backup og meta

Kelemumur, Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Rambut & Kulit Kepala Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/04/2023

    Kelemumur, Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Rambut & Kulit Kepala Anda?

    Apa itu kelemumur? Ramai yang mungkin tahu tentang rupa bentuk masalah ini namun tidak tahu puncanya? Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentangnya, jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa itu kelemumur?

    Apa itu kelemumur, atau lebih dikenali sebagai ‘dandruff’ dalam bahasa Inggeris adalah sejenis masalah rambut dan kulit kepala yang kerap berlaku.

    Simptom utamanya terhadap kesihatan fizikal seseorang adalah pembentukan sisi pada kulit kepala dan juga rasa gatal.

    Sisik pada kulit kepala ini boleh gugur dengan sendirinya namun tindakan menggaru kulit kepala menjadikan pengguguran sisik-sisik tersebut lebih banyak dan cepat.

    Dari segi struktur, satu sisik terdiri daripada kelompok atau gugusan sel-sel yang dikenali sebagai corneocyte.

    Sel-sel tersebut membentuk ikatan yang kuat antara satu sama lain sebelum kemudiannya berpisah daripada permukaan stratum corneum pada kulit kepala.

    Gangguan kulit kepala ini menghasilkan masalah yang lebih kepada nilai kosmetik dan estetik berbanding masalah kesihatan yang berbahaya.

    apa itu kelemumur

    Dianggarkan sekitar 50 juta rakyat Amerika Syarikat terjejas dengan apa itu kelemumur dan perbelanjaan tahunan untuk produk atas kaunter dalam merawat masalah gatal dan sisik akibat daripadanya dikatakan mencapai nilai USD 300 juta.

    Apa punca kelemumur?

    #1. Punca angkara aktiviti mikrob

    Pada tahun 1846, peranan mikrobial terhadap terjadinya kelemumur teruk mula dipopularkan hasil daripada penemuan sejenis kulat yang gemar lemak (lipophilic) daripada genus Malassezia.

    Kulat ini mula diasingkan dalam penyakit kulit yang lain iaitu pityriasis versicolor. 

    Kulat yang khusus untuk kulit kepala ini, Malassezia globosa, menghadam trigliserida (lemak) yang terdapat dalam cecair sebum, menghasilkan produk sisa asid oleik.

    Asid oleik ini berupaya untuk menembusi lapisan atas kulit (epidermis), masuk ke lapisan stratum corneum dan mencetuskan tindak balas keradangan.

    Dalam majoriti manusia, tindak balas keradangan ini mengganggu homeostasis dalaman lapisan kulit dan membawa kepada pembahagian sel dalam lapisan stratum corneum yang rawak dan tidak terkawal.

    Penghasilan sel-sel kulit yang lebih banyak, menyebabkan lebih banyak kulit bersalin dan ‘dandruff; digugurkan.

    Selain itu, ketika berlakunya proses ini, populasi spesies kulat ini juga turut meningkat, daripada 1.5 sehingga 2 kali ganda daripada jumlah populasi biasa.

    apa itu kelemumur

    Teori peranan kulat ini turut diperkuatkan lagi oleh pengurangan simptom selepas rawatan dengan antikulat.

    Namun yang demikian, terdapat juga peranan yang turut dimainkan oleh mikrobial yang lain.

    Bakteria seperti Staphylococci spp dan juga Propionibacterium spp juga dikatakan mempunyai tindakan dan sumbangan mereka sendiri dalam menyebabkan pembentukan kelemumur, khususnya dalam mereka yang masih mempunyai masalah selepas rawatan dengan ubati antikulat.

    Bahkan, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa peranan bakteria adalah lebih kuat dalam menentukan keterukan penghasilan apa itu kelemumur berbanding peranan yang dimainkan oleh kulat Malassezia. 

    Sungguhpun begitu, terdapat juga mereka yang menolak peranan yang dimainkan oleh mikrobial ini, khususnya kulat Malassezia, berdasarkan dua hujah penting.

    Pertamanya, keadaan ini juga menunjukkan respon yang positif terhadap rawatan yang berteraskan steroid.

    Ini merupakan sesuatu yang menarik kerana ia seolah-olah berlawanan dengan hujah peranan mikrobial dalam menghasilkan kelemumur teruk.

    Rawatan berteraskan steroid cukup terkenal dengan tindakannya yang menekan sistem imun seseorang, membolehkan bakteria dan juga jangkitan oportunistik lain untuk mengambil tepat.

    Namun yang demikian, itu bukanlah apa yang berlaku.

    Sebaliknya, simptom kelemumur teruk bertambah baik dengan lebih lama.

    Sama ada peningkatan populasi kulat Malassezia menyebabkan lebih banyak sisik terhasil atau peningkatan sisik menyebabkan populasi kulat Malassezia bertambah, belum ada lagi konklusi yang jelas berkaitannya. 

    apa itu kelemumur

    Hujah kedua pula bermain dengan aspek teknikal definisi ‘punca’.

    Dalam membuktikan sesuatu itu berperanan sebagai punca, terdapat beberapa kriteria atau definisi yang diguna pakai khususnya untuk membuktikan suatu mikrobial itu sebagai punca kepada sesuatu keadaan.

    Untuk tujuan itu, postulat Koch diguna pakai sebagai piawaian.

    Sehingga kini, kulat Malassezia ini gagal untuk memenuhi postulat Koch dalam menjadikan dirinya sebagai punca. 

    #2. Punca akibat aktiviti individu

    Kumpulan punca ini memperuntukkan perkara-perkara dalam aktiviti harian kita.

    Perkara-perkara yang dimaksudkan adalah pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.

    Pendedahan kepada matahari yang terlalu banyak boleh menyebabkan berlakunya proses desquamasi kulit kepala.

    Selain itu, iritasi akibat terlalu kerap menyikat rambut dan juga penggunaan sesetengah produk kosmetik juga boleh menyumbang kepada pembentukan apa itu kelemumur.  

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan