punca-punca yang menjadi potensi kepada keinginan ini.

    Faktor penyebab timbul keinginan membunuh diri?

    Pelbagai sebab boleh menjadi faktor timbulnya keinginan seperti ini. Sebab paling biasa adalah perasaan seseorang individu yang tidak dapat menangani pelbagai masalah yang timbul. Mereka merasa mereka tidak mampu menyelesaikan segalanya dan ia sekaligus menimbulkan rasa putus asa.

    Individu yang mengalami tekanan akibat masalah-masalah yang timbul mungkin merasakan tiada sesiapa yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dan dalam situasi seperti ini, mereka hanya merasakan kematian adalah satu-satunya cara terbaik untuk mereka.

    Masalah yang mereka hadapi mungkin kelihatan mudah untuk individu lain, tetapi ia bagaikan satu bebanan yang terlalu besar untuk mereka.

    Apakah risikonya?

    Selain bebanan masalah yang dihadapi, gabungan faktor lain turut meningkatkan risiko untuk membunuh diri:

    • Ada sejarah keluarga yang pernah membunuh diri, berdepan masalah penderaan fizikal, penderaan mental pada masa lampau
    • Pernah cuba untuk membunuh diri, mempunyai gangguan mental terutama kemurungan, gangguan selepas trauma
    • Kehilangan insan tersayang, rasa berputus asa, tidak berguna, kesedihan
    • Penyalahgunaan alkohol dan dadah
    • Masalah kesihatan seperti kesakitan kronik dan kanser
    • Tinggal di kawasan yang mempunyai jumlah kematian kerana membunuh diri yang tinggi
    • Tidak mendapat akses rawatan kesihatan mental

    Apakah faktor yang membantu mengurangkan risiko untuk membunuh diri?

    Faktor yang mengurangkan risiko timbulnya keinginan untuk membunuh diri adalah:

    • Rawatan berkesan untuk merawat penyakit mental, penyakit kronik atau jangkitan kronik
    • Mendapat sokongan dari keluarga dan rakan
    • Sokongan daripada individu di sekeliling untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
    • Hidup dalam persekitaran budaya yang tidak mengalakkan bunuh diri

    Ia adalah sesuatu yang normal terfikir untuk membunuh diri dalam kehidupan. Mungkin masalah kesihatan yang dihadapi dan faktor lain yang menyebabkan timbulnya rasa seperti itu. Namun, sentiasa ingat pada kesan dan akibat dari perbuatan dan keinginan itu, kerana ia akan mendatangkan kesan kepada insan-insan yang menyayangi anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan