backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Pertolongan Cemas untuk Dos Ubat Berlebihan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/10/2022

    Pertolongan Cemas untuk Dos Ubat Berlebihan

    Apakah itu dos ubat berlebihan? Apakah simptom-simptomnya, dan apakah yang perlu dilakukan jika seseorang mengalaminya. Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.

    Apakah dos ubat berlebihan?

    Dos berlebihan berlaku apabila ubat, kombinasi ubat-ubatan, yang ditetapkan atau ubat-ubatan tanpa preskripsi diambil dalam jumlah, masa atau saranan yang tidak sesuai.

    Simptom ubat berlebihan

    Apabila seseorang terlebih dos, mengikut tahap, keadaan kesihatan pesakit dan jenis ubat-ubatan yang mereka ambil, terdapat pelbagai tanda-tanda dan simptom yang berbeza. Tambahan pula, disebabkan badan  setiap orang berbeza, tindak balas yang dialami juga berbeza antara satu sama lain.

    Secara umumnya, tanda-tanda dan simptom pengambilan ubat berlebihan termasuklah: pening, halusinasi, kekeliruan, muntah, sawan, kesukaran bernafas (atau berhenti bernafas), loya, mengantuk, pendarahan dalaman, kejang perut, gangguan visual, koma, berdengkur, cirit-birit, dan lain-lain.

    Sebab-sebab dos berlebihan

    Terdapat dua sebab utama yang berpotensi menyebabkan pengambilan ubat berlebihan.

    Pengambilan secara tidak sengaja: Seseorang yang mengambil jenis ubat yang salah, atau menggabungkan ubat-ubatan secara salah, pada masa yang salah dan dalam jumlah yang salah tanpa mengetahui akibatnya.

    Menyalahgunakan ubat atau kombinasi ubat-ubatan dengan sengaja: Seseorang yang mengambil ubat-ubatan untuk melepaskan gian, untuk melarikan diri dari keadaan hidup yang tidak diingini, atau untuk memudaratkan diri.

    Pertolongan cemas kepada dos berlebihan

    Jika anda melihat kes pengambilan ubat berlebihan, ikuti langkah ini:

    • Bertenang
    • Panggil ambulans
    • Jika pesakit telah hilang kesedaran tetapi masih bernafas, letakkan mereka secara mengiring. Tolak  kepala mereka ke belakang dan angkat dagu mereka untuk memastikan saluran udara terbuka. Periksa pernafasan mereka secara berterusan dan pantau keadaan sehingga bantuan tiba.
    • Jangan cuba untuk membuat pesakit muntah.
    • Jangan memaksa atau memberi mereka sebarang minuman atau makanan.
    • Ambil pil yang mereka gunakan, atau bekas ubat-ubatan tersebut ke hospital dengan anda.
    • Walaupun pesakit seolah-olah telah sedar semula, jangan tinggalkan mereka, bantu mereka ke hospital berdekatan untuk mengelakkan komplikasi selanjutnya.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan