backup og meta

Terkencing Malam dalam Kalangan Orang Tua

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2023

    Terkencing Malam dalam Kalangan Orang Tua

    Apakah itu masalah terkencing malam dalam kalangan orang tua?

    Terkencing malam (atau inkotinens urinari) adalah masalah biasa dalam kalangan orang tua. Keadaan ini digambarkan dengan kencing secara tidak sengaja semasa tidur.

    Apakah puncanya?

    Terkencing malam dalam kalangan orang tua mungkin disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan, termasuklah:

  • Diabetes
  • Jangkitan saluran kencing
  • Batu karang dalam saluran kencing
  • Masalah saraf
  • Keabnormalan anatomi
  • Kanser prostat
  • Prostat membesar
  • Kanser pundi kencing
  • Apnea tidur obstruktif
  • Kebimbangan dan masalah psikologi lain
  • Bagaimana untuk mendiagnosis masalah ini dalam kalangan orang tua?

    Adalah penting bahawa doktor anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk diagnosis yang tepat. Jadi, jika ibu bapa anda didapati terkencing malam, anda perlu catatkan simptom mereka dan bawa kepada perhatian doktor. Berikut adalah perkara yang perlu anda maklumkan:

  • Bilakah kencing malam sering berlaku?
  • Berapa kali ibu bapa anda membuang air kecil semasa siang hari dan bila?
  • Berapa banyak air kencing yang bocor?
  • Berapa kerap ibu bapa anda minum air? Adakah mereka minum banyak sebelum tidur?
  • Apakah jenis cecair yang mereka minum? Manis, alkohol, atau berkafein?
  • Apakah pola kencing? Adakah aliran kuat dan terdapat sebarang masalah?
  • Adakah ibu bapa anda mempunyai sebarang jangkitan saluran kencing?
  • Berapa kerap ibu bapa anda terkencing?
  • Adakah mereka mempunyai sebarang simptom-simptom lain, seperti berpeluh?
  • Apa yang patut anda jangkakan pada temu janji dengan doktor?

    Bawa nota anda apabila anda membawa ibu bapa anda berjumpa doktor. Selain itu, jangan lupa menyebutkan sejarah keluarga jika ada, rekod perubatan ibu bapa anda, dan ubat-ubatan mereka (jika ada). Ini boleh membantu doktor mengambil kira kemungkinan keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kencing malam. Semasa temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal, penilaian neurologi, dan mengambil sampel air kencing untuk menganalisis kandungan. Ujian lanjut mungkin diperlukan jika sebarang masalah timbul.

    Bagaimana untuk merawat terkencing malam dalam kalangan orang tua?

    Ibu bapa anda akan memerlukan pakar urologi atau pakar gangguan tidur untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Kebiasaanya ubat sudah cukup berkesan dalam rawatan pesakit. Jika ibu bapa anda didiagnosis dengan masalah lemah kawalan kencing, mereka boleh mendapat manfaat daripada senaman otot lantai pelvik. Jika masalah kencing malam mereka disebabkan inkontinen, doktor mungkin akan mengesyorkan latihan semula pundi kencing dan ubat-ubatan antimuskarinik. Jika tiada rawatan konvensional berfungsi dan kebocoran menjejaskan kesejahteraan ibu bapa anda, pembedahan mungkin diperlukan untuk menangani masalah tersebut. Selain itu, ada boleh memantau pengambilan cecair mereka. Elakkan minum air yang banyak sebelum tidur untuk mengurangkan pengeluaran air kencing pada waktu malam. Di samping itu, hadkan pengambilan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, ibu bapa anda masih memerlukan pengambilan cecair yang mencukupi. Anda hanya perlu berwaspada terhadap masa dan jenis cecair yang diambil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan