backup og meta

ALAMAK, Ada Kemalangan Berlaku Di Depan Mata? Ini 7 Perkara Anda Perlu Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2022

    ALAMAK, Ada Kemalangan Berlaku Di Depan Mata? Ini 7 Perkara Anda Perlu Buat!

    Sedang anda memandu kenderaan untuk pulang ke rumah, secara tiba-tiba ada kemalangan jalan raya berlaku di hadapan anda. Apa yang perlu anda buat?

    Pantang ada accident berlaku di tengah highway, mesti akan berlaku traffic jammed yang sangat menduga iman dan hati bukan? Apa yang peliknya, kalau kemalangan itu berlaku di jalan yang menghala ke selatan, jalan yang menghala ke utara pun turut sama sesak sebab semua orang mahu tengok lokasi kejadian.

    Begitu prihatin rakyat Malaysia bukan? Mungkin bukan prihatin untuk menolong sebaliknya mahu menangkap gambar di tempat kejadian. Tidak salah untuk berada di situ, tetapi biarlah keberadaan kita di situ adalah untuk membantu. Namun, apa sebenarnya kita perlu buat kalau nampak kemalangan jalan raya?

    Apa yang anda perlu buat jika terlihat kemalangan jalan raya?

    kemalangan jalan raya

    Jangan memerlahankan kenderaan semata-mata ingin melihat dan menangkap gambar sahaja. Sekiranya anda berniat untuk membantu, berikut adalah cara yang betul untuk dilakukan:

    #1. Penunggang motosikal perlu berhenti terlebih dahulu

    Sebagai penunggang motosikal, anda adalah orang pertama yang perlu dan boleh berhenti untuk hulurkan bantuan. Ini kerana saiz kenderaan yang kecil memudahkan anda untuk berhenti segera.

    Cuma, letakkan motosikal anda secara menegak – lampu belakang dihalakan ke belakang, bukan melintang. Kemudian, nyalakan lampu hazard pada jarak lebih kurang 10 meter untuk tidak menyusahkan pengguna lain.

    #2. Pemandu kereta boleh berhenti mengikut situasi

    Sebagai pemandu kereta, anda tidak disarankan untuk berhenti di jalan raya yang sesak kerana ia akan menerukkan keadaan yang memang sudah kecoh akibat kemalangan jalan raya yang berlaku.

    Namun, jika kawasan tersebut lengang dan anda adalah saksi utama kejadian tersebut, anda patut berhenti untuk membantu. Cuma, letakkan kenderaan di tempat yang selamat dan pasang reflektor segitiga.

    jalan raya

    #3. Ingat dan catat informasi kemalangan

    Ini adalah perkara yang anda perlu utamakan sekiranya ingin membantu apa-apa kes kemalangan jalan raya kerana ia bakal menjadi bukti siasatan kelak. Ingat atau catat perkara berikut:

    • Nombor plat kenderaan yang terlibat
    • Karakteristik kenderaan yang terlibat
    • Lokasi kejadian berlaku
    • Punca kejadian berlaku
    • Butir peribadi mangsa dan suspek kejadian

    #4. Periksa individu yang terlibat dalam kemalangan

    Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan, pasti akan panik, terkejut, menjerit, menangis atau meracau akibat kecederaan yang dialami. Jadi, periksa dan tenangkan mangsa atau suspek dengan mengatakan bantuan sedang dalam perjalanan!

    #5. Hubungi talian kecemasan 999

    Kadang-kadang kita mesti terkeliru nombor talian kecemasan terutamanya ketika sedang panik, bukan? Jadi, dail sahaja 999 – nombor talian kecemasan paling umum.

    Jelaskan lokasi kemalangan kepada operator dengan terperinci agar mereka mudah dan cepat sampai ke lokasi kejadian.  Selain itu, terangkan kepada operator keadaan individu yang terlibat.

    kemalangan jalan raya

    #6. Hulurkan bantuan yang termampu pada mangsa

    Melainkan anda seorang pakar, jangan cuba menghulurkan bantuan yang bakal memudaratkan mangsa. Sebaiknya, tanya dahulu anggota mana yang dirasakan sakit.

    Minta mereka menggerakkan tubuh badan mereka dan cuba bangkit dengan perlahan. Jika boleh bangun dan berjalan, beralih ke tempat yang lebih selamat dan tunggu bantuan tiba.

    Jika kelihatan teruk dan mangsa tidak boleh bergerak atau tidak sedar, jangan sentuh apa-apa kerana ia mungkin akan mengeruhkan keadaan. Cuma, ada bantuan asas yang boleh dibuat:

    • Longgarkan helmet, baju atau seluar mangsa, jika boleh
    • Tanggalkan kasut dan sarung kaki atau sarung tangan mereka, jika boleh
    • Berikan air untuk memastikan mangsa tidak kehausan
    • Teduhkan mangsa dengan payung atau apa-apa sahaja objek yang boleh halang sinaran cahaya matahari
    • Kipaskan mangsa dengan surat khabar atau apa-apa sahaja objek yang boleh lancarkan oksigen kepada mangsa
    • Tutupkan mangsa dengan kain, kertas atau plastik sekiranya telah meninggal dunia

    Namun, ini semua bukan perkara yang wajib dilakukan. Jika anda berasa ragu-ragu dengan keadaan mangsa, jangan sentuh mereka dan tunggu sehingga bantuan tiba!

    #7. Laporkan kepada pihak berkuasa berkaitan kemalangan

    Akhir sekali, laporkan kejadian kemalangan ini kepada pihak berkuasa. Selepas mangsa dan suspek dibawa ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan, anda boleh pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis.

    Maklumkan segala informasi kejadian yang anda tahu kepada mereka. Mungkin ia agak melecehkan, namun ketahuilah bahawa perbuatan anda ini akan banyak membantu kelak. Anda pasti mahu menjadi rakyat Malaysia yang betul-betul prihatin bukan?

    Konklusi

    Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana tempat, pada bila-bila masa dan tanpa diduga. Maka tepatlah kata pepatah Melayu bahawa malang itu tidak berbau. Namun, janganlah anda sebagai pengguna jalan raya lain hanya membiarkannya sahaja!

    Hakikatnya, banyak perkara yang perlu anda lakukan untuk membantu individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, bukan sekadar melihat dan menangkap gamabr lokasi kejadian sahaja. Jika boleh, berhenti dan hulurkan bantuan tanpa menyusahkan pengguna jalan raya yang lain ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan