backup og meta

6 Perubahan Kuku Yang Harus Diberi Perhatian, Ia Tanda Masalah Kesihatan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/08/2023

    6 Perubahan Kuku Yang Harus Diberi Perhatian, Ia Tanda Masalah Kesihatan Anda!

    Tahukah anda kuku tak sihat boleh menandakan masalah kesihatan? Dalam artikel ini ada penjelasannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kuku & kesihatan

    Bila sebut mengenai kuku, kebanyakan hanya tahu bercakap mengenai penjagaan dan kebersihan kuku.

    Malah, terdapat sesetengah golongan wanita dan lelaki sanggup menghabiskan wang untuk merias kuku (madicure dan pedicure) supaya ia kelihatan kemas dan cantik.

    Sebenarnya menerusi kuku anda dapat mengetahui berkenaan keadaan kesihatan.

    Menurut nota Akademi Dermatologi Amerika, kuku boleh memberi isyarat segalanya berkenaan kesihatan daripada keadaan paru-paru hingga kepada anemia.

    Menurut Pengarah Klinik Gangguan Kuku Universiti Sains dan Kesihatan Oregon Dr Phoebe Rich, banyak perkara yang boleh dikesan melalui kuku.

    kuku tak sihat

    Penjagaan kuku- 6 simptom kuku tak sihat

    1. Garis berwarna coklat

    Kuku bergaris ini mungkin tanda melanoma (tumor melanosit yang amat malignan, terdiri daripada sel berpigmen melanin, biasa terdapat pada kulit, mata dan membran mukus).

    Walaupun anda mungkin berfikir jenis kanser kulit yang paling dahsyat selalu muncul sebagai tahi lalat atau bintik hitam, tetapi ia sebenarnya boleh bermula di dalam kuku juga.

    2. Kuku kuning

    Menurut Dr Phoebe Rich, kuku yang sangat kuning yang tebal dan tumbuh perlahan boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, kata Rich.

    Sekiranya anda mempunyai sindrom kuku berwarna kuning, anda juga boleh mengalami kuku melengkung dan boleh tertanggal.

    3. Kuku putih

    kuku tak sihat

    Jika kuku kebanyakannya putih dengan rim gelap, ini menunjukkan anda mungkin mengalami masalah hati, seperti hepatitis.

    4. Kuku rapuh (bristle)

    Masalah ini biasanya berlaku akibat masalah diet atau bahan kimia yang terkena tangan anda.

    Kuku dibentuk di dalam matrik kuku, akar kuku. Menurut Dr Phoebe Rich, jika anda kurang sihat atau kurang nutrien tertentu, badan anda tidak mempunyai bahan untuk membuat kuku yang baik.

    Kuku rapuh juga boleh menunjukkan anemia kekurangan zat besi atau penyakit tiroid.

    5. Lekukan kuku 

    Kerutan pada kuku ini biasanya sebahagian daripada penuaan. Lekukan yang mendalam dikenali sebagai garis Beau dan ia lebih membimbangkan.

    Ia menunjukkan bahawa sesuatu yang menyebabkan kuku berhenti berkembang untuk sementara waktu.

    Puncanya termasuk demam tinggi, kimoterapi, penyakit serius, pembedahan utama, pemindahan darah, kemalangan kereta atau apa-apa tekanan utama kepada sistem anda.

    6. Kuku tak sihat: Bintik putih

    kuku tak sihat

    Kebanyakan berfikir bintik putih itu berkaitan dengan kekurangan vitamin tetapi itu hanya mitos.

    Keadaan yang dipanggil leukonychia punctate, sebenarnya disebabkan oleh beberapa jenis trauma ringan apabila kuku sedang dibentuk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan