backup og meta

Imposter Syndrome, Isu Kurang Keyakinan Diri

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2020

    Imposter Syndrome, Isu Kurang Keyakinan Diri

    Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana anda berasa tidak layak menerima segala yang anda miliki sekarang? Jika pernah, itu adalah Imposter Syndrome.

    Apa itu imposter syndrome?

    Merupakan satu kepercayaan yang mengatakan bahawa anda kurang berkemampuan berbanding individu lain di sekeliling anda. Di mana setiap kejayaan yang anda perolehi adalah disebabkan bernasib baik dan faktor luaran yang membantu anda. Keadaan ini sekali gus akhirnya akan membuatkan anda tampak seperti penipu. 

    Keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seseorang individu dari pelbagai aspek. Tetapi ia lebih memberi kesan di tempat kerja. Sebagai contoh, individu yang bergelut dengan imposter syndrome ini akan cenderung melakukan kerja secara berlebihan ke arah kesempurnaan demi mengatasi rasa kekurangan yang dialami.

    Imposter syndrome dicetuskan oleh pakar psikologi, Pauline R. Clance dan Suzanne pada tahun 1978, menggambarkan sindrom ini berkaitan dengan fenomena intelektual dalaman seseorang yang mempercayai bahawa mereka tidak bijak, tidak berkemampuan serta tidak kreatif walaupun mencapai kejayaan yang tinggi. 

    Rasa terasing

    Secara mudahnya, sindrom ini adalah merupakan suara di dalam kepala dan pemikiran yang menyatakan bahawa anda tidak cukup bagus serta penipu. Dan segala penipuan anda akan terbongkar tidak lama lagi. 

    Ia merupakan satu perasaan bahawa anda tidak layak berada di sini. Di sini itu merujuk kepada tempat kerja, dalam kumpulan rakan-rakan anda, di dalam kelas atau di mana sahaja. Walaupun pada hakikatnya anda mempunyai kelayakan, anda berpengalaman serta menerima maklum balas positif mengenai diri anda. 

    Tetapi malangnya, individu dengan sindrom ini tidak dapat mengubah kepercayaan yang wujud di dalam kepala dan pemikirannya sendiri. Dan seringkali berasakan bahawa diri mereka sememangnya sudah ditakdirkan untuk menghadapi kegagalan.

    Cara mengatasinya 

    Menurut kajian yang dilakukan profesor dari University of Texas di Austin, Kevin Cokley, imposter syndrome boleh menambahkan tekanan kepada kumpulan minoriti dalam sesebuah masyarakat. Ia menyebabkan individu berkenaan memenuhi diri dan fikiran dengan perkara negatif yang menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

    Jadi bagaimana untuk mengatasi isu keyakinan diri ini?

    1. Hentikan pemikiran negatif

    Pemikiran seperti “Saya perlu melakukan dengan baik dan sempurna atau saya tidak akan disukai” harus dihentikan. Kenal pasti perkara yang tidak realistik dan rasional. Jika masih wujud permikiran negatif seperti itu, balasnya dengan mengatakan “Tiada manusia yang sempurna”.

  • Yakin dengan kelebihan diri
  • Percayalah pada diri bahawa anda mempunyai bakat yang tersendiri, malah setiap individu mempunyai keistimewaan masing-masing. Belajar terima pujian daripada individu sekeliling anda dengan mengatakan “Terima kasih”.

    1. Analisis diri

    Setiap kali wujud perasaan tidak yakin diri, catatkan ia di dalam jurnal anda. Kemudian lihat kembali segala perkara negatif dan tukarkan ia kepada positif. Sebagai contoh, jika pemikiran anda mengatakan “Anda tidak layak untuk mendapat pekerjaan ini”, catatkan dan analisisnya. Kemudian katakan, “Mereka yang memilih saya mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri saya”.

    Bantuan pakar

    Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara tetapi masih dikuasai sindrom ini, cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Tindakan ini membolehkan anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada mereka yang berkelayakan. 

    Ia secara tidak langsung akan dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang merajai di hati dan fikiran anda. Tanamkan kepercayaan bahawa anda layak untuk menerima kejayaan yang anda perolehi hasil daripada usaha keras anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan