Tip Elakkan Makan Secara Emosi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 31/01/2019 . 2 minit bacaan

Jika anda pernah mencari ruangan kosong dalam perut anda walaupun anda sudah kekenyangan hanya kerana anda sedang bersedih, anda sebenarnya mungkin mengalami makan secara emosi.

Makan secara emosi adalah beralih kepada makanan untuk mencari keselesaan, mengurangkan tekanan, atau sebagai satu kepuasan dan bukan kerana kelaparan. Kebanyakan individu yang makan secara emosi berasa tidak mempunyai kawalan untuk mengawal keinginan terhadap makanan. Dan apabila muncul keinginan untuk makan, hanya makanan yang difikirkan.

Untuk seketika, makan boleh memberikan kelegaan, tetapi kelaparan secara emosi tidak dapat dipenuhi dengan makanan. Anda mungkin berasa teruk berbanding sebelumnya akibat jumlah kalori yang anda ambil.

Ini akhirnya menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk mengawal berat badan dan membuatkan anda merasa tidak berdaya untuk melawan keinginan dan emosi anda.

Berikut adalah 5 cara untuk memberhentikan tabiat tidak sihat ini:

Jaga diri

Makan mengikut emosi dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan, yang membuatkan wujudnya rasa puas dan tenang apabila anda berasa teruk. Cara untuk mengakhiri corak ini adalah dengan tidak mengabaikan diri apabila anda berdepan dengan masalah emosi.

Sebaliknya, benarkan diri anda untuk merasai segala emosi yang hadir. Ingatkan kepada diri anda ia adalah sesuatu yang norma untuk menjadi individu yang beremosi. Selepas itu tubuh anda akan mula memahami bahawa ia tidak perlu untuk melindungi anda dari sebarang emosi. Mungkin anda turut akan mengetahui apa yang anda mahukan dan dapat membina hobi baru yang memberikan anda kepuasan.

Berikan ruang untuk berseronok

Makan mengikut emosi adalah satu cara tubuh untuk mengekalkan keseronokan. Berikan tubuh anda cara untuk merasa seronok seperti mendapatkan pakaian baru, bersenam atau mungkin meluangkan masa ke spa.

Makan apabila lapar

Sesetengah individu yang berdepan isu seperti ini tidak makan apabila mereka betul-betul sedang kelaparan. Ini hanya membuatkan mereka berkeinginan untuk makan lebih nanti. Jadi, amalkan diet pemakanan yang sihat dan makan apabila anda benar-benar lapar.

Kenali penyebabnya

Jika anda menyedari yang anda akan berkeinginan untuk makan apabila anda bersendirian, cuba untuk menghubungi rakan atau membuat penulisan jurnal. Makan secara emosi boleh bertindak balas apabila merasa diperlukan, jadi wujudkan atau cari cara untuk lebih menghargai diri anda. Berikan masa untuk diri anda berehat.

Tetap cantik

Jika anda menyedari betapa cantiknya anda, pastinya anda tidak akan membenarkan makanan mengubah diri anda. Sudah tentu anda tidak akan memilih makanan sebagai jalan untuk membuatkan diri anda lebih selesa kerana tiada lagi ketegangan emosi yang perlu dilepaskan.

Ia pastinya satu cabaran untuk anda mengikut setiap langkah di atas. Namun anda perlu berani dan tegas untuk melakukan perubahan. Ia bukan sekadar untuk berhenti makan secara emosi tetapi ia turut membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020 . 4 minit bacaan