backup og meta

Pilihan Terbaik Produk Tenusu Untuk Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    Pilihan Terbaik Produk Tenusu Untuk Diabetes

    Kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh menurunkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2. Pelbagai produk tenusu seperti susu tanpa lemak atau rendah lemak dan yogurt boleh diambil sebagai snek. Tahukah anda bahawa produk tenusu juga sebenarnya sumber terbaik untuk kalsium, vitamin, protein dan mineral? Baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui kebaikan pengambilan produk tenusu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini. 

    Apakah produk tenusu?

    diet sihat

    Produk tenusu adalah produk berasaskan susu seperti susu, yogurt, keju, krim dan pelbagai produk lain.

    Haiwan mamalia seperti lembu, kambing dan kerbau merupakan sumber makanan utama untuk manusia dan hasil daripada haiwan mamalia ini juga digunakan untuk penghasilan produk lain selain daripada memakan dagingnya. 

    Susu juga boleh diproses menjadi susu tepung yang tahan lama dan dibancuh. Mentega merupakan antara contoh senarai produk yang dihasilkan daripada susu atau krim yang telah digoreng.

    Yogurt juga merupakan produk yang diperbuat daripada susu yang dicampur dengan beberapa bahan yang lain dan kemudiannya diperam sehingga menjadi kenyal.

    Apakah pilihan terbaik?

    kebaikan susu

    Bagi individu yang mempunyai diabetes, pilihan pengambilan produk tenusu terbaik adalah seperti berikut:

    • Susu tanpa lemak (skim) atau rendah lemak (1% lemak)
    • Yogurt rendah lemak atau tanpa lemak dengan perasa rendah lemak
    • Yogurt rendah lemak tanpa perasa
    • Susu kacang soya tanpa perasa dan susu badam.

    Tip berkaitan pengambilan produk tenusu

    Setiap hidangan susu (sekitar 170 gram) mengandungi 12 gram karbohidrat dan 8 gram protein.

    Yogurt Greek mempunyai lebih banyak protein berbanding jenis yogurt yang lain, dengan kira-kira 12 gram. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang diet yang lebih sihat.

    Sekiranya anda tidak menggemari susu rendah lemak, anda boleh beransur-ansur menukarnya daripada susu biasa kepada susu dengan 2% lemak dan kemudiannya kepada susu dengan 1% lemak.

    Anda mungkin mengambil masa untuk terbiasa dengannya.

    susu mana lebih sihat

    Anda disarankan untuk minum sekitar 220 gram susu setiap hari.

    Sekiranya anda hamil atau menyusukan anak anda, anda disarankan untuk mengambil 4 atau 5 hidangan susu setiap hari.

    Susu baik untuk kesihatan anda, tidak kira samada anda mempunyai diabetes ataupun tidak.

    Tetapi pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai diabetes adalah produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak.

    Anda boleh berbincang dengan doktor untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan