backup og meta

4 Tahap Detoksifikasi pada Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/12/2019

    4 Tahap Detoksifikasi pada Bulan Ramadan

    Berpuasa adalah satu tempoh rehat fisiologi yang mana badan boleh menumpukan mekanisme pemulihan kendiri iaitu memperbaiki dan menguatkan organ yang mengalami kerosakan. Proses berpuasa juga membenarkan badan membersihkan sel daripada toksin dan bahan buangan yang terkumpul.

    Berikut 4 tahap detoksifikasi sepanjang berpuasa:

    1. Detoksifikasi Tahap Pertama (Hari 1 hingga hari ke-2)

    Pada hari pertama puasa, paras gula dalam darah akan menurun, degupan jantung perlahan dan tekanan darah berkurang. Oleh itu, tubuh akan mengambil glikogen daripada otot hingga menyebabkan rasa lemah yang sering dirasakan ketika berpuasa.

    Detoksifikasi tahap pertama ini biasanya paling berat yang dirasakan pada hari pertama puasa.  Orang akan mengalami sakit kepala, mulut berbau, rasa sangat lemah dan sangat lapar. Namun, ini adalah tahap pembersihan racun yang pertama.

    2. Detoksifikasi Tahap Kedua (Hari ke-3 hingga hari ke-7)

    Tubuh akan menghasilkan glukosa yang diambil dari asid lemah yang kemudian diurai untuk melepaskan gliserol daripada molekul gliserin. Kesannya, kulit akan mengeluarkan minyak, seperti minyak yang berbau tengik. Sesetengahnya akan mengalami masalah pada kulit.

    Tubuh juga terasa lemah membuatkan berasa ingin rehat lebih lama, ini merupakan tindak balas semula jadi tubuh kerana ia memfokuskan tenaga untuk pembersihan dan penyembuhan. Sel darah putih dan sistem imun tubuh juga meningkat pada tahap ini.

    Jika ada rasa sedikit sakit di bahagian paru-paru dan kerongkong, ini bermakna tubuh anda sedang melakukan peranannya membersihkan bahagian itu. Manakala, jika nafas berbau serta muncul lapisan lendir di mulut, itu bermakna tubuh sedang melakukan pembersihan pada bahagian usus dan usus besar.

    3. Detoksifikasi Tahap Ketiga (Hari ke-8 hingga hari ke-15)

    Pada tahap ini anda berasa lebih bertenaga, fikiran lebih tenang dan emosi yang baik. Ini kerana anda sudah terbiasa menjalani puasa pada peringkat pertama. Namun, sesetengah orang mungkin akan berasa sakit akibat kecederaan masa lalu. Tetapi itu sebenarnya kesakitan yang baik kerana tubuh sedang melakukan proses penyembuhan.

    Jadi, semasa puasa tubuh secara automatik akan memberi tenaga untuk menyembuhkan penyakit. Ini kerana semasa puasa proses penyembuhan sistem tubuh berada pada tahap optimum. Kaki juga biasanya mengalami kesan daripada berpuasa kerana racun pada tubuh boleh berkumpul di bahagian kaki.

    4. Detoksifikasi Tahap Keempat (Hari ke-16 hingga hari ke-30)

    Pada tahap ini, anda sudah betul-betul terbiasa dengan rutin puasa. Anda berasa lebih bertenaga kerana tubuh sudah melaksanakan proses pembersihan dan juga penyembuhan. Contohnya bau mulut yang telah hilang bererti organ yang berhubung dengan lidah dan mulut sudah disembuhkan atau dibersihkan.

    Selepas proses detoksifikasi selesai, tubuh akan berfungsi pada tahap yang optimum bagi menggantikan jaringan yang rosak. Kemudian, selepas 20 hari berpuasa fikiran anda lebih tenang dan anda dapat merasakan keseimbangan emosi yang lebih baik. Ingatan dan fokus juga meningkat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan