backup og meta

Fakta Dan Mitos Tentang Kemurungan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2020

    Fakta Dan Mitos Tentang Kemurungan

    Kemurungan merupakan antara satu masalah berkaitan gangguan mental yang paling kerap dialami oleh kebanyakan individu. Jom kita ketahui apakah perkara fakta dan mitos tentang mengenai masalah mental ini.

    Fakta vs mitos kemurungan

    Berikut merupakan antara perkara-perkara berkaitan dengan kemurungan atau depresi. Ada yang sahih dan ada yang sekadar kepercayaan yang harus dihentikan.

    Kerja kuat

    Masalah berkaitan tekanan mental ini memberi kesan kepada 1 bagi setiap enam individu pada satu tahap dalam kehidupan. Antara kaedah yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah ini adalah bekerja lebih kuat untuk berasa lebih baik. 

    Sudah tentu ini adalah mitos. Bekerja dengan terlalu kuat boleh menjadi antara tanda kemurungan klinikal, terumatanya kepada individu lelaki. Jangan terlalu memaksa diri. Berikan diri anda masa untuk berehat.

    Bukan penyakit

    Individu dengan isu berkaitan mental ini sememangnya tidak akan mengalami sebarang gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi itu bukan bermakna depresi bukan satu masalah berkaitan kesihatan yang serius. 

    Jika ada yang berasakan depresi sekadar isu berkaitan kesedihan atau satu karakter yang lemah dan bukan berkaitan penyakit, ia adalah mitos. Ini kerana depresi adalah satu gangguan kesihatan mental yang kompleks. 

    Lelaki dan emosi negatif

    Berbeza dengan wanita, individu lelaki yang mengalami isu depresi ini sukar untuk dikenal pasti oleh pasangannya, ahli keluarga mahupun doktor. Ini adalah fakta. Ini kerana lelaki tidak gemar untuk bercakap mengenai perasaan. 

    Sebaliknya, mereka meluahkan tekanan yang dihadapi dengan emosi negatif seperti baran, mudah marah serta berdepan keletihan. Mereka melepaskannya kepada individu di sekeliling mereka. Malahan ada antara mereka cuba mengendalikan situasi ini dengan tabiat penyalahgunaan dadah dan alkohol.

    Berlaku kepada semua

    Fakta. Lelaki, perempuan, tua ataupun muda, tanpa mengira sebarang status atau belakang etnik, agama mahupun bangsa, semuanya berisiko untuk mengembangkan depresi.  Walau bagaimanapun, masalah ini lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki.

    Mahukan perhatian

    Sering kali masyarakat menganggap individu dengan masalah berkaitan mental ini hanya mahukan perhatian dan simpati. Ia adalah satu mitos. Ini kerana mereka dengan isu ini bukanlah individu yang malas dan mahukan simpati untuk mereka. 

    Kemurungan adalah satu masalah perubatan melibatkan kesihatan berkaitan perubahan di dalam otak. Keadaan ini boleh diperbaiki melalui proses rawatan yang bersesuaian.

    Selalu menangis

    Ia adalah satu mitos. Ini kerana bukan semua individu dengan masalah mental ini akan menangis. Malahan adakalanya, individu yang depresi tidak mempunyai perwatakan yang sedih. Sebaliknya, mereka bagaikan tidak mempunyai emosi dan berasa seperti tidak berguna. 

    Sejarah keluarga

    Jika anda mempunyai ahli keluarga dengan masalah ini, sememangnya terdapat risiko dan kecenderungan untuk anda turut mengembangkan masalah mental ini. Ia adalah fakta. Namun, ia bukanlah satu kemestian.

    Sekiranya anda mengetahui tentang sejarah ini, anda boleh melakukan pencegahan dengan mengurangkan tekanan, lebihkan senaman harian, mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau mencari rawatan profesional lain. Ia sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko diserang kemurungan.

    Penjagaan diri

    Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun kepada individu yang selama ini berperwatakan ceria dan lincah. Anda boleh mengurangkan risiko untuk mengalaminya melalui menjaga diri dengan mengurangkan tekanan, memperbanyakkan aktiviti riadah dan bersenam serta mengimbangi soal pemakanan harian anda. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, bukan?

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan