backup og meta

Selalu Orang Kata Sup Ketam Penawar Demam Denggi, Adakah Ia Fakta Atau Mitos Semata-Mata?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/07/2020

    Selalu Orang Kata Sup Ketam Penawar Demam Denggi, Adakah Ia Fakta Atau Mitos Semata-Mata?

    Seringkali kita terdengar atau terbaca mengenai mitos yang mengatakan sup ketam merupakan penawar kepada penyakit demam denggi. Adakah penyataan ini fakta atau auta semata-mata?

    Jom sama-sama kita kuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Apa itu demam denggi?

    Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita mengenali serba sedikit tentang penyakit yang boleh membawa maut ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus bawaan nyamuk Aedes aegypti yang sudah dijangkiti.

    Secara umumnya, terdapat empat jenis virus yang boleh mengakibatkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Penyakit ini adalah sangat berbahaya jika tidak mendapatkan rawatan awal sehingga boleh mendatangkan maut!

    Sup ketam memang benar boleh merawat demam denggi?

    nyamuk-denggi

    Di negara kita, terdapat banyak rawatan tradisonal dicadangkan dan ditawarkan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dengan demam denggi.  Ada yang mempercayai bahawa demam denggi boleh dirawat dengan memakan sup ketam.

    Selain itu juga, ada yang mempercayai bahawa jus betik dan minuman isotonik juga dapat membantu meningkatkan platlet dalam darah. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

    Menurut Dr. Hafizah Mohamed Haniba yang merupakan Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung, ia adalah tidak benar sama sekali kerana setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga jenis bahan makanan itu.

    Jelas beliau lagi, masih belum wujud apa-apa kaedah atau rawatan khusus sama ada moden atau tradisional untuk merawat penyakit itu.

    Penafian mitos ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM).

    Beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platlet darah rendah tetapi berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah. Ini kemudiannya akan mengakibatkan tekanan darah rendah dan tidak dapat sampai ke jantung.

    Konklusinya, tiada kena mengena bahawa sebarang jenis makanan boleh meningkatkan plasma dalam darah sekali gus menyembuhkan penyakit demam denggi.

    Ya, ia hanya sekadar mitos semata-mata

    Hakikatnya, sup ketam, jus betik, minuman isotonik atau apa-apa juga bahan makanan lain bukan satu solusi untuk merawat demam denggi.

    Menurut Dr. Mohammad Omar yang merupakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, bahan-bahan makanan ini hanya sekadar satu bentuk makanan tambahan dan bukan pengganti kepada rawatan yang sewajarnya.

    Meskipun terdapat beberapa kajian yang mengatakan ada bahan makanan yang boleh merawat demam denggi, ia hanyalah sekadar mitos semata-mata.

    Sebaiknya, segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda anda dijangkiti demam denggi okay!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan