backup og meta

Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/05/2023

    Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

    Buah pinggang merupakan antara organ penting dalam tubuh. Namun jika tidak dijaga, boleh berlaku masalah buah pinggang. Ini penjelasan lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

    Masalah buah pinggang kronik

    Kebergantungan kepada mesin untuk hidup bukan suatu yang hebat.

    Jika kerosakan buah pinggang menjadi terlalu teruk, ia kehilangan keupayaan untuk berfungsi dengan normal, ini dikenali sebagai Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (Renal), ESRD, atau kegagalan buah pinggang.

    masalah buah pinggang

    Mereka yang didiagnosis dengan masalah buah pinggang rosak terpaksa berdepan dengan keadaan yang mana jarum dimasukkan ke dalam lengan, disambungkan kepada mesin, mengeluarkan darah sebelum ia kembali ke dalam tubuh.

    Prosedur itu berlangsung selama 4 jam pada satu masa dan perlu melakukannya tiga kali seminggu. Ia dipanggil dialisis.

    Tiga jenis kegagalan buah pinggang adalah:

    Masalah buah pinggang beban besar kepada negara

    Menurut laporan Utusan Online, penyakit buah pinggang merupakan satu beban besar kepada negara apabila terdapat sekurang-kurangnya 39,000 pesakit yang memerlukan dialisis dengan kos rawatan dianggarkan bernilai RM1.6 bilion pada setiap tahun.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, angka tersebut dijangka meningkat sehingga 50,000 pesakit pada tahun depan dengan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan, hasil jaringan komprehensif perkhidmatan dialisis di Malaysia setanding kebanyakan negara maju.

    masalah buah pinggang

    Menurutnya, kebanyakan penyakit buah pinggang ini berasal dari kencing manis dan darah tinggi.

    Oleh itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya mempraktikkan gaya hidup sihat supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini.

    Tambahnya, telah diketahui bahawa mereka yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jika mengamalkan pemakanan sesuai dan menerima rawatan bertepatan, boleh menangguhkan kemerosotan buah pinggang sebanyak 50 peratus.

    Diet dan penyakit buah pinggang

    Cara menjaga buah pinggang rosak melalui pelan pemakanan bagi seseorang pesakit bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang.

    Tujuan diet adalah untuk menjaga keseimbangan tahap elektrolit, mineral, dan cecair dalam tubuh seseorang pesakit.

    Baca juga:

    Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kegagalan jantung peringkat awal mempunyai sekatan atau pelan diet yang berbeza dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang atau ESRD.

    Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang, penyedia penjagaan kesihatan anda akan menentukan diet terbaik untuk/mengikut keperluan diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Shelby

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan