backup og meta

Sarang Burung Walit Bagus Untuk Merangsang Sistem Imun Badan & Ubat Pelbagai Penyakit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 15/11/2022

    Sarang Burung Walit Bagus Untuk Merangsang Sistem Imun Badan & Ubat Pelbagai Penyakit

    Sarang burung walit adalah sejenis sarang burung yang boleh dimakan, atau lebih dikenali sebagai edible bird’s nest (EBN) dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan makanan eksotik dan popular sejak dahulu lagi, khususnya dalam kalangan masyarakat cina kaum Tionghua di Malaysia.

    Di Malaysia, EBN daripada burung walit ini sudah mula dituai sejak tahun 1878 di Gua Niah, Sarawak. EBN diperolehi daripada pelbagai spesis burung walit dan dihasilkan melalui air liur burung-burung ini yang telah mengeras.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai khasiat sarang burung walit untuk kesihatan kita. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu sarang burung walit?

    sarang burung walit

    Sarang burung yang telah mengeras ini kemudiannya dituai untuk kegunaan konsumer. Ia dianggap sebagai hidangan eksotik yang bernilai bagi masyarakat Cina disebabkan jarang ditemui dan nilai nutrisinya yang berkhasiat.

    Oleh yang demikian, ia telah digunakan oleh masyarakat Cina dalam masakan mereka sejak 400 tahun dahulu, lazimnya dalam bentuk sup sarang burung. 

    EBN ini merupakan antara hidangan produk binatang yang termahal di dunia, selain sup sirip ikan yu. Bergantung kepada gred sarang burung tersebut, harga untuk sarang burung timbang boleh mencecah sekitar RM3,500 hingga RM4,500 untuk setiap kilogram.

    Gred sarang burung walit ini bergantung kepada beberapa kriteria seperti bentuk dan warnanya iaitu putih dan merah. 

    Manfaat kesihatan sarang burung walit 

    Melihat kepada saiz industri dan juga harga yang tidak masuk akal untuk hidangan makanan eksotik ini, tentu sekali ramai yang tertanya-tanya apakah manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada pengambilan hidangan ini?

    #1. Kaya dengan protein

    sarang burung walit

    Dalam satu kajian yang melihat perbezaan nutrisi dalam pelbagai jenis EBN dari beberapa kawasan berbeza – Malaysia (Perlis dan Langkawi), Indonesia (Kepulauan Jawa, Balik Papan dan Kalimantan), Thailand dan juga negara Filipina.

    Analisis keputusan kajian menunjukkan walaupun terdapat perbezaan cara sarang dituai (rumah toko dan juga gua semula jadi) kesemua EBN yang dikaji mempunyai kandungan protein yang tinggi sekitar 59.8% sehinggalah 65.4% daripada keseluruhan sarang tersebut. 

    Protein adalah salah satu makronutrien yang penting dalam tubuh badan manusia selain lemak dan karbohidrat.

    Protein terdiri daripada satu atau lebih rantaian asid amino daripada pelbagai jenis.

    Selain memainkan peranan yang penting dalam memastikan jisim otot badan tidak susut dan bahan binaan asas untuk pelbagai sel dan tisu dalam badan seperti sel darah merah, sel saraf, dinding organ dalaman dan juga untuk pembentukan molekul-molekul metabolisma seperti enzim.

    Baca juga:

    #2. Sarang burung walit rendah kandungan karbohidrat

    Dalam kajian yang sama, analisa sampel EBN daripada sumber yang berbeza ini mendapati bahawa ia mengandungi serendah 8.5% sahaja kandungan karbohidrat.

    Karbohidrat merupakan polimer bagi nutrisi asas glukosa. Apabila lebih daripada satu glukosa bergabung dan membentuk rantaian yang panjang dan bercabang, ia membentuk struktur yang kita kenali sebagai karbohidrat.

    #3. Kandungan lemak yang rendah 

    sup

    Berdasarkan kajian yang sama, hidangan sarang burung walit juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah iaitu serendah 0.01% dan setinggi 0.07% sahaja daripada keseluruhan kandungan EBN.

    Lemak merupakan salah satu daripada makronutrien penting dalam keperluan harian kita selain daripada karbohidrat dan juga protein.

    Lemak penting kerana ia terlibat dalam pembentukanstruktur sel saraf dalam badan manusia dan juga struktur lain dalam sistem saraf tunjang. Lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga dalam badan selain glukosa.

    Namun yang demikian, ianya bukanlah pilihan tenaga utama badan. Situasi semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak lemak dalam makanan.

    Pengambilan lemak yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan risiko untuk menghidap penyakit jantung dan juga strok.

    #4. Berupaya merangsang sistem imun badan

    sarang burung walit

    Terdapat satu kajian in vivo dan juga in vitro yang mengkaji kaitan dan keupayaan EBN dalam meningkatkan sistem imun dalam tikus.

    Para pengkaji membuat pemerhatian beberapa parameter seperti kesan EBN kepada aktiviti dan penambahan sel-sel limfa (lymphocytes) daripada organ limpa, isotaip dan indikator antibodi, dan juga kandungan IgA daripada rembesan cecair usus (sIgA).

    Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan EBN mampu meningkatkan penambahan dan pengaktifan sel-sel B (B cells) dan juga meningkatkan antibodi IgE, IgA, IgM dan IgG3.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 15/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan