backup og meta

Hamil Tapi Menghidap Penyakit Buah Pinggang? Fahami Komplikasinya Terhadap Kandungan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2022

    Hamil Tapi Menghidap Penyakit Buah Pinggang? Fahami Komplikasinya Terhadap Kandungan!

    “Tahniah! Anda hamil.” Ini adalah berita yang paling diharapkan oleh setiap pasangan. Kehadiran cahaya mata dalam sebuah keluarga adalah suatu yang sangat menggembirakan. Walau bagaimanapun, bagaimana jika anda menghidap sakit buah pinggang. Apakah kesan kesan sakit buah pinggang terhadap anda dan kandungan?

    Tidak dinafikan, ada beberapa faktor boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan anak semasa mengandung, seperti tekanan darah, usia atau keadaan kesihatan yang serius. Satu keadaan yang boleh menjejaskan kehamilan yang sihat adalah penyakit buah pinggang, atau penyakit renal.

    Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang dan kesannya terhadap kehamilan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Kesan sakit buah pinggang terhadap wanita hamil

    kesan sakit buah pinggang

    Menurut National Kidney Foundation, ia bergantung kepada keadaan penyakit. Terdapat bukti baik menunjukkan bahawa wanita yang mengalami sakit buah pinggang yang sangat ringan (tahap 1-2), tekanan darah normal, dan sedikit atau tiada protein dalam urin (proteinuria) boleh mempunyai kehamilan yang sihat.

    Proteinuria adalah tanda kerosakan buah pinggang. Tubuh seseorang memerlukan protein di dalam darah, bukannya di dalan urin. Protein dalan urin menandakan bahawa buah pinggang anda tidak dapat menapis darah dengan baik dan kebocoran protein.

    Bagi wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang yang sederhadana (tahap 3-5), risiko komplikasi lebih besar. Bagi sesetengah wanita, risiko ibu dan anak cukup tinggi yang mana mereka perlu mempertimbangkan untuk mengelakkan kehamilan.

    Sekiranya anda merancang untuk hamil, tanya doktor anda mengenai tahap penyakit buah pinggang anda, risiko komplikasi, tahap proteinuria dan sebarang keadaaan kesihata lain yang mungkin anda miliki.

    Baca juga:

    Sesetengah keadaan tubuh menyebabkan seseorang sukar untuk hamil. Contohnya, kebanyakan wanita yang dialisis mempunyai anemia iaitu bilangan sel darah merah yang kurang dan juga mengalami perubahan hormon. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mengalami haid yang teratur.

    Kebiasaannya, wanita dengan kegagalan buah pinggang dinasihatkan supaya tidak hamil kerana kadar komplikasi sangat tinggi. Malah, risiko yang berkembang kepada ibu dan bayi juga dalah tinggi.

    Namun, jika hamil, anda memerlukan pengawasan perubatan yang ketat, perubahan dalam ubat, dan lebih banyak dialisis untuk mendapatkan bayi yang sihat.

    Disebabkan kesan sakit buah pinggang boleh memudaratkan wanita, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi menilai tahap keadaan kesihatan jika ingin hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan