backup og meta

Ini Makanan Dan Minuman Yang Menjejaskan Prestasi Ereksi Lelaki


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2022

    Ini Makanan Dan Minuman Yang Menjejaskan Prestasi Ereksi Lelaki

    Amalan diet yang tidak sesuai merupakan faktor utama yang menjejaskan prestasi ereksi lelaki. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang memberi kesan kepada tahap hormon testosteron lelaki. Ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis makanan dan minuman tersebut. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkan di sini.

    Prestasi ereksi lelaki akan terjejas dengan makanan dan minuman berikut:

    #1. Daging

    Kajian menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak daging akan menjejaskan prestasi ereksi lelaki dan juga kesihatan jantung mereka yang mana merupakan faktor yang paling penting untuk mengekalkan kebolehan ereksi. 

    Daging seperti lembu atau kambing pula sangat kaya dengan lemak dan kolesterol yang akan menjejaskan kesihatan seksual dan jantung lelaki.

    Oleh itu, hadkan pengambilan daging yang terlalu banyak dan lebihkan pengambilan protein daripada ikan berlemak atau kekacang, avokado dan minyak zaitun.

    #2. Makanan bergoreng

    prestasi ereksi lelaki

    Makanan bergoreng juga akan memberi kesan buruk kepada jantung dan juga fungsi prestasi ereksi lelaki. Ia mengandungi kandungan minyak panas yang sudah tentu tinggi kandungan kolesterol.

    Selain itu, pertambahan berat badan atau obesiti yang disebabkan oleh pengambilan makanan bergoreng terlalu banyak, mampu menjejaskan kandungan hormon dalam badan.

    Jika anda mahukan prestasi seksual yang lebih baik, kurangkan mengambil makanan bergoreng yang juga berpotensi mendatangkan penyakit kanser prostat dan benign prostatic hyperplasia.

    #3. Soya

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard, kiraan sperma akan berkurangan sebanyak 40 peratus dengan pengambilan soya pada setiap hari. Para pengkaji juga mendapati bahawa lebih banyak soya yang anda ambil, lebih sedikit kandungan hormon testosteron dalam badan.

    Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketidakstabilan pada hormon estrogen dan testosteron lalu menjejaskan kesihatan seksual lelaki. Oleh itu, elakkan produk yang berasaskan soya yang diproses.

    #4. Makanan dan minuman yang ditinkan atau dipaketkan.

    Bisphenol A, yang biasa dirujuk sebagai BPA, adalah kandungan bahan kimia yang terdapat dalam makanan dan minuman yang di simpan dalam bekas plastik. Ia secara saintifiknya akan memberi kesan kepada prestasi ereksi lalu mengurangkan keinginan seksual lelaki dan menyebabkan ketidaksuburan.

    Oleh itu, kurangkan segala pengambilan makanan dan minuman yang ditinkan atau dipaketkan untuk mengelakkan agen BPA yang sangat mudah tersebar.

    #5. Alkohol

    prestasi ereksi lelaki

    Ya, alkohol sememangnya akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kesihatan seksual malahan juga buat kesihatan secara umumnya.

    Menurut kajian, pengambilan terlalu banyak alkohol akan mengurangkan serta tahap testosteron dengan mendadak lalu menghapuskannya daripada saluran darah anda.

    Oleh itu, buat pilihan yang bijak dengan menjauhkan diri daripada minuman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan