backup og meta

Penyakit Mental: Stigma Negatif kerana Kurang Pengetahuan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

    Penyakit Mental: Stigma Negatif kerana Kurang Pengetahuan

    Penyakit mental adalah penyakit psikologi di mana gejala tidak dapat dilihat oleh mata yang tidak terlatih. Ia tidak hanya memberi kesan kepada fungsi, produktiviti dan hubungan di sekeliling pesakit, tetapi juga persepsi mereka terhadap diri sendiri.

    Baru-baru ini, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) mengadakan sidang media ‘Stand in Solidarity for Mental Illness’ sebagai tanggungjawab dalam membetulkan kesalahfahaman penyakit mental dalam kejadian baru-baru ini bagi melindungi pesakit dan keluarga yang terlibat menjadi mangsa kepada stigma, diskriminasi dan ketidaksamaan yang disebabkan oleh kontroversi.

    Menurutnya, stigma sekeliling penyakit mental menjadikan orang biasa menganggapnya sebagai memalukan, melemahkan, tiada harapan, tidak berdisiplin atau tidak berkuasa. Stigma juga menyebabkan mereka yang mengalami masalah ini berhenti daripada mendapat bantuan yang diperlukan daripada profesional. Ini akan memberikan kesan buruk kepada perjalan pemulihan sehingga mempengaruhi kualiti hidup mereka.

    Di samping itu, kontroversi selebriti baru-baru ini mengenai kesilapan istilah penyakit mental dan kesannya terhadap stigma harus dilihat sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua.

    Apabila menjadi perhatian, selebriti mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan platform mereka dengan bijak. Isu yang sensitif dan serius seperti penyakit mental sepatutnya tidak boleh dianggap ringan.

    Mengisytiharkan apa-apa diagnosis dengan menggunakan istilah yang berkaitan dengan diagnosis perlu disokong oleh penghakiman profesional bagi penyedia penjagaan kesihatan mental.

    Sebarang usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kesihatan mental harus dibuat dengan bijak dan pertimbangan yang sangat baik kerana kesannya yang mungkin timbul terhadap stigma.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan